Saturday, July 16, 2016

10 Eksperiman Gila dan Sadis Ini dilakukan Keatas Manusia.

Manusia pasti selalu ingin mencari yang terbaik dalam kehidupannya. Oleh kerana itu perkembangan teknologi sentiasa berlaku sepanjang kehidupan manusia di bumi, tapi tak semua perkembangan menjanjikan perkara yang baik-baik saja, lantaran ada kalanya diperlukan eksperimen gila untuk itu. 

Salah satu hal yang berkembang dengan sangat cepat sepanjang bumi berputar adalah perubatan. Penyelidik dan doktor selalu berusaha mencari ubat penyembuh untuk segala masalah perubatan. Tapi ada kalanya eksperimen perubatan menjadi seram dan gila. Seperti apa? Baca eksperimen pernah dibuat dibawah ini:

1. Eksperimen Orang Gila

Apa penyebab seseorang boleh menjadi gila? Dr Henry Cotton percaya itu kerana jangkitan tempatan yang terjadi di tubuh pesakit. Cotton yang menjadi kepala rumah sakit jiwa di Trenton pada 1907, memulakan eksperimen 'bedah bakteria'. Selama itu Cotton dan pasukannya melakukan beribu-ribu pembedahan terhadap pesakit jiwa yang kadang-kadang dilakukan dengan paksaan. 

Cotton mula menghilangkan gigi dan mandel pesakit. Jika masih gila, maka mereka akan mengambil organ dalam pesakit yang diyakini penyebab kegilaan. Bahkan Cotton melakukan kaedah ini pada dirinya yang kehilangan gigi, isteri, dan salah satu anaknya yang kehilangan usus besar. 

2. Terapi Kejutan Keatas Anak

Lauretta Bender mungkin menjadi yang paling dikenali lantaran menyusun ujian psikologi untuk menilai kemampuan motorik dan kognitif seorang anak. Namun Bender juga dikenali kerana kajian kontroversi yang ia lakukan. Psikiatri dari rumah sakit Bellevue ini melakukan kaedah gila pada tahun 1940-an dengan setiap harinya membuat 'kejutan jiwa' pada 98 pesakit kanak-kanak dalam usahanya menyembuhkan mereka dari skizofrenia di masa kanak-kanak. 

Bender melaporkan kaedahnya berjalan sukses, dengan sebilangan anak-anak 'mangsanya' itu sembuh. Namun rupanya, dia memberikan ubat-ubatan dos dewasa seperti kompaun cendawan halusinasi agar anak-anak ini sembuh. Super gila. 

3. Operasi Kelamin Tanpa Bius

J. Marion Sims dihormati banyak orang kerana menjadi pelopor ginekologi Amerika. Sims pernah melakukan pembedahan menyeluruh kepada beberapa budak perempuan Afrika-Amerika disepanjang tahun 1840-an. Penyelidikan selama 3 tahun itu fokus pada fistula vesikovaginal yakni keadaan tak normal pada saluran pundi kencing dan faraj. Gilanya, Sims melakukan pembedahan kepada pesakit itu tanpa dibius. 

Setelah melakukan 30 kali operasi keatas seorang pesakit bernama Anarcha, akhirnya Sims mendapat hasil penelitian gilanya. Namun bukan itu saja perkara gila yang pernah dilakukan Sims, dia pernah cuba menyembuhkan bayi seorang budak yang menderita Trismus dengan cara menusuk tengkoraknya. 

4. Eksperimen Pengerasan Kulit

Seorang ahli Dermatologi, Albert Kligman menjalankan program percubaan yang komprehensif terhadap para banduan penjara Holmesburg pada tahun 1960-an. Dalam salah satu percubaan, Tentera Darat Amerika Syarikat menjadi sponsor di mana mereka mencari cara untuk boleh mengeraskan kulit. Secara teori, kulit yang lebih keras akan melindungi tentera daripada tindakbalas kimia saat berada dalam pertempuran. 

Kligman memakai pelbagai jenis bahan kimia untuk penyelidikan dan memulakan mencari bahan eksperimen percubaan yakni para banduan. Para 'korban' tidak diperitahu dan ramuan yang dibuat Kligman membuatkan banyak dari mereka mengalami kulit melepuh dan luka terbakar. Kegemparan awam memaksa Kligman menghentikannya. 

