Thursday, September 8, 2016

Lelaki Ini Protes, Gambar TERKENCINGNYA Kelihatan Di Google Street View.

Jika anda pengguna Android, anda pasti tidak asing dengan aplikasi bawaan Google Street View yang masih satu pakej dengan Google Maps. Street View membolehkan orang dapat melihat bangunan terkenal, seperti muzium, restoran, arena, jalan, dan lain sebagainya.


Kejadian lucu baru-baru ini dilaporkan oleh Mirror.co.uk, seorang lelaki yang enggan disebutkan namanya, menghantar protes kepada Google kerana gambar memalukannya ada pada Street View. Jika kebetulan kamu menuliskan kata Houston pada Street View maka anda akan menemui gambar orang yang sedang berdiri di persimpangan jalan. 
Masalahnya adalah, Street View membuat gambar lelaki itu jadi kelihatan tidak masuk akal. Saat difgambar, lelaki itu sedang berdiri dengan seluar warna coklat tua dalam keadaan setengah basah. Lelaki itu mengaku tidak boleh berbuat banyak masa kereta pengambil gambar dari Google melintas dan mengambil gambar lokasi secara automatik.


"Saya berusaha membersihkan seluar kerana terkena tumpahan sesuatu dan keluar berdiri untuk mengeringkannya di bawah sinar matahari. Tetapi carilah saya di Street View, segera akan melihat saya, seperti orang yang terkencing di seluar," tulisnya dalam media sosial. 

Aplikasi Street View memang tidak berkompromi akan mengambil foto lokasi dalam keadaan seperti apa. Maka jika kebetulan anda melihat kereta Google melintas dan sedang melakukan pemetaan, ada baiknya anda beredar kerana gambar anda boleh terpampang di Street View yang akan dilihat semua orang.