Sunday, January 29, 2017

Jangan Terlepas 10 Filem Wajib Tonton Sepanjang Tahun 2017.

Tahun 2017 menjadi tahun yang akan menarik bagi para penggemar filem. Kenapa? Kerana tahun ini akan beberapa filem menarik yang bakal ditayangkan di pawagam. Masih belum tahu filem apa yang akan tampil di pawagam atau kalian bingung menentukan filem mana yang harus disaksikan. 

Kali ini SBP kembali mengeluarkan senarai 10 filem yang wajib kalian tonton tahun 2017. Filem apakah itu? Jom semak senarai itu pada artikel berikut.

10. Bad Boys III - 2 Jun 2017


Will Smith dan Martin Lawrence sebelum ini pernah memainkan filem bergenre action komedi berjudul Bad Boys I tahun 1995 dan Bad Boys II tahun 2003. Di mana kedua-dua filem tersebut berjaya membuatkan penonton tertawa oleh aksi mereka. Bad Boys merupakan kisah 2 anggota polis memerangi jenayah yang mengganggu ketenteraman bandar. Namun cara yang mereka gunakan memang tergolong tidak masuk akal dan kacau bilau.

Setelah sekian lama kita menunggu, filemnya yang ketiga, boleh kita saksikan kembali aksi 2 anggota polis yang tidak masuk akal ini dalam filem Bad Boys III. Bad boys III dijangka akan ditayangkan di skrin pawagam pada Jun 2017. Masih dilakonkan oleh Will Smith dan Martin Lawrence. Aksi gila 2 anggota polis ini wajib untuk anda tonton.

9. Kingsman: The Golden Circle - 16 Jun 2017


Pada tahun 2014, banyak penonton telah menyaksikan betapa bagusnya filem The Kingsman: The Secret Service. Filem tersebut mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda menjadi agen rahsia Inggeris. Mempunyai jalan cerita yang menarik dan sedikit lucu, ramai penonton yang berharap bahawa akan dibuat kesinambungan dari filem pertama.

Dengan permintaan penonton akan skuel Kingsman, akhirnya pihak produser dan pengarah membuat skuel perjalanan agen rahsia Inggeris tersebut. Filem kedua ini berjudul Kingsman: The Golden Circle. Dalam filem ini, 2 agen rahsia yang dilakonkan oleh Mark Strong dan Taron Egerton akan kembali bekerjasama dan menjalankan misi yang jauh lebih berbahaya daripada filem pertama. Dianggarkan Kingsman: The Golden Circle ini akan mula ditayangkan pada bulan Jun 2017.

8. War for The Planet of The Apes - 14 Julai 2017


War for The Planet of The Apes yang akan tayang pada bulan Julai 2017 ini merupakan kesinambungan daripada siri sebelum ini dan masih mengisahkan perjalanan gorila hasil dari evolusi bernama Caesar. War for The Planet of The Apes ini merupakan siri yang ke-8. Jika kamu masih belum menyaksikan siri sebelum ini, ada baiknya untuk cuba menontonnya terlebih dahulu agar tidak bingung ketika menonton siri yang satu ini.

War for The Planet of The Apes ini menjadi filem yang wajib ditonton di tahun 2017 ini. Dianggarkan bahawa filem ini akan menghibur banyak penonton di bulan Julai nanti.

7. Jumanji 2 - 28 Julai 2017


Filem Jumanji pertama kali ditayangkan pada tahun 1995 dan filem ini dilakonkan oleh mendiang Robin Williams. Filem genre thriller fantasy ini menceritakan kisah sebuah papan permainan ajaib Jumanji yang boleh mengeluarkan aneka macam haiwan dari hutan belantara. Dan bahkan boleh menyedut pemainnya ke dalam permainan bila mendapat angka yang sial.

Julai 2017 menjadi bulan dan tahun yang amat dinanti oleh para peminat filem klasik ini. Filem Jumanji Reboot ini akan dilakonkan oleh pengusti terkenal Dwayne Johnson dan juga pelawak terkenal Kevin Hart.