5. Eksperimen Wabak Pes

Richard Strong adalah seorang doktor sekaligus kepala Makmal Biologi di Biro Sains Filipina. Strong melakukan beberapa inokulasi kepada banduan di penjara Filipina demi mencari vaksin taun yang sempurna. Dalam salah satu eksperimen di tahun 1906, Strong membuat kesilapan. Daripada memberikan vaksin taun, dia tersilap memberi virus pes yang menyebabkan kematian 13 pesakit. 

Tertekan kerana kes itu, Strong berhenti selama 6 tahun dan kembali memberikan inokulasi lagi kepada banduan lain demi kajian penyakit Beri-beri. Namun tetap saja ada banyak pesakit tewas kerana itu. Mungkin Strong harus berhenti melakukan mimpi gilanya. 

6. Spinal Tap Untuk Anak

Spinal Tap dikenali juga dengan pengambilan cecair di sumsum tulang belakang yang biasanya dilakukan pada pesakit-pesakit gangguan saraf. Seramnya Spinal Tap dilakukan dengan memasukkan jarum raksasa ke tulang belakang seseorang yang sakitnya luar biasa. Pada tahun 1986, seorang doktor kanak-kanak bernama Arthur Wentworth cuba melakukan ujian itu kepada seorang gadis muda. 

Dia terus melakukan Spinal Tap terhadap 29 bayi dan kanak-kanak kecil. Pada akhirnya, Arthur mendapatkan jawapan yang memuaskan, walaupun dia telah dipecat dari pekerjaannya di Sekolah Perubatan Harvard. 

7. Siram Dengan Air Mendidih

Dr Walter Jones melakukan penyiksaan daripada rawatan. Bayangkan saja, Jones menggunakan air mendidih sebagai ubat untuk penyakit tipus dan radang paru-paru (paru-paru berair) pada tahun 1840-an. Jones menguji penemuan gilanya ini kepada beberapa budak yang menderita selama bertahun-tahun. 

Jones menggambarkan bagaimana seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengidap pneumonia lalu ditelanjangi, terbaring di tanah, dan menuangkan lima gelen air mendidih di atas punggung pesakit. Seakan kurang, Jones berkata rawatan itu harus diulangi setiap 4 jam sekali. Mungkin sebelum sembuh pesakit itu sudah meninggal lebih dulu kerana melecur teruk. 

8. Setrum Otak

Pada tahun 1847, Dr. Roberts Bartholow mengubati pesakit bernama Mary Rafferty yang menderita kelainan di tengkoraknya. Dengan izin Mary, Roberts memasukkan elektrod langsung ke otak dan mengalirkan arus elektrik. 

Roberts melakukannya selama 4 hari, awalnya Mary baik-baik saja namun akhirnya dia menjadi mudah gelisah, koma, dan akhirnya meninggal dunia. Kerana itu Roberts diusir dan menetap di Philadelphia sehingga akhirnya menjadi tenaga pengajar di Institut Perubatan Jefferson. 

9. Eksperimen Sifilis di Guatemala

Pada tahun 2010, sebuah percubaan eksperimen sifilis yang tidak beretika terungkap ketika seorang profesor dari Pengajian Tuskegee yang tidak terkenal, mendapati bahawa ada organisasi kesihatan yang melakukan perkara gila di Guatemala. Hal ini membuat pihak berkuasa melakukan penyelidikan dan mendapati bahawa ada 1,300 orang Guatemala sengaja dijangkiti sifilis pada tahun 1946.

Penelitian ini berlangsung 2 tahun bertujuan untuk mengetahui sama ada antibiotik yang didapati berkesan untuk pesakit sifilis. Para penyelidik membayar pelacur untuk menyebarkan penyakit kepada tentera, banduan, dan pesakit jiwa. Dilaporkan 83 orang meninggal dunia kerana percubaan gila ini.

10. Pemindahan Testis 

Leo Stanley adalah seorang ketua doktor di penjara San Quentin pada tahun 1913-1951 yang mempunyai teori gila, yakni dia percaya jika laki-laki yang melakukan kejahatan mempunyai tahap testosteron rendah dan menurut Leo, jika kadar testosteron ditingkatkan maka akan mengurangkan tindakan kejahatan. 

Untuk mengujinya, Leo melakukan satu siri operasi gila di mana dia melakukan pembedahan dan pemindahan buah zakar dari penjahat yang meninggal kepada tahanan yang hidup. Kerana kurangnya testis manusia, Leo bahkan menggunakan testis haiwan dan mengolahnya menjadi cecair untuk disuntik ke dalam kulit tahanan. Pada tahun 1922, Leo mengakui dia telah melakukan operasi gila ini terhadap lebih 600 banduan.