Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

Pengeluaran Susu Turun Gara-gara 3 Babi 'Nakal' Menyusu Lembu.

Seorang petani di Austria, Hans Gumpitsch, akhirnya berjaya mendapat jawapan atas persoalan an mengapa lembu-lembunya tidak menghasilkan susu selama beberapa waktu terakhir.

Seperti dipetik dari The Independent, Sabtu (20/8/2016) ternyata susu-susu lembu itu dihabiskan oleh tiga ekor babi. Hal tersebut diketahui Gumpitsch melalui gambar yang diambil oleh seorang pelancong.

Gumpitsch sebelumnya menjelaskan ia dilanda kebingungan dan kecewa mengetahui sapi-sapinya tidak menghasilkan susu selama musim panas. Dan jawapan terhadap kegusarannya pun datang melalui gambar itu.


Tiga ekor babi itu diketahui milik Datuk Bandar Kota Gaimberg, Bernhard Webhofer. Ia dikhabarkan tengah menikmati percutian musim panas di bandar kecil, Nussdorf-Debant yang terletak di Austria selatan.

Tiroler Tageszeitung, petani itu berkata, ketiga-tiga ekor babi dapat menyusui lembu kerana mereka "minum dari puting dengan sangat hati-hati". Jika dilakukan dengan kasar atau menggigit maka tak pasal-pasal babi itu akan ditendang.

"Setelah cukup puas minum susu, babi berusia lapan bulan itu biasanya berbaring untuk tidur siang," kata Gumpitsch.

Terungkapnya misteri susu ini membuat pertanian Gumpitsch menjadi daya tarik bagi pelancong. Mereka tidak berhenti-henti mendatangi tempat itu untuk menyaksikan sendiri peristiwa yang jarang berlaku ini.

Kedai Kopi Atau Kafe Tertinggi Dan 'Tersepi' Di Dunia.

Kafe adalah tempat di mana banyak orang berkumpul, bersantai menikmati hidangan sehingga melepas penat dari aktiviti rutin harian. Dengan ruang yang selesa serta sajian minuman dan makanan yang menyelerakan, kafe akan menjadi tempat yang paling asyik dan banyak dikunjungi orang.

Jika pada umumnya Kafe berada di tempat rendah yang dipenuhi dengan pengunjung, namun bagaimana dengan kedai kopi atau kafe berikut yang berada di tempat ketinggian yang jarang didatangi oleh pengunjung. Mungkin inilah nama paling sesuai untuk sebuah kafe yang berada di puncak yang tinggi iaitu Kedai Kopi "Paling Sepi". 


Terletak di atas puncak Dagu Galcier National Park, Provinsi Sichuan barat, China, kedai kopi 'paling sepi' ini dikunjungi ramai selepas gambar keindahannya tersebar luas di dunia maya. 

Dipetik dari Shanghaiist.com, (17/7/2016), terletak di atas ketinggian 4,860 meter, kafe tersebut memanjakan mata pengunjung dengan pandangan panorama alam yang menakjubkan. 

Gunung-gunung bersalju (pada musim salji) dan udara sejuk nan segar, dapat menghilangkan rasa jenuh akan pemandangan bandar yang padat dan tercemar.

Bangunan kayu tersebut selesai dibina pada Jun 2016. Memiliki laman luas yang boleh menjadi tempat berfoto, dengan latar belakang awan seputih kapas , langit biru, dan rentetan pergunungan indah. 


Walaupun terletak di atas gunung dan terpencil, kafe tersebut tetap ramai dikunjungi oleh pengunjung. Beberapa dari pengunjung merupakan para pendaki yang singgah untuk melepaskan penat. 


Tempat tersebut boleh dicapai dengan menggunakan kereta gantung atau cable car, atau berjalan kaki bagi anda yang suka mendaki. Dari atas cable car, pengunjung dapat merasakan bagaimana rasanya melayang lebih tinggi dari pergunungan. 

Pada musim sejuk, suhu di tempat tersebut mencapai kurang daripada 20 darjah Celsius. Namun, kehangatan dan keselesaan akan menanti, ketika anda memasuki kafe yang dilengkapi dengan pemanas bilik. 


Sumber: u.msn.com

Saturday, August 13, 2016

Lain Negara, Lain Tafsiran: Bibir Paling Besar Dikatakan Cantik!

