Tuesday, September 13, 2016

Sejarah Bagaimana Rokok Tersebar Merata Tempat Di Dunia.

Rokok bukan barangan yang susah didapati di Malaysia. Hampir di setiap daerah, rokok dengan mudah boleh di dapati di kaki lima hingga di kedai-kedai kecil. 

Walaupun sudah ada amaran mengenai bahaya, juga peraturan jualan, tapi rokok masih di jual secara bebas di pasaran. Kanak-kanak di bawah umur hingga dewasa boleh membeli rokok yang dijual secara runcit juga. 


Salah satu penyebab banyaknya penagih rokok di Malaysia, kerana murahnya harga rokok. Sehingga baru-baru ini ada cadangan baru mengenai kenaikan harga rokok sehingga berkali-kali ganda. Hal tersebut pun menimbulkan pro dan kontra. 

Rokok di Malaysia sudah ada sejak zaman dahulu, dan industrinya pun sudah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya sejarah peredaran rokok hingga ke pelusuk dunia? 
Rokok dari tembakau sudah digunakan sejak zaman dahulu. Dahulu tembakau dihisap dengan menggunakan paip oleh suku Mayan dan Aztec. Pada abad ke-16, tembakau untuk pertama kalinya digunakan sebagai kepentingan ekonomi. Sila lihat video dibawah. 

Seiring dengan penemuan benua baru, tembakau menyebar bermula dari Eropah hingga ke seluruh dunia. Pada abad ke-19, industri rokok mula berdiri dengan banyak di Amerika. Setelah sekian lama rokok dihisap penduduknya, kerajaan Amerika akhirnya menyedari ada bahan berbahaya yang terdapat dalam sebatang rokok. 

Sehingga pada tahun 1980, kerajaan Amerika Syarikat mula melabeli peringatan bahaya pada bungkus rokok, dan larangan untuk mengiklankan rokok di televisyen. Setelah itu, industri rokok di Amerika mula menyerang industrinya ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Dan akhirnya, hingga kini mereka berjaya melebarkan sayapnya ke seluruh penjuru dunia.

Lalu, bagaimana cara mengatasi bahaya rokok? Apakah cadangan soal menaikan harga rokok harus direalisasikan? Kamurang komen dulu bah di sini.