Sunday, September 18, 2016

Passport Malaysia Menduduki Tangga Kelapan Paling Berkuasa Di Dunia.

Bayangkan, anda boleh pergi ke 151 buah negara tanpa visa jika anda memegang passport negara ini. Inilah “kuasa” yang ada pada passport Malaysia yang pernah dihina oleh segelintir rakyat Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa passport Malaysia antara passport yang paling berkuasa di dunia sehinggalah ianya didedahkan semasa Forum Ekonomi Dunia, di Kuala Lumpur, semalam.


Menurut laporan indeks berkenaan, passport Malaysia merupakan passport kelapan paling berkuasa di dunia dan hampir setara dengan beberapa passport negara maju lain. Malah, nilai passport Malaysia setanding dengan beberapa negara seperti Iceland, Australia dan Malta.

Indeks berkenaan dilakukan bertujuan untuk menentukan kedudukan passport mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi tanpa perlu memohon visa. Menurut indeks berkenaan, Jerman dan Sweden menduduki tempat teratas di mana pemegang passport negara-negara berkenaan boleh melawat 158 negara tanpa perlu memohon visa.
Tahun lalu, Amerika Syarikat dan United Kingdom menduduki tempat teratas dalam senarai ini, namun pada tahun ini kedudukan negara-negara berkenaan menurun ke tempat keempat dan kedua. Jiran Malaysia, Singapura pula menduduki tempat keempat, bersama-sama Amerika Syarikat yang membolehkan pemegang passport negara berkenaan mengunjungi 155 buah negara tanpa perlu memohon visa.

Dalam senarai ini, negara-negara konflik seperti Syria, Iraq, Afghanistan, Somalia dan Pakistan merupakan negara yang paling rendah kedudukannya. Pemegang passport negara-negara ini hanya boleh mengunjungi 24 hingga 31 buah negara tanpa memerlukan visa.

Dalam perkembangan yang sama, Malaysia, berada ditangga ke 19 dunia untuk negara yang paling mesra warga asing dengan menyediakan perjalanan tanpa visa, di hadapan Singapura, United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat yang masing-masing berada di kedudukan 20, 46, 49 dan 78 dunia.

Inilah bukti kehebatan nama Malaysia dipersada antarabangsa. Bagi kumpulan-kumpulan pengkhianat negara, laporan ini mungkin dipandang sepi oleh mereka kerana apa yang mereka mahu ialah, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan mengutamakan nafsu politik masing-masing.

Sumber: Pru14.tv | Sentiasabikinpanas