Wednesday, September 21, 2016

Setelah Sekian Lama Hidup Bersama, Angelina Jolie Dan Brad Pitt Akhirnya Bercerai.

Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan memfailkan perceraian daripada suaminya, pelakon, Brad Pitt.

Dia juga dilaporkan menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka, lapor portal berita selebriti TMZ, hari ini.


TMZ mendakwa, Angelina, 41, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah pada Isnin lalu atas alasan tiada persefahaman dengan tarikh perpisahan dinyatakan bermula 15 September lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas tinggal bersama selama 10 tahun.
Peguam Angelina, Robert Offer mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Keputusan ini dibuat demi kebaikan keluarganya. Agelina tidak akan mengulas mengenai hal itu dan meminta dia sekeluarga diberi ruang dan privasi buat masa ini,”katanya.