Tahap pendidikan sesuatu negara berkait rapat dengan minat membaca dikalangan penduduk mereka. Semakin tinggi minat baca, semakin rendah jumlah buta huruf di satu negara, maka semakin tinggi pula tahap pencapaian pendidikan negara tersebut.
Berikut merupakan lima negara dengan tahap pendidikan paling rendah menurut Jacob H dan Emily F seperti yang dilaporkan oleh Prezi.
5. Nigeria
Nigeria diletakan sebagai negara dengan tahap pendidikan paling kurang memuaskan di dunia. Majoriti penduduk bergantung hidup dengan pertanian. Perkara ini membuatkan ibubapa lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke ladang dan bukannya ke sekolah.
Masalah lain adalah masyarakat di negara ini banyak yang hidup secara nomad. Hidup berpindah-pindah membuatkan anak-anak mereka kesulitan mendapatkan akses pendidikan.
4. Burkina Faso
Negara ini juga menjadi salah satu negara dengan tahap pendidikan paling rendah di dunia. Akses pendidikan yang begitu mahal adalah penyebabnya. Sekolah-sekolah di negara ini memungut yuran terlalu tinggi daripada yang mampu dibayar ibubapa.
Ibubapa diwajibkan membayar untuk keperluan sekolah, malah kadang-kadang ibubapa juga mesti membina rumah bagi para guru. Kerana dianggap terlalu banyak menggunakan perbelanjaan, ibu bapa memilih untuk melarang anak-anak mereka ke sekolah dan membantu mereka mencari duit.
3. Afghanistan
Pencerobohan Soviet ke negara ini membuat Afghanistan mendera akibat perang yang berpanjangan selama 35 tahun. Walau demikian, dalam satu dekad terakhir, pendidikan di negara ini semakin baik.
Lebih daripada 5,000 bangunan sekolah dibina dan 100,000 guru dilatih untuk mengajar dengan baik. Walau demikian, negara ini masih dibelenggu masalah, terutamanya berkaitan kesaksamaan gender. Perempuan di Afghanistan sering kali dinafikan untuk mendapatkan akses pendidikan kerajaan maupun swasta.
2. Mali
Mali adalah contoh lain negara dengan pendidikan percuma tetapi masih terlalu mahal bagi penduduknya. Maksudnya, walaupun di negara ini sekolah tidak dikenakan yuran, tetapi baju seragam, buku, dan peralatan sekolah dianggap terlalu mahal. Ditambah lagi masalah kekurangan tenaga pengajar di negara ini.
1. Sudan Selatan
Di tempat pertama, Sudan Selatan tersenarai sebagai negara yang tahap pendidikannya yang paling rendah di dunia. Sudan Selatan juga merupakan negara paling muda di dunia. Negara ini memperolehi kemerdekaannya dari Sudan pada 2011 selepas perang berdarah yang meragut berjuta nyawa. Perang saudara menyebabkan kebanyakan bangunan sekolah di negara tersebut musnah dengan teruk.