Thursday, July 28, 2016

3 Sebab Boleh Menceraikan Isteri Dalam Islam.

Dalam agama Islam, pernikahan itu harus mudah dan perceraian itu harus ditegah, namun sering kemajuan zaman yang kelihatan disekeliling kita, begitu sukar langkah untuk berkahwin, bermula dari mahar, perarakan perkahwinan semua itu memerlukan beban kos yang bukan sedikit. Namun anehnya sudah begitu susah payah untuk berkahwin begitu mudah pula untuk bercerai.

Suami menceraikan isteri dalam syariat boleh saja tetapi harus ada sebab-sebab tertentu, perceraian itu tidak baik dan ia jalan buruk tidak disukai Allah namun ini boleh saja menjadi pilihan terbaik jika sudah mengikut pada syarat Islam.

Begitu pedulinya, Islam memberi perhatian kepada hubungan sosial manusia terutama dalam hal perkahwinan iaitu hikmah adanya "Talaq" di mana umat Islam masih memberikan peluang untuk kembali pada isteri-suami jika sudah merasa selesa. Pada hakikatnya Talaq itu hukumnya halal dan dibolehkan namun langkah talaq ini sangat disukai syaitan.


Kembali kepada perbincangan kita mengenai 3 Sebab Boleh Menceraikan Isteri Dalam Islam iaitu:

1. Isteri Derhaka

Adakalanya sifat autoritarian tertanam dalam diri wanita namun tidak disedarinya, bahkan saat disedarkan pun tetap juga pada pendiriannya, berani menyuruh-nyuruh suami, mengherdik suami dan melawan perkataan baik suami, hal ini juga termasuk dalam melakukan tindakan keluar tanpa izin suami.

Jika seseorang merasakan hal demikian mendapati isteri yang keras dan berani melawan boleh saja ia menceraikannya, namun harus ada diberikan pembelajaran dan pendidikan dahulu, jika usaha yang dilakukan tidak berhasil maka boleh baginya untuk menceraikan kerana jika tetap dipertahankan keduanya akan menuai dosa dan tidak sejahtera dalam berumahtangga.

Hal ini bukan hanya berlaku pada sikap autoritarian tetapi juga termasuk bagi sikap merajuk, isteri yang kerap merungut dan terus menerus sehingga membuat keretakan hubungan dengan suami, tidak tahu alasan setiap hari mencarut, seperti sang suami mengajak pergi ke rumah orang tuanya, isteri tidak menolak namun sepanjang perjalanan merajuk menunjukkan wajah yang tidak baik, tidak marah tapi menyiksa.

2. Isteri Murah Tangan 

Sebab yang kedua adalah isteri yang murah tangan, maksudnya isteri yang begitu mudah baginya dan sering ia lakukan bersalaman, berpelukan bahkan bersentuhan pipi dengan laki-laki yang bukan mahram baginya. Bahkan Rasulullah menyarankan agar suami menceraikan isteri seperti ini. Hadis yang Diriwayatkan dari Abdullah Bin Abbasradhi Allahu Aanhu: Bahawa seorang laki-laki (ikhwan) datang menghadap Rasulullah lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah, saya mempunyai wanita (isteri) yang perilakunya tidak menolak tangan dari orang yang menyentuh. "Maka Rasulullah saw bersabda kepada laki-laki itu,"Ceraikanlah dia "(HR. An Nasa'i). Isteri yang kerap pendedahan aurat memperlihatkan lekuk badan atau tidak menolak jika ada laki-laki menyentuhnya jelas dia bukan wanita solehah, boleh menceraikan isteri yang demikian namun tentunya harus ada peringatan terlebih dahulu dari sang suami. 

3. Isteri Pindah Keyakinan 

Adapun yang sebab ketiga adalah isteri yang pindah agama dari islam atau musyrik, boleh bagi suami menceraikannya, jika isteri tersebut tidak mau kembali lagi ke pangkuan islam, begitu pula isteri yang berbuat syirik, seperti melakukan praktik dukun, santet, teluh atau percaya dan beriman kepada hal-hal yang melanggar syariat islam. Walaupun boleh diceraikan namun harus ada peringatan kepada sang isteri untuk ia mau berubah. Mungkin saja sang isteri boleh kembali lagi kepada jalan yang benar. 

Patut kita ketahui bersama, bahawa isteri yang sakit-sakitan, tidak cantik lagi atau penampilannya sudah menua itu bukanlah alasan untuk menceraikannya, dalam islam poligami dihalalkan dan salah satu hikmahnya mengurangi angka perceraian.

Adapun sebab-sebab lain seperti malas, sering keluar malam, suka menghabiskan duit suami dan lain-lain itu semua masuk pada kategor iisteri durhaka. Hanya tiga alasan ini yang dibenarkan, mungkin ada tambahan ilmu dari para pembaca harap dibahaskan di kolom komen.

Demikian maklumat 3 Sebab Boleh Menceraikan Isteri Dalam Islam. Semoga bermanfaat.