Sunday, July 24, 2016

13 Fakta Meyelubungi Bangsa Israel Dan Yahudi.

1. Tahukah anda bahawa Israel meledakan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar Palestin? 

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi? 

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel? 

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu? 

6. Tahukah anda bahawa Amerika mengalokasikan 5 juta US $ dari penghasilan pajaknya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel? 

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1.8 juta US $ setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua benua Afrika? 

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US $ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kedudukannya. 

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981. 

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya? 

11. Tahukah anda bahawa sebelum penubuhan Israel pada tahun 1948, ia sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear? 

12. Tahukah anda bahawa Perwira Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan? 

13. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?