Wednesday, September 21, 2016

Biodata Pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad.

Pelakon Mia Ahmad mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan tanahair selepas membintangi watak utama dalam drama berjudul Hati Perempuan yang kini bersiaran di slot Akasia TV3. 


Sebelum ini, beliau turut tampil dalam beberapa drama mahupun telefilem, namun Mia Ahmad dilihat jarang mendapat publisiti media. 
Menerusi drama berjudul Hati Perempuan, Mia Ahmad memegang watak utama sebagai Yuhanis iaitu seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co yang cuba dipikat oleh Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding. Bagaimanapun, ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril yang sering menjadi kegilaan gadis-gadis lain tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. 
Kepada peminat drama di Slot Akasia yang mula meminati lakonan Mia Ahmad berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang beliau. 

BIODATA:

Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

GAMBAR MIA AHMAD: