Friday, February 17, 2017

Wahai Ibubapa Sekalian....Berhentilah Memanjakan Anak-anak Seperti Raja Dan Ratu, Supaya Bila Besar Nanti Mereka Mampu Berdikari.

Anak, seperti kita sudah ketahui, lahirnya seorang bayi adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, kita yang melenturkannya dan kita yang membentuk acuannya.

Zaman moden kini, ramai kita lihat diluar sana, makin ramai anak era moden tidak tahu buat kerja kerana terlalu dimanjakan, anak perempuan sudah meningkat umur remaja dan dan boleh kahwin, tetapi tidak pernah lakukan kerja rumah.


Ada anak lelaki yang sudah besar, tetapi nak tolong ibu dan ayah bukan main malas sedangkan mereka tahu, kedua orang tua itu yang membesarkannya, sanggup berkorban, berpajak gadai membesarkan kita.

Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi. Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone.

Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka.

Mereka tidak diajar untuk memahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka
Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."

"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"

"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kini.
Baju laki bini anak beranak mak basuh. Makan laki bini anak beranak mak masak. Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja dari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa.

Mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

Sementara si anak sedap menggoyang kaki. Jadinya...Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya. Bila besar mereka akan mampu berdikari.

Usah terlalu kasihankan anak. Jangan terlalu memanjakan anak. Ajar mereka erti susah payah sejak kecil. Ajar mereka tentang kerja rumah. Ajar mereka erti kehidupan. Pupuk kesedaran dalam diri mereka. 

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan. Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik.

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita.

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA. - Ibu Bapa Prihatin