Sebuah sungai di Rusia menjadi perbualan hangat kerana secara tiba-tiba berubah warna menjadi semerah darah. Sungai tersebut berubah warna tanpa tanda-tanda sehingga mengejutkan banyak orang.
Sungai bernama Daldykan itu dilaporkan terletak di bandar Norilsk, Kransnoyarsk dan sejauh 2.883 kilometer dari ibu kota Rusia, Moscow.
Menurut penduduk tempatan, perubahan warna sungai itu berpunca dari kilang peleburan yang berada di hulu sungai tersebut. Jika memang benar demikian, bermakna kilang tersebut telah mencemarkan sungai dengan kandungan yang sangat berbahaya.
Sementara pihak kilang yang dimaksudkan membantah tuduhan tersebut. Mereka mendakwa akan memeriksa kandungan air sungai tersebut dan yakin tak ada kebocoran dari kilang tersebut yang kemudiannya mengalir ke dalam sungai.
Walau perubahan warna sungai tersebut masih disiasat, dilaporkan bahawa peristiwa tersebut bukan yang pertama kali berlaku. Sungai Daldykan sebelum ini pernah berubah warna menjadi merah tapi tak dinyatakan penyebabnya.