Saturday, July 23, 2016

Kontroversi Lagu 'Udin Sedunia'.

Walaupun banyak yang kata lagu Udin Sedunia lucu, namun lagu tersebut juga menimbulkan kontroversi.

Lagu yang berjudul Udin Sedunia, kini sedang hangat diperkatakan dalam laman Youtube. Dengan menggunakan bahasa asli Lombok iaitu Sasak, Sualuddin cuba menghibur orang dengan lirik lagu yang lucu.


Namun bagi setengah orang, lagu tersebut benar-benar mengganggu orang yang bernama Udin, malahan terdengar cerita bahawa lagu Udin Sedunia akan diharamkan. Bagaimana dengan tanggapan Udin sendiri?
"Saya biasa saja menanganinya, itu kan cuma penceritaan sahaja, saya juga sudah dengar dan baca tentang berita pengharaman lagu tersebut," ungkap Udin.

Udin yang berasal dari Lombok ini menjelaskan tujuan pembuatan lagu tersebut hanyalah sebagai hiburan semata dan tidak pernah ada niat untuk menghina orang-orang yang bernama Udin.

"Jika lagu itu sudah menghina orang, saya tidak menganggapnya begitu ya, kerana liriknya tidak ada yang berbau lucah. Malah yang nama Udin yang saya sebut adalah namanya yang dicantumkan, "jelas Udin.

Dia juga mengatakan tidak menjadi masalah kalau lagu itu menjadi perdebatan, kerana menurutnya setiap lagu pasti ada pro dan kontranya.

Sumber: music.okezone.com