Saturday, July 23, 2016

Inilah 5 Tempat Yang Boleh Menghancurkan Dunia.

Hancurnya dunia ini sering disebut-sebut sebagai kiamat. Sedangkan kiamat merupakan rahsia Tuhan yang tak seorang pun mengetahuinya.

Setelah dunia sempat dihebohkan dengan munculnya ramalan tetang kiamat pada tahun 2012 lalu. Kini dunia dihebohkan kembali dengan adanya beberapa tempat yang dikatakan boleh membawa kehancuran pada dunia ini.

Tempat itu sendiri merupakan buatan manusia yang jika terjadi masalah akan dapat membuat dunia ini menjadi hancur. Seperti apa tempat-tempat tersebut? Berikut penjelasannya.


1. Fukushima Nuclear Power Station

Di Jepun, terdapat sebuah loji tenaga nuklear yang berada di Fukushima ini menghebohkan dunia, ketika terjadinya gempa bumi dan mengakibatkan terjadinya tsunami sehingga merosakkan loji tenaga nuklear ini. Kemudian kerosakan loji tenaga nuklear ini memberi kesan meluas pada alam sekitar dan air di kawasan Fukushima, bahkan dunia.

2. Korea Utara

Selain di Jepun, Korea Utara juga termasuk negara yang masih membangunkan nuklear. Perkara ini membuat banyak negara menjadi waspada dengan aktiviti pembangunan nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara.

Pembangunan nuklear ini ternyata sempat memanaskan keadaan di Semenanjung Korea. Hal ini disebabkan kerana Korea Utara ingin melakukan ujian nuklear bawah tanah, yang akan dilancarkan ke laut Jepun, sehingga hubungan Jepun dan Korea Utara menjadi panas.

3. Beijing Genomics Institute

Beijing Genomics Institute ini berada di China yang merupakan pusat penyelidikan genome termaju di dunia. Beijing Genomics Institute ini sudah banyak mendapatkan penghargaan, mulai dari penemuan genome manusia purba pertama, genome panda gergasi, dan masih banyak lagi.

Beijing Genimics istitute ini dikatakan akan mengembangkan kajian tersebut untuk mencipta bibit unggul manusia.
China menganggarkan kajian tersebut nantinya akan menghasilkan keturunan yang lebih pintar. Namun tak hanya itu, keturunan ini akan lahir dengan IQ 15 angka lebih tinggi. Selain itu, keturunan ini juga akan lebih cepat, dan kuat. Namun, sebenarnya di negara Barat kajian ini telah dilarang kerana berkaitan rapat dengan agama.

4. Center For Disease Control, Atlanta, Amerika Syarikat

Center For Disease Control di Amerika Syarikat merupakan kemudahan pusat penyelidikan dan rawatan. Tempat ini menyimpan banyak sampel-sampel berbahaya yang boleh merosakkan seperti beberapa penyakit serius seperti penyakit anjing gila, selesema burung, tuberculosis, cacar monyet dan masih banyak lagi. Jika sampel-sampel itu tersebar, maka orang-orang akan terdedah kepada pelbagai penyakit tersebut. Namun, untunglah sampel-sampel itu disimpan rapi di bawah penjagaan yang ketat.

5. Yellowstone Caldera, Wyoming, Amerika Syarikat

Yellowstone Kaldera merupakan gunung api aktif yang berada di Amerika Syarikat. Gunung api ini memang kelihatan tidak mungkin untuk menjadi salah satu ancaman kiamat, namun perlu kamu tahu bahawa letusan yang diledakan oleh gunung api ini 10,000 kali lebih besar daripada letusan gunung Eyjafjallajokull di Iceland. Bahka erupsinya ditakutkan akan menghilangkan setengah Amerika Syarikat. Yang lebih menakutkan lagi, gunung berapi ini dijangka akan meletus bila-bila masa saja.

| SBP