Tuesday, December 20, 2016

Tarian Yang Bakal Menggantikan Tarian Poco-poco.

Seorang warga Timur Leste berbakat bernama Deus memperkenalkan lagu dan tarian yang mampu bersaing hebat dengan tarian poco-poco yang digemari oleh penduduk Sabah.


Deus yang selama ini memendam bakatnya kerana bekerja di ladang kelapa sawit tidak mampu lagi menahan hajatnya untuk menjadi seorang artis terkemuka.
“Masanya telah tiba” kata Deus ketika diminta mengulas mengenai edisi lagu dan tarian terbarunya. Dimaklumkan bahawa, Deus kini sudah cukup terkenal di sekitar Gum-Gum, Sandakan.

Saksikan kehandalan Deus membawakan lagu dan tarian ini dalam bahasa Portugis.


Sumber: BE NEWS | SBP