Wednesday, October 26, 2016

Malang Berganda, Kebakaran Kali Kedua Dalam Masa 24 Jam Di HSA.

Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai di kawasan bilik pembedahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), sebentar tadi. 

KAKITANGAN Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan orang awam diarah meninggalkan pekarangan hospital selepas berlaku kebakaran kali kedua di hospital berkenaan. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari tadi dan kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan itu di tingkat satu selain bau kesan terbakar. 

KAKITANGAN Hospital Sultanah Aminah (HSA) memindahkan pesakit ke kawasan selamat selepas berlaku kebakaran kali kedua di hospital berkenaan. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ketika ini, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi, bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu. 
Tinjauan juga mendapati beberapa petugas HSA membawa keluar pesakit bagi mengosongkan bangunan.

Sumber: BHarian Online