Showing posts with label info dalam negara. Show all posts
Showing posts with label info dalam negara. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

Norsakinah Naim, Pelajar Malaysia Hilang Di Perancis.

SEORANG pelajar Malaysia, Norsakinah Naim, 19, yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.


Sakinah tidak pulang kerumah sejak Jumaat lalu dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.

Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.
Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.

Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.

Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula pada hari Sabtu, tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.

Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat.

Sumber: Mynewshub

Sunday, September 25, 2016

Akhirnya Pembunuh Canny Ong, Ahmad Najib Aris Digantung Sampai Mati.

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong pada 2003.


Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.

Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang pembentungan.

Sumber: Mstar | SBP

Saturday, September 24, 2016

Fenomena Ekuinoks - Tanda Bermulanya Musim Bunga Dan Luruh 2016.

Permulaan musim bunga dan luruh hemisfera utara dan selatan telah berlaku pada 22 September lalu pada jam 10.21 malam waktu tempatan. 


Fenomena tersebut berlaku apabila Matahari melintasi garisan khatulistiwa (0 darjah latitud), menyebabkan seluruh dunia akan mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang serta menandakan permulaan musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan. 
Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohammad Redzuan Tahar berkata fenomena yang berlaku dua kali setahun ini terjadi apabila Matahari melintasi garisan Khatulistiwa dan berubah kedudukannya dari hemisfera Utara ke hemisfera Selatan setelah enam bulan berada di hemisfera tersebut. 

“Ketika ia berlaku, mereka yang berada pada waktu siang di kawasan berdekatan dengan garisan Khatulistiwa pada masa yang sama juga, mereka akan mengalami keadaan tanpa bayang di sebabkan matahari berada tegak di atas kepala.” 

“Keadaan ini akan mengambil masa seketika bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. Namun ia khusus berlaku di kawasan-kawasan yang berada pada garisan khatulistiwa tersebut.” jelasnya ketika dihubungi oleh media sebentar tadi. 


Tambahnya lagi, semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. 

Orang ramai juga dinasihati untuk tidak berasa cemas kerana fenomena ini merupakan fenomena biasa dan ia juga tidak berkait dengan keadaan hujan dan panas pada masa sekarang. 

Katanya, kali terakhir dunia mengalami fenomena tersebut adalah pada 20 Mac lalu. 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi ANGKASA di talian 03-3182 4000 atau layari laman web www.angkasa.gov.my atau laman sosial Facebook Agensi Angkasa Negara.

Sumber: Penerangan | SBP

Wednesday, September 21, 2016

Polis Nafi Mesej Viral Tahan Dua Anggota Abu Sayyaf.

Polis hari ini menafikan mesej yang disebarkan di aplikasi WhatsApp dan Facebook mengenai dua anggota militan Abu Sayyaf ditahan di daerah ini. 


Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata Ibu Pejabat Polis Kinabatangan tidak pernah membuat mana-mana tangkapan terhadap anggota militan Abu Sayyaf setakat ini. 

“Pihak polis memohon orang ramai agar tidak cepat mempercayai segala maklumat yang disebarkan hingga menjadi viral tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada pihak polis. 

“Ini kerana berita-berita yang disebarkan melalui laman sosial tanpa kebenaran akan menyebabkan masyarakat gusar dan boleh menyebabkan ketenteraman tergugat,” katanya pada sidang media di sini, Rabu. 

Beliau berkata masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dan tidak mudah menyebar sesuatu berita meskipun mengetahui berita itu adalah palsu. 
Katanya sesiapa yang didapati menyebarkan berita palsu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya. 

Menurutnya setakat ini, polis belum menerima laporan berkenaan mesej yang diviralkan itu. 

A. Sahak berkata kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dilakukan sejurus laporan berkenaan diterima. 

“Gunakan informasi teknologi dengan sebaiknya dan bukan menyebarkan hal-hal yang mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata pada masa ini, daerah Kinabatangan masih dalam keadaan selamat dan terkawal.

Sumber: Bernama | SBP

Sunday, September 18, 2016

Passport Malaysia Menduduki Tangga Kelapan Paling Berkuasa Di Dunia.

