Wednesday, September 28, 2016

10 Gambar Dari Seluruh Dunia Tentang Anak Yang Sangat Menyentuh Hati.

Seorang jurugambar berasal dari Britain iaitu James Mollison telah melakukan perjalanan mengeliling dunia dan mengambil gambar budak dan remaja di serata dunia atau di negara yang dia singgah. 

Tak lupa, James juga mengambil gambar bilik tidur anak-anak tersebut dan menunjukkan kepada semua orang bahawa kehidupan anak-anak di setiap negara sangat berbeza. Dan berikut adalah beberapa gambar dari James yang berjaya menyentuh hati berjuta-juta pencinta fotografi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
Semak baik-baik gambar di bawah ini. Semoga, gambar-gambar ini boleh membuka hati kita dan lebih memahami kehidupan budak-budak di seluruh dunia.

Juan David, anak usia 10 berasal dari Medellin, Colombia. 

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang tidak diketahui namanya dan tinggal di Ivory Coast. Bagaimanapun keadaannya, dia bahagia dengan hidupnya. 

Dong, kanak-kanak berusia 9 tahun yang berasal dari Yunan, China. Dia adalah seorang kanak-kanak dari keluarga yang sangat sederhana. 

Alex anak usia 9 yang tinggal di Rio de Janeiro, Brazil. Dia hidup dengan sangat sederhana. 

Bilal, anak usia 6 yang tinggal di Wadi Abu Hindi, The West Bank. Dia tinggal di tempat yang sangat sederhana. 

Kana seorang remaja usia 16 tahun yang tinggal di Tokyo, Jepun. Dia cukup bernasib baik berbanding dengan anak-anak dari Nepal. 

Risa, remaja usia 15 tahun dari Kyoto, Jepun. Jika melihat dandanannya yang seperti ini, tahukah kamu dia bekerja sebagai apa? 

Prena, seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Kathmandu, Nepal.

Ryuta, seorang kanak-kanak usia 10 tahun dari Tokyo, Jepun.

Delanie, kanak-kanak berusia 9 tahun yang bersala dari New Jersey, USA.

Sumber: Vemale | SBP