Habsyah: Ia merupakan kaedah yang digunakan sejak zaman purba untuk `mencipta’ kecantikan bertujuan menarik perhatian suami dan itulah yang dilakukan, Ataye Eligidagne, yang baru berusia 20 tahun.

Dia memiliki bibir yang ditebuk lubang, paling besar di dunia berukuran 59.5cm dan 19.5 cm diameter.

Kaedah ini dilakukan dengan memasukkan cakera di lubang bibir sejak 1896.

Ia juga telah menjadi tradisi kepada kaum wanita di puak Surma yang menetap di perkampungan Omo Rover, di selatan Habsyah.


Prosedur ini termasuk kaedah mencabut dua batang gigi dan ia dilakukan ketika gadis ini berusia 15 hingga 18 tahun.

Mereka yang memiliki bibir yang berlubang paling luas ini juga mampu mendapat hantaran tinggi daripada kaum lelaki yang bakal menjadi suami.


Menurut Ataye, bibirnya itu ditebuk sejak tiga tahun lalu dan memberitahu dia tidak merasai kesakitan sepanjang proses itu dilakukan.

Malah katanya, tiada sebarang kesan negatif dilaluinya sepanjang memiliki bibir yang berlubang itu.


Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, July 31, 2016

'Menghidupkan' 10 Lukisan Anak Yang Diubah Jadi Kalung Unik.

Belajar merupakan salah satu hal yang berkait rapat dengan anak-anak. Salah satunya ialah belajar menggambar. Bagi beberapa kanak-kanak, aktiviti yang boleh melatih saraf motorik dan merangsang otak kanan dan kiri ini merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Melalui gambar, mereka boleh meluahkan isi hati terhadap sebuah keadaan.

Jika para ibu hanya memuji hasil karya anak, lain hal ditunjukkan oleh Yasemin Erdin. Ibu asal Turki ini melakukan hal lebih dari memuji dengan kata-kata. Sebagai seniman yang bekerja di dunia anak-anak selama lebih dari 5 tahun, Erdin mengubah coretan anaknya menjadi kalung. Baginya, 'menyara' hasil karya anaknya adalah cara untuk menggalakkan kreativiti. "Cara terbaik untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak adalah dengan cara mengasihi, menghormati dan memberikan nilai yang tepat untuk gambar mereka," kata Erdin di Bored Panda.

Dari coretan sang anak, perhiasan-perhiasan berikut ini tercipta dengan uniknya. (Via: boredpanda.com)
Lebih lanjut, ia berjaya menyara 'gambar-gambar anak perempuannya selepas bertemu seorang pengarca dan pandai emas. "Saya boleh bergerak maju dengan projek ini selepas saya bertemu pengarca dan pandai emas, Özgür Karavit yang telah mencipta perhiasan sempurna dari gambar anaknya. Projek kami bertujuan untuk menunjukkan anak-anak bahawa seni mereka sangat berharga dan unik. Dan kami mula mengolah gambar anak- anak menjadi kenangan abadi, benda-benda seni yang boleh dipakai, "tandas Erdin.

Berikut 10 gambar kalung yang dihimpun dari Bored Panda.

Kalung rambut panjang. 

Kalung lumba-lumba

Kalung anak laki-laki.

Kalung anak perempuan.

Kalung burung hantu.

Kalung keluarga.

Kalung babi.

Kalung anak perempuan.

Thursday, July 28, 2016

20 Fakta Unik Dan Lucu Antara Lelaki Dan Perempuan.

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam saat malam daripada laki-laki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) semasa mengandung bayi laki-laki berbanding bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak laki-laki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.

5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh laki-laki.

6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7. Laki-laki lebih suka bicara secara langsung sesuai dengan tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan (intuisi) dan kiri (logik) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8. Perempuan lebih baik deria penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9. Perempuan mempunyai 75% lebih banyak kelenjar keringat / peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada laki-laki.

10. Kemampuan indra laki-laki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.

11. Lebih dari dua kali ganda pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

12. Pada saat usia tua, perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar laki-laki mengalami keguguran. Keguguran disebabkan pengeluaran berlebihan dari hormon androgen (hormon laki-laki).

13. Berselisih dengan perempuan di jalan awam, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar meletakkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14. Kira-kira 48% laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22% pada perempuan.

15. Laki-laki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16. Perempuan rata-rata 153 saat berada di tandas, laki-laki 113 saat.