Bayangkan, anda boleh pergi ke 151 buah negara tanpa visa jika anda memegang passport negara ini. Inilah “kuasa” yang ada pada passport Malaysia yang pernah dihina oleh segelintir rakyat Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa passport Malaysia antara passport yang paling berkuasa di dunia sehinggalah ianya didedahkan semasa Forum Ekonomi Dunia, di Kuala Lumpur, semalam.


Menurut laporan indeks berkenaan, passport Malaysia merupakan passport kelapan paling berkuasa di dunia dan hampir setara dengan beberapa passport negara maju lain. Malah, nilai passport Malaysia setanding dengan beberapa negara seperti Iceland, Australia dan Malta.

Indeks berkenaan dilakukan bertujuan untuk menentukan kedudukan passport mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi tanpa perlu memohon visa. Menurut indeks berkenaan, Jerman dan Sweden menduduki tempat teratas di mana pemegang passport negara-negara berkenaan boleh melawat 158 negara tanpa perlu memohon visa.
Tahun lalu, Amerika Syarikat dan United Kingdom menduduki tempat teratas dalam senarai ini, namun pada tahun ini kedudukan negara-negara berkenaan menurun ke tempat keempat dan kedua. Jiran Malaysia, Singapura pula menduduki tempat keempat, bersama-sama Amerika Syarikat yang membolehkan pemegang passport negara berkenaan mengunjungi 155 buah negara tanpa perlu memohon visa.

Dalam senarai ini, negara-negara konflik seperti Syria, Iraq, Afghanistan, Somalia dan Pakistan merupakan negara yang paling rendah kedudukannya. Pemegang passport negara-negara ini hanya boleh mengunjungi 24 hingga 31 buah negara tanpa memerlukan visa.

Dalam perkembangan yang sama, Malaysia, berada ditangga ke 19 dunia untuk negara yang paling mesra warga asing dengan menyediakan perjalanan tanpa visa, di hadapan Singapura, United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat yang masing-masing berada di kedudukan 20, 46, 49 dan 78 dunia.

Inilah bukti kehebatan nama Malaysia dipersada antarabangsa. Bagi kumpulan-kumpulan pengkhianat negara, laporan ini mungkin dipandang sepi oleh mereka kerana apa yang mereka mahu ialah, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan mengutamakan nafsu politik masing-masing.

Sumber: Pru14.tv | Sentiasabikinpanas

Friday, September 16, 2016

TERUKNYA PERANGAI!!! Penyokong Pembangkang Di Portal FMT & Malaysiakini Mencaci Maki Kematian Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din.

Tuan Guru dikatakan mengalami pendarahan dalaman yang akhirnya menyebabkan dia koma dan perlu bergantung kepada alat saluran pernafasan sejak malam tadi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada waktu tempatan.


Media kemudiannya melaporkan kematian ATG Harun Din secara berleluasa kerana arwah ialah tokoh politik dan agamawan yang tersohor di Malaysia. Penglibatan arwah dalam parti politik PAS membawanya ke jawatan akhir sebagai Mursyidul AM Pas mengantikan jawatan ATG Nik Aziz yang juga telah meninggal dunia pada tahun lepas. PAS telah kehilangan dua tokoh agamawan yang berpengaruh dalam masa setahun.

Ketika beberapa tokoh pembangkang dan kerajaan menyampaikan salam takziah dan menyatakan kesedihan berhubung dengan kehilangan itu, lain pula halnya yang berlaku di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Hasil pemerhatian aku mendapati rata-rata masyarakat non muslim yang berkomen di Malaysiakini dan Free Malaysia Today lebih cenderung melepaskan komen berbaur sindiran, cemuhan dan kata-kata nista bila mengulas tentang berita tersebut. 

Lihat paparan gambar- gambar dibawah:






Komen-komen tersebut akhirnya telah mencetuskan konflik berbaur perkauman di ruangan komen laporan berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today dan sudah tentu akan menjadi satu pergaduhan yang berpanjangan pada masa-masa mendatang. 

