Tuesday, September 13, 2016

Reaksi Lucu Orang Tua Ketika Pertama Kali Mencuba Virtual Reality.

Bagaimana jadinya apabila teknologi terkini dicuba oleh orang tua kamu yang memang tidak mengikuti berita terkini mengenai teknologi? Atau bagaimana ketika datuk atau nenek kamu disodori dengan telefon pintar keluaran terbaru? Mungkin cirieasy mode sangat diperlukan ya.


Nah melalui video di bawah ini, kamu juga akan melihat ekspresi-ekspresi dari orang tua yang baru pertama kali mencuba Oculus Rift. Bagaimana ya reaksi mereka? Makanya, saksikan video di bawah ini hingga habis ya.

Lucunya Reaksi Orang Tua Ketika Pertama Kali Cuba Virtual Reality

Oculus Rift merupakan device yang pertama kali dibuat pada tahun 2012 yang bertujuan untuk memberikan sensasi dalam dunia maya seperti dunia asal atau virtual reality. Melalui peranti canggih ini pula, kamu boleh merasakan dunia maya atau game seperti dunia asal kerana gestur dan tekstur yang dihasilkan mendekati kenyataan.

Video yang dibuat oleh TheFineBros ini menunjukkan berbagai macam reaksi yang ditunjukkan oleh orang tua yang memakainya. Mulai dari takjub, menyenangkan, hingga ekspresi takut mereka cuba sampaikan ketika menggunakan Oculus Rift ini. Mungkin kamu juga akan sekurang-kurangnya tersenyum sendiri melihat bagaimana reaksi spontan mereka.