Tuesday, July 5, 2016

Kalau Balik Kampung Mentua, Jangan Banyak Komplen’

Di musim nak raya ini, aku nak confess (juga boleh dibaca sebagai warning) kepada adik beradik dan ipar duai tentang adab berkumpul sesama keluarga besar!

1. Kau menantu sahaja

Bunyi macam kasar kan? Nak nasihat sikit pada ipar duai wanita ini. Kalau kau balik rumah mak mertua, tak perlulah korang dengki sesama diri siapa yang buat kerja banyak, siapa yang penat menolong mak mertua, siapa itu ini. Buat sajalah kerja yang mana korang termampu.

Kalau tak mampu, tak larat, beritahu pada suami dan minta mereka tolong ambil alih. Selepas itu, korang pergilah berehat ke apa ke. Korang menantu sahaja, bukan hamba. Tak perlu nak buat baik macam malaikat. Pekakkan telinga kalau orang nak kata apa. Dahlah busuk hati, berdengki, korang pergi hasut pula adik-adik ipar supaya benci biras kau. Habis berpecah belah keluarga aku.

2. Beraya di rumah mak mertua

Menantu, tak payah nak ajak geng bas sekolah, geng office korang datang beraya di rumah mak mertua. Di kala korang tengah sibuk melawan kawan-kawan, mak mertu, adik-adik ipar dengan biras yang tengah sarat mengandung yang bersilat di dapur untuk buat air bagai.

Tak kisahlah kalau mak mertua dan bagi keizinan sekali pun atau korang akan sediakan segala juadah untuk tetamu korang. Fikir juga dalam rumah itu ada orang lain yang sesama pegang title tuan rumah.

Nak jemput kawan-kawan, sila buat di rumah mak bapa sendiri atau di rumah korang suami isteri. Settle!

Aku tahu kau menantu yang urban, orang bandar. Kalau balik beraya di kampung tak payah nak komplen itu ini. Adat duduk di kampung memang sempit. Nasib kaulah berkahwin dengan orang kampung, lepas itu menyusahkan orang pula. Siapa suruh kau terima juga keluarga susah seperti kami ini?


3. Jaga aurat sesama ipar duai

Ya, rumah kita rumah kampung. Abah tak mampu nak buat toilet dalam setiap bilik. Ada toilet dua itu saja di dapur. Yang tuan rumah pun, tak payahlah menonong berkemban dengan tuala saja pergi toilet dengan buat wayang free tali bra hitam kau. Kau masih ada adik beradik lelaki yang sudah berbulu, bersunat dan berkahwin yang sedang lepak di dapur dan ruang tamu. Hormat sikit!

Menantu wanita pun tak payah nak buat home sweet home sangat. Seperti yang aku beritahu, kami ada adik beradik lelaki yang sudah berbulu, bersunat dan berkahwin sedang melepak di dapur dan ruang tamu.

Walaupun hanya mahu pergi ke tandas untuk kencing sahaja, minta jasa baik pakai pakaian yang menutup aurat, hujung kaki ke hujung rambut. Tak payah nak buat gadis ayu era 80-an. Rumah aku ada paip air, korang tak perlu mandi dengan air perigi yang memerlukan pakaian mandi berupa kain batik.

Bukan setakat nak pergi toilet saja, pakaian rasmi mesti yang menutup aurat selama korang berada di rumah mertua, depan ipar duai.

Anak dan menantu lelaki, tak payah nak coll selamba siput babi sangat pergi toilet dengan tuala sahaja. Kita masih ada ipar perempuan. Hormat mereka. Mereka adalah isteri kepada adik beradik kita. Walaupun dada bukan aurat, tetapi jaga adab. Pakai t-shirt dengan tuala. Dah masuk toilet nanti, korang nak bogel macam mana pun suka hatilah. Stail masing-masing.

4. Tak perlu perbandingan

Ipar duai wanitalah yang biasa dengan perkara ini. Tak payah keluar ayat-ayat nak memabndingkan diri dengan orang lain. Ada part yang kau tak sedar yang kau itu menyusahkan orang sebenarnya walaupun kau rasa apa yang kau buat itu kononnya nak mempertahankan mak mertua. Tak payah nak jadi langsi tunjuk hero sangat. Mak aku ada anak, kau tu menantu, orang luar yang diupgradekan saja. Sedarlah diri sikit.

Mak mertua, tak payah nak membanding bezakan menantu. Itu takdir anak kau! Sedar diri sikit anak kau bukannya baik sangat. Depan kau macam malaikat, belakang kau macam syaitanirrojim! Kau apa tahu?

5. Menantu jauh vs menantu dekat

Menantu jauh, sudahlah balik sekali sekala saja pun, nak mengomel itu tak kena, ini tak kena. Kau tak tahu apa yang orang dalam rumah ini dok hadap seharian. Sudahlah balik sekali sekala itu, tunjuk rajin lebih sikit. Nak ambil hati mak mertua sangat kan?

Menantu dekat, selalunya dia inilah yang kena jaga mertua, duduk sekali dengan mak mertua, menghadap karenah adik-beradik ipar dan perangai entah apa-apa mak mertua.

Mak mertua dan adik beradik jangan cari gaduh dengan menantu dekat ini. Bila dia tak mahu datang ke rumah kita, adik beradik kita juga yang pening kepala. Nanti bila nak berkumpul dengan adik beradik lain pun payah. Mak kita juga yang akan terasa sedih anak dia tak balik.

Nanti susah-susah, sakit-sakit, nak minta tolong dengan menantu yang dekat-dekat ini. Bukannya pada menantu yang jauh itu. Dia pun ada mak bapa, biarkan dia balik beraya rumah mak bapa dia dulu. Hari-hari menghadap kita sekeluarga, dia pun meluat juga tahu tak?

Perkara-perkara ini berdasarkan apa yang aku lihat pada keluarga sendiri. Ada yang aku rasa silap di pihak keluarga aku. Pandai-pandailah adapt. Tuan rumah jaga adab sebagai tuan rumah. Orang datang ke rumah, kita layan sama rata. Tetamu pun datang rumah orang, jangan dok langsi sangat memerintah sampai buat rumah orang macam rumah sendiri.

Sumber : Pixel