Tuesday, December 20, 2016

Sejarah Kewujudan Dan Makna Logo Kereta Volkswagen.

Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada tahun 1932.
Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mudah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, yang bermaksud “strength through joy car”).


Setelah menyiapkan lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,
Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak membina Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
Apa yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.

Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetapi ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju, maka lambang Nazi jelas kelihatan.

| SBP