Monday, July 25, 2016

Tahukah Anda Mengapa Hujan Mempunyai Aroma?

Kadang-kadang, orang boleh merasakan wangian, seperti wangi rumput segar yang baru dipotong, selepas hujan. Apa yang menyebabkan wangi selepas hujan?

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabakan aroma hujan. Hal yang umum adalah wap minyak yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan, bakteria, dan bahan kimia.

Bakteria yang menyebabkan bau hujan adalah actinomycetes, bakteria berserabut yang hidup di tanah yang lembap dan hangat dan boleh dijumpai di pelbagai negara di seluruh dunia. Ketika tanah mengering, bakteria menghasilkan spora. Ketika hujan, air yang menitis ke tanah membuat spora itu terangkat ke udara dan dihidu oleh manusia. Kerana spora itu mempunyai wangi yang khas, manusia yang menghirupnya pun merasakan aroma. Aroma yang dihasilkan bakteria ini akan sangat terasa ketika hujan diikuti oleh keadaan terik.


Aroma yang sama dihasilkan oleh wap minyak yang dikeluarkan tanaman. Minyak dari tanaman itu melekat pada tanah dan batu. Air hujan bertindak balas dengan minyak tersebut sehingga terbawa-bawa ke udara dalam bentuk gas dan tercium oleh manusia.

Aroma khas hujan seperti ini sering disimpan dalam botol atau tin dan dijual sebagai pewangi bilik.

Aroma hujan tidak selalu enak. Aroma hujan yang disebabkan oleh asid di atmosfera menghasilkan wangi yang tidak enak. Bahan kimia hasil pencemaran udara yang ada di atmosfera boleh membuat hujan bersifat asid. Ketika hujan ini bertindak balas dengan bahan organik atau bahan kimia lain di tanah, muncullah aroma. Reaksi dengan petrol boleh membuat aroma lebih kuat. Hujan seperti ini sering terjadi di kawasan pencemaran tinggi.

Tiga bahan itulah yang paling umum. Masih ada lagi punca-punca lain yang membuat pengalaman orang berbeza-beza dalam membaui hujan.