Showing posts with label persekutuan malaysia. Show all posts
Showing posts with label persekutuan malaysia. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Antara 31 Ogos vs 16 September.

Lebih kurang dua minggu sudah berlalu rakyat Tanah Malaya dan North Borneo menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 dan ke-53 iaitu pada 31 Ogos 2016 (Sarawak sambut Hari Kemerdekaan setiap 22 Julai). Tentunya dipihak kerajaan telah menyiapkan agenda dan aktiviti-aktiviti yang hendak diadakan pada hari tersebut. Seperti lazimnya sambutan akan diadakan diperingkat persekutuan dan juga di peringkat negeri seluruh Tanah Malaya termasuklah Negara Sabah dan Sarawak.

Gambar: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' Tanah Malaya.
Kalau dilihat dari segi sejarah, tanggal 31 Ogos adalah hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan berkongsi tarikh Negara Sabah (North Borneo) tapi tahun yang berbeza (31 Ogos 1963) dan Sarawak tidak menyambutnya. Ini kerana, Sabah dan Sarawak hanya membantu dalam pembentukan sebuah Negara yang tidak pernah dijajah (macam mana nak sambut merdeka, klu tak pernah dijajah?) yang sekarang ini dinamakan Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu atau Malaya pada 16 September 1963 seperti yang termaktub dalam lipatan sejarah. 

Persoalannya apakah patut Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambut hari kebangsaan 31 Ogos dengan aktiviti serupa di Semenanjung Malaysia? Mungkin perkara ini perlu difikirkan dan diperjelaskan kepada rakyat seluruhnya untuk mengelakkan kekeliruan.

Hari Malaysia 16 September 1963.
Bukanlah niat untuk membina suatu blok perbezaan diantara Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak (Borneo), tetapi untuk mencari perkara sebenar agar rakyat dan generasi seterusnya melakukan perkara yang sebenar bukan hanya ikut membuta tuli dengan orang lain yang mungkin tiada kaitan dengannya. 

Seperti yang kita tahu sebelum ini, tanggal 16 September telah diumumkan oleh kerajaan sebagai cuti umum bagi Sabah dan Sarawak atas sebab bersama-sama dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. 

Lagi satu persoalan, apakah hari kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak iaitu pada 16 September sama dengan Hari Kebangsaan 31 Ogos? Dari segi tarikhnya, sudah tentu berbeza dan ini mengelirukan rakyat khususnya Sabah dan Sarawak. Itu pun selepas parti pembangkang banyak mempersoalkan perkara ini barulah pihak kerajaan Tanah Malaya memberi perhatian tarikh 16 September ini sekaligus mengistiharkan ia sebagai cuti umum bagi memperingati dan meraikannya. Tanpa prejudis, seolah-olah semacam ada yang tidak betul.
Perlu juga diketahui, bilakah sebenarnya bendera Malaysia Jalur Gemilang dicipta dan secara rasmi dikibarkan sebagai bendera Persekutuan Malaysia? Adakah ketika hari kemerdekaan 31 Ogos 1957, pada 16 September 1963 atau bila? Mungkin ahli dan pakar sejarah atau sesiapa sahaja boleh menyatakan perkara ini.

Semoga Hari Persekutuan Malaysia yang disambut setiap tahun memberi erti sebenar bagi seluruh rakyat Malaysia bukan hanya oleh sesetengah pihak.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA yang ke-53 pada 16 September 2016.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: