Food and Drug Administration (FDA) pernah mencadangkan kaedah-kaedah yang mewajibkan syarikat sabun untuk membuktikan produk anti-bakteria mereka benar-benar berkesan membasmi kuman. Cadangan tersebut dikeluarkan FDA pada 2013 lalu.
Kini, tiga tahun kemudian, FDA telah mengeluarkan peraturan akhir mereka di mana syarikat tidak boleh menjual lagi sabun cuci tangan atau mandi yang mengandungi 19 bahan anti-bakteria tertentu. Bahan yang paling terkenal adalah triclosan yang sering ditemui pada sabun cair dan triclocarbon yang biasanya ada di sabun batang.
Syarikat sabun tidak mampu memberikan bukti yang meyakinkan kepada FDA bahawa bahan dalam produk sabun anti-bakteria mereka selamat dan berkesan membasmi kuman.
Perkara tersebut terjadi, kerana berdasar data terbaru ada kemungkinan bahawa penggunaan anti-bakteria yang meluas boleh menimbulkan rintangan antibiotik, yang menyebabkan bakteria yang berkembang tidak boleh dibunuh melalui ubat-ubatan antibiotik.
Selain itu, bahan triclosan boleh menyebabkan gangguan pada hormon, tiroid dan gangguan pada testosteron. Walau bagaimanapun, gangguan ini belum dibuktikan boleh terjadi pada manusia.
Dari bukti-bukti dan kajian yang dilakukan FDA, mereka membuat kesimpulan bahawa mencuci bahagian tubuh dengan bahan anti-bakteria tidak efektif mengurangkan penyebaran penyakit atau jangkitan daripada mencuci dengan sabun biasa dan air.
Setelah cadangan tersebut, banyak syarikat sabun yang akhirnya menghapuskan triclosandan triclocarbon dari produk mereka. Bahan-bahannya pun harus dihapuskan dalam masa satu tahun menurut peraturan FDA.
Intinya adalah, mencuci tangan dengan sabun biasa dan air sudah cukup berkesan mencegah penyebaran penyakit. Tidak perlu sabun khas yang mengandungi antibakteria setiap kali mencuci tangan. Sila pastikan anda mencuci tangan dengan air bersih secara betul.
Artikel oleh Aluna Swara.