Tuesday, January 24, 2017

Kaedah Kelahiran Pembedahan Caesarean, Disebabkan 'Bayi Songsang'. Keluar Kaki Dulu Baru Kepala. Nakal Bayi Niii.

Biar saya ceritakan serba sedikit, apakah yang dimaksudkan sebagai bayi atau kehamilan songsang, bila mana punggung bayi berada di bahagian pelvis ibu (bawah abdomen) manakala, kepalanya pula berada di bahagian atas.


Jenis-jenis kehamilan songsang ini dibahagikan mengikut keadaan posisi kaki bayi,

Extended breech:
• Kedua-dua kaki lurus dengan buku lali kaki berada di sebelah kepala bayi. Jika doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari bawah (vaginal examination) mereka akan dapat merasakan punggung bayi. Keadaan ini paling biasa berlaku (70%). Kadangkala ibu dibenarkan bersalin secara biasa bagi kedudukan ini (vaginal breech delivery)

Flexed breech:
• Kedua-dua kaki terlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua buku lali kaki dan punggung bayi. Kekerapan jenis ini cuma dalam 15% sahaja.
Footling breech:
• Apabila satu kaki terlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Melalui pemeriksaan dari bawah (vaginal examination) terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim/serviks. Jenis ini juga cuma 15% sahaja. Selalunya kedudukan bayi seperti ini memerlukan kaedah kelahiran secara pembedahan Caesarean kerana dikhuatiri tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse’ dan keadaan ini sangat merbahaya boleh mengancam nyawa bayi.

Antara faktor bayi songsang:
• Tak cukup bulan (pramatang)
• Bayi kembar / lebih dari dua
• Air ketuban yang banyak
• Masaah pada pembentukan kepala bayi
• Masalah pada rahim (fibroid)
• Uri (Placenta) menutupi rahim
• Mempunyai sejarah kehaman songsang
• Kelahiran bayi banyak kali (otor/dinding jadi luas so bayi gerak sana sini)
• Bayi nakal
• Dll

Jadi, ada sesiapa nak share pengalaman dilahirkan secara songsang dulu...? Atau pengalaman melahirkan bayi secara songsang? Lahir secara songsang tak apa, jangan dah besar jadi songsang.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾؅
"Tunjukilah kami jalan yang lurus." (Al-Fatihah; 6)


Sumber: Nadhillah Gayvani | SBP