6. Spider-Man: Homecoming - 7 Julai 2017


Spider-Man merupakan salah satu superhero terkenal buatan Marvel. Sudah banyak filem Spider-Man dicipta dan sudah ada beberapa pelakon yang melakonkan watak Peter Parker seperti Tobey Maguire, Andrew Garfield, dan yang terakhir adalah Tom Holland. Kisah si manusia labah-labah inipun selalu menjadi kisah yang dinanti-nantikan oleh para penggemarnya,
Spider-Man sendiri sebenarnya sudah tampil dalam filem Captain America: Civil War. Dilakonkan oleh Tom Holland, lakonan pemuda ini ternyata berjaya menarik hati para peminat. Dan kali ini Marvel telah berjaya menyiapkan rancangan membuat filem Spider-Man terbaru berjudul Spider-Man: Homecoming. Masih dilakonkan oleh Tom Holland sebagai Peter Parker, Spider-Man: Homecoming dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Julai 2017.

5. Fast 8 - 12 April 2017


Anda penggemar Fast and Furious? Kalau iya, bererti anda wajib untuk menonton filem Fast 8 ini. Fast and Furious merupakan salah satu filem francais terkenal yang dilakonkan oleh Vin Diesel dan mendiang Paul Walker. Filem Fast and Furious 7 yang terakhir adalah filem terakhir di mana kita boleh menyaksikan aksi Paul Walker. Tapi walaupun sudah tidak ada lagi kelibat Paul Walker, Fast 8 ini masih dilakonkan oleh Vin Diesel.

Fast 8 sendiri dijangka akan menghiburkan penonton pada April 2017. Walaupun ketiadaan pelakon Paul Walker, tapi filem Fast 8 tetap masih ditunggu oleh peminat. 

4. Transformers: The Last Knight - 23 Jun 2017


Filem Transformer merupakan filem yang menceritakan dunia robot yang mempunyai kecanggihan luar biasa. Skuel filem ini juga termasuk yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat. Dalam filem ini kita boleh menyaksikan kembali aksi Mark Wahlberg membantu pasukan Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime.

Namun untuk boleh menyaksikan filem ini, para peminat perlu sedikit bersabar. Ini kerana filem akan berada dipawagam bulan Jun 2017. Memandangkan berapa hebatnya filem Transformer yang lepas, filem Transformer ke 5 kali ini amat sayang untuk dilepaskan.

3. Alien: Covenant - 4 Ogos 2017


Filem Alien pertama kali tayang pada tahun 1979 dan terus dibuat siri seterusnya yang jauh lebih seru daripada sebelumnya. Pada tahun 2017, filem Alien ini akan kembali menghantui diri anda dengan tajuk baru Alien: Covenant. Menurut jadual, Alien: Covenant akan ditayangkan dipawagam pada Ogos 2017. 

Filem ini menceritakan kisah alien yang berasal dari luar angkasa. Demi berkembang biak dengan baik, alien ini harus memanfaatkan manusia sebagai indungnya. Alien: Covenant ini akan menjadi filem ke-6 dari francais alien yang sudah pernah ditayangkan sebelumnya.

2. Justice League: Part I - 16 November 2017


Justice League merupakan kumpulan superhero buatan DC Comics. Dipimpin oleh Superman, para superhero ini akan bekerjasama melindungi bumi daripada ancaman orang jahat dan juga raksasa dari luar galaksi. Dalam Justice League: Part I akan diisi oleh superhero seperti Aquaman, Cyborg, Batman, Superman, Wonder Woman, dan The Flash.

Seakan tidak mahu kalah dari Avengers buatan Marvel, Justice League: Part I ini khabarnya akan ditayangkan dilayar perak pada November 2017.

1. Star Wars: Episode VII - 15 Disember 2017


Nampaknya masih belum habis kisah dari Star Wars. Setelah berjaya kembali dengan Star Wars: The Force Awakens, kali ini pihak penerbit masih mahu membuat skuel kisah Star Wars ini. Filem yang telah dinanti oleh ramai peminat ini akan menjadi tontonan pertama yang wajib ditonton di tahun 2017.

Filem yang dijangka akan tayang dengan judul Star Wars: Epidode VIII ini dijangka akan ditayangkan dan menghiburkan berjuta-juta peminat di penghujung tahun 2017 iaitu di bulan Disember. 

Jadi sudahkah anda tentukan filem mana yang mahu ditonton sepanjang 2017 ini? Sila komen dibawah yaa...

INI PUN BIKIN PANAS DIBACA JUGA:
| SBP