Saturday, August 20, 2016

Kedai Kopi Atau Kafe Tertinggi Dan 'Tersepi' Di Dunia.

Kafe adalah tempat di mana banyak orang berkumpul, bersantai menikmati hidangan sehingga melepas penat dari aktiviti rutin harian. Dengan ruang yang selesa serta sajian minuman dan makanan yang menyelerakan, kafe akan menjadi tempat yang paling asyik dan banyak dikunjungi orang.

Jika pada umumnya Kafe berada di tempat rendah yang dipenuhi dengan pengunjung, namun bagaimana dengan kedai kopi atau kafe berikut yang berada di tempat ketinggian yang jarang didatangi oleh pengunjung. Mungkin inilah nama paling sesuai untuk sebuah kafe yang berada di puncak yang tinggi iaitu Kedai Kopi "Paling Sepi". 


Terletak di atas puncak Dagu Galcier National Park, Provinsi Sichuan barat, China, kedai kopi 'paling sepi' ini dikunjungi ramai selepas gambar keindahannya tersebar luas di dunia maya. 

Dipetik dari Shanghaiist.com, (17/7/2016), terletak di atas ketinggian 4,860 meter, kafe tersebut memanjakan mata pengunjung dengan pandangan panorama alam yang menakjubkan. 

Gunung-gunung bersalju (pada musim salji) dan udara sejuk nan segar, dapat menghilangkan rasa jenuh akan pemandangan bandar yang padat dan tercemar.

Bangunan kayu tersebut selesai dibina pada Jun 2016. Memiliki laman luas yang boleh menjadi tempat berfoto, dengan latar belakang awan seputih kapas , langit biru, dan rentetan pergunungan indah. 


Walaupun terletak di atas gunung dan terpencil, kafe tersebut tetap ramai dikunjungi oleh pengunjung. Beberapa dari pengunjung merupakan para pendaki yang singgah untuk melepaskan penat. 


Tempat tersebut boleh dicapai dengan menggunakan kereta gantung atau cable car, atau berjalan kaki bagi anda yang suka mendaki. Dari atas cable car, pengunjung dapat merasakan bagaimana rasanya melayang lebih tinggi dari pergunungan. 

Pada musim sejuk, suhu di tempat tersebut mencapai kurang daripada 20 darjah Celsius. Namun, kehangatan dan keselesaan akan menanti, ketika anda memasuki kafe yang dilengkapi dengan pemanas bilik. 


Sumber: u.msn.com