17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding laki-laki yang bercakap gagap.

18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan masa hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding laki-laki.

19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20. Penyelidikan di England, anak laki-laki lebih mudah ditipu / diperdaya daripada anak perempuan. Kalau di Malaysia entahlah ...

Thursday, July 21, 2016

Garpu Yang Boleh Berkata-kata.

Kalau di China terkenal dengan makanan yang pelik-pelik, tetapi lain pula di Jepun. Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran yang hebat. Pelbagai alat elektronik, elektrik selalunya yang sangat berkualiti adalah keluaran jepun.

Garfu ini dikatakan boleh bercakap, bagaimana tu? Apabila garfu ini diketuk-ketuk pada makanan contohnya nugget ayam, maka dia akan menyebut sesuatu mengikut jenis makanan itu. Memang unik, rekaan garfu yang boleh menemani kita walaupun semasa makan bersendirian. Kadang kala boleh jadi sesuatu yang lucu dan mampu menghilangkan kebosanan.


Garfu ini sangat unik, setiap sesuatu jenis makanan telah ditetapkan dengan perkataan-perkataan tertentu. Mungkin pelbagai lagi kelebihan yang ada pada garfu unik ini yang saya tidak tahu. Walaupun ianya suatu rekaan yang pelik dan tidak terlalu penting, namun, saya menganggap ianya satu rekaan yang sangat hebat.


Wanita Elastik Terbitkan Kalendar Sendiri.

Seorang wanita Russia yang memiliki keistimewaan kerana mampu melenturkan tubuhnya, menerbitkan kalendar 2016 khusus untuk mempamerkan keunikan dirinya.

Menggayakan pelbagai aksi, Julia Gunthel memperlihatkan keunikan tubuhnya di depan lensa kamera dengan latar belakang set pejabat.

Dikenali dengan nama Zlata ketika mengadakan persembahan, Julia kini menetap di Jerman.

Dalam kalendar itu, imej Julia dirakam ketika menaip, menjawab telefon dan membancuh kopi aktiviti yang biasa dilakukan mana-mana kakitangan.

Namun, aksi itu menjadi luar biasa kerana Julia melakukannya sambil melenturkan badan ke posisi luar biasa.

Tidak ketinggalan, aksi Julia mengendalikan komputer dengan hanya menahan berat badannya dengan tangan, manakala kakinya berada di atas skrin peranti berkenaan.

Satu lagi aksi hebat Julia dapat dilihat apabila dia membengkokkan badannya untuk menjadi seolah-olah meja.

Julia yang menggelar dirinya ‘Dewi Fleksibiliti’ sering mengeluarkan kalendar istimewa dengan mempamerkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Setiap tahun, Julia menggunakan tema berbeza untuk menarik perhatian ramai.

Tahun ini, Julia berkata, dia mengambil tema wanita bekerja pada era 1980-an selepas muncul dengan pelbagai tema sebelum ini.

Sifat aneh pada tubuh Julia mula dikesan ketika dia baru berusia empat tahun.

Sejak itu, dia mula memanfaatkan kelebihan berkenaan dan tidak jemu-jemu berlatih setiap hari sebagai persediaan melakukan persembahan di seluruh dunia.

Memiliki ketinggian 1.8 meter dan berat 54 kilogram, satu daripada gerakan paling digemari Julia ialah melenturkan badannya ke belakang sehingga membentuk sudut 90 darjah dan seolah-olah membahagi badannya kepada dua bahagian.

Dalam keadaan begitu, tangan Julia dapat memegang kakinya tanpa mengalami kesulitan.

Tidak cukup dengan itu, Julia juga boleh mengubah suai tubuhnya supaya dapat dimuatkan dalam kotak seluas 50 sentimeter persegi.

Menyimpan cita-cita mencipta nama di Hollywood, Julia berkata, apa yang dilakukannya adalah satu perkara biasa.

“Kadangkala saya mungkin turut berasa kurang selesa jika dikehendaki memberi gaya tertentu untuk tempoh panjang.

“Namun, saya rasa itu bukan masalah kerana bagi orang biasa pun, duduk terlalu lama boleh memenatkan,” katanya.

Mengenai amalan pemakanannya, Julia berkata, dia tidak menetapkan sebarang pantang.

“Saya cuma perlu giat berlatih supaya otot dapat dibentuk dengan baik,” katanya.


Sumber: Hmetro