Friday, July 29, 2016

12 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Cinta.

Jatuh cinta tidak sekadar rasa suka dan rasa ingin memiliki, ada banyak hal tentang cinta yang membuat takjub dan romantis. Jom baca 12 fakta menarik tentang cinta:

1. Jatuh cinta boleh memberi kesan menenangkan pada tubuh dan fikiran, serta meningkatkan kadar faktor-faktor pertumbuhan saraf selama kira-kira satu tahun. Hal tersebut akan membantu seseorang memperbaiki sistem saraf dan meningkatkan memori mereka yang sedang jatuh cinta.

2. Di sisi lain, ada juga yang mengalami tekanan dan ketakutan mendalam saat jatuh cinta. Perasaan jatuh cinta pada beberapa orang juga menyebabkan telapak tangan mudah berpeluh dan meningkatkan denyut jantung.

3. Lagu cinta tertua yang diketahui ditulis 4,000 tahun yang lalu dan berasal dari kawasan antara Sungai Tigris dan Efrat.

4. Sebuah kajian yang ditulis dalam Why We Love: The Nature and Chemistry of Romantic Love menunjukkan bahawa seorang lelaki yang bertemu wanita tak dikenali dalam keadaan membahayakan (berjalan di jambatan yang rapuh) cenderung untuk saling jatuh cinta lebih cepat berbanding mereka yang bertemu di tempat yang selamat dan biasa.


5. Jatuh cinta adalah hal yang wajar, jika seseorang tidak pernah jatuh cinta, kemungkinan dia menderita hypopituitarism, seperti yang ditulis dalam buku Anatomy of Love: A Natural History of Mating, Marriage, and Why We Stray. Hypopituitarism adalah penyakit yang jarang berlaku yang membolehkan seseorang tidak boleh merasakan jatuh cinta.

6. Menurut teori matematik. seseorang harus menjalin hubungan cinta dengan 12 orang sebelum akhirnya menemukan orang yang tepat untuk seumur hidupnya.

7. Jatuh cinta tidak melulu soal kebahagiaan, kerana cinta sama seperti roda yang berputar. Anda dan pasangan akan mengalami masa jatuh cinta, pengembaraan, keinginan untuk sentiasa bersama, lalu merasa kesepian, ingin meninggalkannya, bosan, kemudian kembali lagi pada tahap jatuh cinta bahkan bersedia mengambil keputusan untuk memulakan sebuah keluarga atau perkahwinan.

8. Satu daripada lima pasangan yang berjaya menjalin hubungan dalam jangka masa yang lama memulakan kisah cinta dengan melibatkan pihak ketiga.

9. Sering merasa taksub dan posesif berlebih pada masa awal masa jatuh cinta? Hal itu wajar. Orang yang masih di awal masa jatuh cinta mengalami penurunan hormon tertentu yang membuat dirinya mengalami gangguan obsesif-kompulsif. Kerana itulah, seseorang cenderung taksub dengan orang yang dicintai sekaligus posesif sebagai tanda bahawa dia adalah 'milik'nya.

10. Hati (heart) adalah simbol umum dari cinta. Para alkimia kuno menggunakan simbol hati sebagai mantra cinta. Hati mewakili bentuk sayap merpati yang dikatakan sebagai perwujudan Aphrodite, dewi cinta Yunani.

11. Mawar adalah simbol cinta yang telah lama dipakai. Makna dari mawar berbeza bergantung warnanya. Mawar merah menjadi simbol cinta sejati dan ghairah. Mawar merah muda melambangkan cinta dan rasa sayang yang lembut. Mawar merah muda tua melambangkan rasa terima kasih. Mawar kuning menjadi simbol persahabatan. Mawar putih diertikan sebagai simbol pengabdian dan kebaikan hati.

12. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari, lima tahun hidup lebih lama daripada mereka yang tidak mengamalkannya.