Saturday, February 18, 2017

Terimalah Kenyataan Nur Sajat Itu Adalah Seorang Wanita Semulajadi.

Nur Sajat, suatu ketika pernah popular di kalangan pengguna internet apabila dia membuat keputusan untuk berhijab selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya malah dia juga mengejutkan dunia media sosial apabila mendedahkan dia dilahirkan sebagai seorang khunsa.


Sejak daripada itu, namanya kian viral dengan spekulasi bahawa dia adalah seorang lelaki yang kepingin menjadi seorang wanita. Pelbagai kutukan dan cacian oleh netizen kepadanya sama ada di Facebook mahupun media sosial yang lain.
Namun baru-baru ini, Nur Sajat berkongsi sesuatu yang bakal memberi tamparan buat hatersnya. Di Instagram, dia telah berkongsi laporan rasmi pakar perubatan yang mengesahkan dia adalah seorang perempuan.


| SBP