Wednesday, August 31, 2016

Rekod Dunia, Hotel Air Panas Yang Berusia 1,200 Tahun.

Konsep sebuah hotel sudah ada sejak zaman purba. Sebagai contoh, bangsa Yunani purba, tercatat pernah mengembangkan kolam air panas supaya para pengelana boleh berehat dan menyegarkan diri selepas melakukan perjalanan seharian.

Di Rom, bangunan-bangunan dibina sebagai tempat orang-orang yang dalam perjalanan untuk urusan pemerintahan.


Namun demikian, di Eropah, hanya pada Abad Pertengahan lah rumah penginapan dibina di untuk orang-orang yang membuat perjalanan secara biasa.

Para pengelana boleh memilih menginap di persinggahan, rumah, ataupun rumah sakit yang ditubuhkan oleh beberapa aliran rohaniwan Kristian. Hari ini, kebanyakan jenis-jenis hotel ini sudah tidak ada bekasnya lagi.

Menurut Guinness World Records, rekod dunia hotel tertua yang masih ada sekarang adalah Nishiyama Onsen Keiunkan yang berada di Jepun.

Rekod dunia hotel tertua. Kerana hotel ini terpencil di alam liar, para tetamu boleh sejenak terbebas dari kekecohan kehidupan bandar. Tak ada internet di sana. (Traveldreamscapes.wordpress.com)

Hotel itu berada di Honshu, salah satu pulau utama Jepun. Tepatnya, ada di kawasan Chūbu dalam perfektur Yamanashi.

Perfektur ini memang terkenal dengan banyaknya pergunungan, termasuk gunung Fuji yang merupakan gunung tertinggi di Jepun. Gunung Fuji berjarak 2.5 jam perjalanan dari hotel tertua tersebut.

Hotel Mata Air Panas

Nishiyama Onsen Keiunkan terletak di pergunungan yang terpencil. Hotel ini dibina pada 705M oleh Fujiwara Mahito, orang dekat dengan maharaja. Masa itu masih termasuk tahun ke-2 di masa kekuasaan Keiun.

Selain kerana usianya, Nishiyama Onsen Keiunkan terkenal sebagai hotel mata air panas. Dalam bahasa Jepun, kata 'onsen' bererti mata air panas.

Di masa kini, hotel tersebut mempunyai 6 mandian yang mendapat air dari 4 mata air panas berasingan. Selama beberapa abad lamanya, hotel ini sudah diperluaskan dan mengalami pemodenan, misalnya dengan penambahan satu bilik bar untuk karaoke.

Menurut catatan, pengubahsuaian terkini hotel berlaku pada 1997, tapi banyak ciri-ciri tradisionalnya dikekalkan hingga sekarang.

Air panas semulajadi untuk kolam mandian. Kerana hotel ini terpencil di alam liar, para tetamu boleh sejenak terbebas dari kekecohan kehidupan bandar. Tak ada internet di sana. (Sumber traveldreamscapes.wordpress.com)

Keadaan Hotel Sekarang

Di masa kini, Nishiyama Onsen Keiunkan disebut-sebut dirawat oleh keluarga Fujiwara Mahito selama 52 generasi. Selama itu, sudah ada berbeza-beza tetamu yang berkunjung.

Hotel itu sering disebut menjadi kegemaran para tamu yang berkaitan ketenteraan, contohnya samurai, komander tentera, dan para shogun.
Alasannya, air yang berasal dari mata air panas dipercayai mempunyai kesan bermanfaat pada tubuh, misalnya untuk relaksasi otot-otot yang lelah dan sakit.

Laman web hotel menyebutkan bahawa mata air sumbernya mengandungi "sodium, kalsium nitrat dan klorida", dengan "sifat ringan alkaline".

Sifat ini dikenali mengurangkan "masalah pencernaan, nyeri otot, dan sembelit" serta dapat memutihkan kulit.

Kerana hotel ini terpencil di alam liar, para tetamu boleh sejenak terbebas dari kekecohan kehidupan bandar. Tak ada internet di sana. (Sumber Google Maps)

Selain kelonggaran jasmani, Nishiyama Onsen Keiunkan boleh juga menawarkan kelonggaran mental kepada para tetamu.

Kerana hotel ini terpencil di alam liar, para tetamu boleh sejenak bebas dari kekecohan kehidupan bandar. Bahkan tidak ada internet di sana.

Walaupun dikenali sebagai hotel tertua sedunia, para pemilik masih berusaha mengembangkannya dan telah menggali telaga baru sedalam 888 meter yang mengeluarkan beribu-ribu liter air panas per minit.