Tuesday, July 19, 2016

5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Malam Pertama.

SEX - Rasa takut, rasa was-was, dan juga rasa cemas boleh jadi bercampur aduk semasa anda bersiap untuk berhubungan seks untuk pertama kalinya. Setelah berkahwin, detik-detik malam pertama akan menjadi saat yang paling ditunggu sekaligus yang paling bikin berdebar. Agar anda boleh menjalani malam pertama dengan tenang, jom baca lima perkara penting ini. 

1. Hilangnya Keperawanan

Ladies, tahukah anda bilakah anda sudah "dinyatakan" tidak perawan lagi? Itu adalah saat berlakunya penetrasi. Ketika Mr. P masuk ke dalam Miss V anda dan membuat gerakan maju mundur sebelum ejakulasi, itu adalah saat ketika anda sudah tidak perawan lagi. Mungkin kelihatan sedikit menakutkan, tetapi proses itu akan berlaku secara semulajadi. Jadi tak perlu bimbang.

2. Foreplay? Apa Itu?

Pada masa berhubungan seks untuk pertama kalinya, jangan lupa untuk melakukan foreplay. Foreplay adalah kegiatan atau aktiviti intim yang dilakukan sebelum berhubungan seks seperti ciuman, mengurut, atau menyentuh bahagian-bahagian sensual. Hal ini penting agar Miss V boleh terlubrikasi dan saat berhubungan seks, anda tak akan merasa sakit.


3. Posisi Yang Tepat Tepat Itu Seperti Apa?

Posisi missionary (wanita di bawah dan lelaki di atas) boleh jadi tempat yang paling selamat dan mudah untuk anda yang belum pernah berhubungan seks. Dengan kedudukan ini, penembusan akan terjadi lebih mudah dan natural. Alternatif lain adalah dengan duduk mengangkang, dengan cara ini anda boleh memberikan kawalan gerakan anda lebih mudah.

4. Apa Itu Selaput Dara?

Selaput dara adalah sejenis membran tipis yang menutupi sebahagian lubang Miss V anda. Apabila anda berhubungan seksual untuk pertama kalinya, selaput dara ini akan robek. Inilah kenapa ada beberapa wanita yang merasa sakit atau mengeluarkan sedikit darah saat berhubungan seks.

5. Malam Pertama Tidak Memuaskan?

Jangan takut jika nanti malam pertama anda tidak memuaskan. Banyak pasangan yang merasa pengalaman malam pertamanya tidak memuaskan. Penyebabnya boleh berbeza-beza seperti rasa takut, tekanan, dan rasa tidak selesa. Namun tak perlu bimbang, ini hanyalah tentang pengalaman saja. Seiring dengan waktu, anda boleh membuat pengalaman seks anda terasa lebih menyenangkan dengan suami anda.

Ladies, anda juga perlu melakukan komunikasi sebelum dan semasa mengadakan hubungan seks dengan suami anda. Suami anda pun pasti juga mempunyai kebimbangan yang sama pada masa menghadapi malam pertama. So, do not be afraid and go get a romantic night with your loved one!!!