Kita seringkali berfikir bahawa lelaki hanya tertarik dan suka dengan wanita bertubuh langsing. Nyatanya, banyak juga lelaki yang lebih memilih berpasangan dengan wanita bertubuh chubby atau plus size. Mengapa beberapa lelaki lebih memilih wanita gemuk berbanding wanita yang perlu sibuk sana-sini demi memiliki tubuh langsing? Ini dia alasan mereka.
1. Tidak Pilih-Pilih Makanan
- Sudah jadi rahsia umum jika lelaki makan lebih banyak daripada wanita. Mereka boleh makan apa saja tanpa takut cepat gemuk kerana metabolismenya lebih tinggi daripada wanita. Bagi beberapa lelaki, mempunyai pasangan yang juga hobi makan membuat mereka lebih selesa. Mereka boleh hunting makanan atau wisata kuliner dengan bebas. Bagi lelaki jenis ini, wanita yang hanya pesan salad atau sayur-sayuran dan menolak makanan 'enak' membuat mereka jengkel. Wanita yang suka menahan makan dan pilih-pilih makanan dianggap tidak menikmati hidup.
2. Tidak Taksub Penampilan
- Wanita yang menjaga berat badan dan bentuk tubuhnya biasanya menjunjung tinggi kesempurnaan. Misalnya saja, panik apabila timbul selulit dan berusaha melakukan apa sahaja agar selulit itu hilang, tidak peduli keluar wang berapapun. Hal ini membuat beberapa lelaki tidak selesa kerana mereka sedikit-sedikit merasa gemuk padahal saiz baju sudah S. Sementara itu, wanita bertubuh gemuk biasanya lebih santai dengan penampilan dan selesa dengan diri mereka sendiri.
3. Hidup Lebih Santai Dan Tidak Mengejar Target
- Bagi lelaki, hidup mereka sudah dipenuhi banyak sasaran. Mereka agak malas jika perlu mengejar target pasangannya yang ingin selalu bertubuh langsing. Lelaki juga ingin hidupnya santai dan selesa. Mereka biasanya enggan ikut-ikutan diet dan hanya makan salad setiap hari. Sehingga mereka cenderung memilih wanita yang suka makan dan chubby. Wanita seperti ini lebih mengerti cara menikmati hidup dan tidak stres mengejar target tubuh langsing.
4. Pelukannya Lebih Hangat
- Memang.. tidak ada hasil kajian yang menunjukkan apakah ada perbezaan rasa hangat dipeluk wanita kurus atau wanita plus size. Tapi bagi sebahagian lelaki, mereka lebih suka memeluk wanita yang benar-benar wanita, dengan lemak di beberapa bahagian badan, itu lebih mencerminkan wanita sejati bagi para lelaki.
Tuh kan .. tidak semua lelaki menyukai wanita 'sempurna' bertubuh langsing. Jadi bila anda si chubby atau bertubuh plus size, jangan minder. YOU'RE beautiful just the way you are! :)