Sunday, February 26, 2017

Kenali 6 Masalah Yang Akan Timbul Akibat Onani.

Onani merupakan cara mendapatkan kepuasan seks tanpa melakukan sebuah hubungan seksual secara langsung. Perkara ini dilakukan dengan merangsang alat kelamin sendiri. Namun, di sebalik kepuasan yang diperolehi, kesan akibat onani memberikan kesan negatif kepada kesihatan.


Banyak mitos mengenai kesan akibat aktiviti onani. Antaranya onani boleh mengakibatkan kebutaan, gangguan jiwa, dan timbulnya jerawat. Yang lebih menghairankan lagi, onani dianggap boleh mencetuskan tumbuhnya rambut pada telapak tangan.

Satu perkara yang pasti, semua adalah mitos dan tidak benar sama sekali! Onani tidak menyebabkan keempat perkara yang disebutkan diatas. 

Jika ada pun, masalah yang boleh muncul akibat onani adalah sebagai berikut:

1. Kerengsaan kulit hingga zakar patah
  • Onani boleh dikatakan sebagai aktiviti seksual paling selamat. Hal ini kerana risiko untuk terkena penyakit berjangkit seksual tidak akan terjadi selama anda melakukannya sendiri.
  • Meski begitu, kecederaan boleh muncul dalam bentuk iritasi kulit jika anda melakukan onani terlalu sering dan kasar. Risiko yang lebih berbahaya, onani boleh menyebabkan berlakunya keretakan zakar yang disebabkan oleh adanya paksaan membengkokkan zakar semasa ereksi. Keadaan ini akan menyebabkan zakar mengalami pembengkakan.
2. Dijangkiti penyakit berjangkit melalui alat bantu seks
  • Jangkitan tidak akan berlaku jika anda melakukan onani sendiri, namun, lain halnya jika anda melakukan onani dengan menggunakan alat bantu seks yang telah dipakai orang lain yang dikesan mengalami penyakit jangkitan seksual (IMS). Untuk itu, jika ingin menggunakan alat bantu seks atau mainan seks semasa onani, pastikan bahawa alat yang akan anda gunakan telah benar-benar bersih dan jangan dipinjamkan kepada orang lain. Biasakan mencuci setiap kali setelah dipakai untuk meminimumkan dijangkiti penyakit berjangkit.
3. Alat kelamin mengalami pembengkakan
  • Akibat onani yang dilakukan terlalu kerap boleh membuat organ kelamin menjadi sakit. Jika dilakukan secara terus-menerus dalam waktu yang singkat, organ kelamin boleh mengalami pembengkakan yang disebabkan adanya pengumpulan cecair. Disebut juga dengan edema, bengkak ini umumnya akan reda selepas 1-2 hari.
4. Mencetuskan terjadinya gangguan prostat pada lelaki muda
  • Sebuah kajian menunjukkan bahawa lelaki muda yang sering melakukan onani mempunyai risiko lebih tinggi terkena kanser prostat. Namun sebaliknya, pada lelaki lebih tua, aktiviti onani dapat menurunkan risiko terkena kanser prostat. Walau demikian, masih diperlukan pkajian lebih lanjut untuk memastikan perkara ini.
5. Sukar mendapatkan klimaks ketika berhubungan dengan pasangan
  • Para pakar memperingatkan, anda yang sering merangsang diri dengan cara yang berbeza daripada cara pasangan mensimulasikan seks, boleh mengalami gangguan ejakulasi. 
  • Misalnya anda membelai titik sensitif dengan sangat cepat atau dengan tekanan yang besar atau geseran, akan memberikan sensasi yang sangat berbeza berbanding sensasi yang diberikan pasangan. 
  • Akibatnya, anda menjadi sukar mencapai klimaks ketika berhubungan dengan pasangan anda. Pada keadaan yang lebih teruk, anda berkemungkinan tidak dapat mencapai klimaks dari pasangan sama sekali.
6. Mengalami melancap kompulsif atau ketagihan
  • Akibat terlalu kerap melakukan onani dapat membuat seseorang menjadi ketagih dan mengalami gangguan melancap kompulsif. Adapun orang yang mengalami gangguan melancap kompulsif akan memilih untuk melakukan masturbasi atau onani secara terus-menerus. 
  • Mereka lebih memilih untuk tinggal di rumah dan menyaksikan perkara berbau porno untuk menyalurkan tingkah laku kompulsif mereka. Mereka yang telah ketagihan teruk tidak boleh mengawal diri dalam melakukan masturbasi walaupun berada di tempat umum.
Onani merupakan aktiviti seksual normal yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Hanya saja, akibat onani dilakukan terlalu kerap, maka boleh berisiko menjejaskan kehidupan seksual anda pada akhirnya. Segera rujuk kepada doktor jika anda merasa ketagih melakukan onani untuk mendapat pengendalian dan penyelesaian yang tepat.

| SBP