Dipercayai rata-rata penyokong DAP yang mengeluarkan komen2 sedemikian. Ini terjadi berikutan mereka mempercayai selain dari TG Hadi Awang, ATG Harun Din juga adalah dalang yang memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Mereka juga menyakini laporan portal Sarawak Report bahawanya PAS mendapat laba 90 juta (team Hadi-Harun, team TITM tidak mendapat apa-apa, kononnya lah) daripada Mahathir bagi memecahkan dan mengucar-kacirkan pembangkang agar Pakatan Rakyat musnah dan berkecai. Disebabkan fahaman itulah yang membuatkan rata2 penyokong DAP membenci ATG Harun Din. Tak dinafikan juga pendapat ATG Harun Din dalam isu kitab bible melayu yang mencetuskan polemik muslim-kristian turut menjadi sebab kepada kebencian tersebut.
Kerjasama PAS - UMNO, kononnya mahu berUG juga menjadi punca penyokong2 DAP membenci ATG Harun Din kerana arwah kononnya bersetuju dengan penyatuan tersebut bahkan antara yang terlibat secara utama bagi mendekatkan PAS kepada UMNO. Namun sehingga TG Harun Din meninggal dunia, PAS dan UMNO belum lagi bersatu secara legal. Sekadar kerjasama dalam beberapa perkara2 politik dan pentadbiran yang juga turut dilakukan oleh PKR dan DAP, mereka bersama-sama kerajaan pusat pimpinan Najib dalam sesetengah isu berkaitan hudud, pentadbiran negeri dan juga projek pembangunan. 

Respon luarbiasa penyokong2 pembangkang ini juga jadi pemerhatian blogger2 dan penyokong2 Najib dari jarak jauh. Mereka melihat akhlak yang sama mengkritik kematian pimpinan pembangkang seperti mendiang Karpal Singh & ATG Nik Aziz oleh sesetengah penyokong kerajaan berbalik kepada penyokong2 pembangkang terutamanya pada geng2 DAP. Adakah ini akhlak yang patut ditunjukkan ketika berlakunya kematian? Adakah perbezaan politik menghilangkan perikemanusiaan kita? Tidak kah kita belajar moral di sekolah bahawanya orang yang mati harus dihormati? Ucapan2 yang baik bagi memujuk ahli keluarga yang kehilangan sudah tidak wujud kah? 

Apetah lagi ucapan2 negatif itu dihamburkan pada saat semua yang kita diberi-faham tentang ATG Harun Din tidak terbukti. Apakah kita ada bukti ATG Harun Din ialah dalang perpecahan PAS - DAP? Apakah kita ada bukti ATG Harun Din terima wang 90 juta? Apakah kita ada bukti PAS - UMNO berUG atas inisiatif TG Harun Din? Tuduhan2 yang dilemparkan oleh sesetengah blogger pembangkang seperti blogger pro Amanah / Khalid Samad adalah tidak pernah dibuktikan secara fakta serta hujah bahkan tiada apa2 dokumentasi konkrit yang dilampirkan dan bagaimana mudahnya kita berdasarkan hanya persepsi menunjukjan kebencian yang melampaui batas kemanusiaan? Mana moral kita di saat kita persoalkan moral pimpinan kerajaan? Bagus sangat ke akhlak kita neh? 

Memalukan. Semua orang baca komen kita. Dan sekarang semua orang tahu bagaimana adab kita bila mendengar perkhabaran tentang kematian. Hormat orang meninggal dunia konon. Cakap tak serupa bikin. Pura-pura dan kemunafikan yang jelas disitu. Sekarang penyokong2 PAS akan bertambah benci kepada DAP. Terima kasih kepada sesetengah penyokong DAP yang biadap. Jangan bermimpi tentang Putrajaya. Aku tak rasa Pulau Pinang pun akan menjadi laluan mudah sekarang. Tidak hanya kita berpecah. Bahkan berlumba2 melakukan kebodohan juga. Err tahniah la.

Babai. 

Nota.1. Sesetengah gambar kredit to Lim Sian See. Yang lain aku semak dan siasat sendiri dan nampaknya terbukti apa yang sedang berlegar2 di media sosial kini. 

Nota 2. Dimaklumkan oleh LSS juga, terlalu banyak komen2 biadap di Malaysiakini saluran English yang melaporkan kematian ATG Harun Din sehingga memaksa pihak Malaysiakini memadamkan semua komen2 tersebut dan block orang awam menghantar komen ke atas berita tersebut.


Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din Telah Meninggal Dunia Di Amerika.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. 

Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi. 


"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin." 
Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. 

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. 

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. 

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Sumber: Bharian | SBP