Saturday, July 23, 2016

5 Posisi Tidur Isteri Yang Boleh Membuat Lelaki Naik Stim.

Banyak perkara yang boleh membuat lelaki ghairah, bukan hanya menggunakan pakaian seksi saja. Kedudukan tidur anda pun boleh membangkitkan ghairah suami. 

Kedudukan tidur anda boleh membuatnya nyaman dan membuat anda kelihatan seksi. Your Tango mendedahkan beberapa posisi tidur wanita yang menjadi kegemaran suami. 

1. Eye See You 

Pada kedudukan 'eye see you' ini, anda dan pasangan tidur sambil berhadapan. Kedudukan ini membolehkan anda untuk menyentuh semua tubuh pasangan, mulai dari kaki, lutut, dada dan wajahnya. Kedudukan ini disukai lelaki kerana boleh dengan mudah memberi perhatian kepada anda dan memastikan bahawa isterinya tidur dengan lelap. 

2. Cuddly-Wuddly 

Pada kedudukan 'cuddly-wuddly', pasangan tidur terlentang dan kepala anda berada pada dada atau bahunya.Kedudukan berpelukan ini membuat pasangan boleh meletakkan tangannya di sekitar anda dengan cara perlindungan. Kedekatan tersebut seringkali membuat pasangan ghairah dan anda pun merasa 'dilindungi' dalam pelukannya. 

3. Forward Bear 

Anda berdua tidur menyamping dan pasangan memeluk tubuh dari belakang. Kedudukan ini sangat mengghairahkan kerana hampir mirip dengan posisi bercinta 'spooning'. Kedudukan spooning membuat wanita merasa istimewa kerana saat pasangan memeluk dari belakang, anda merasa dilindungi dan dicintai. Tak hanya itu, dengan posisi ini, lelaki pun boleh jadi lebih bebas menyentuh seluruh tubuh anda. 

4. Pillow Fluffy 

Posisi ini merupakan kebalikan dari posisi 'Cuddly-Wuddly'. Pada kedudukan ini anda tidur terlentang dan kepala pasangan berada pada bahu atau dada anda. Lelaki sangat menyukai posisi tidur ini, kerana merasa bahawa tubuh anda jauh lebih selesa berbanding bantal mana pun. 

5. All Those Bright Lights 

Pada kedudukan ini anda berdua hampir membentuk huruf 'T' di tempat tidur. Kepala anda berada pada perutnya, sehingga membuat pasangan leluasa untuk membelai rambut dan wajah anda. Kedudukan ini juga membuat lelaki berfantasi nakal mengenai oral s*ks.