Wednesday, July 27, 2016

PERODUA Yakin Capai Sasaran Jualan 216,000 Unit.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) optimis dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 216,000 unit bagi keseluruhan tahun ini. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata syarikat yakin jualannya akan melonjak pada separuh kedua tahun ini dengan mencecah lebih 118,600 unit. 

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan PERODUA bagi separuh pertama 2016 di sini, hari ini. 

Pada separuh pertama tahun ini, PERODUA mencatatkan pengurangan pengeluaran kenderaannya sebanyak 14 peratus kepada 100,300 unit berbanding 116,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu. 

Foto oleh Sairien Nafis
Ia susulan langkah penyelarasan semula angka pengeluarannya selepas jualan separuh pertama 2016 mencatatkan penurunan sebanyak 10.3 peratus kepada 97,400 unit berbanding 108,500 dalam enam bulan pertama 2015. - BH Online