Showing posts with label manusia unik. Show all posts
Showing posts with label manusia unik. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

Wanita Elastik Terbitkan Kalendar Sendiri.

Seorang wanita Russia yang memiliki keistimewaan kerana mampu melenturkan tubuhnya, menerbitkan kalendar 2016 khusus untuk mempamerkan keunikan dirinya.

Menggayakan pelbagai aksi, Julia Gunthel memperlihatkan keunikan tubuhnya di depan lensa kamera dengan latar belakang set pejabat.

Dikenali dengan nama Zlata ketika mengadakan persembahan, Julia kini menetap di Jerman.

Dalam kalendar itu, imej Julia dirakam ketika menaip, menjawab telefon dan membancuh kopi aktiviti yang biasa dilakukan mana-mana kakitangan.

Namun, aksi itu menjadi luar biasa kerana Julia melakukannya sambil melenturkan badan ke posisi luar biasa.

Tidak ketinggalan, aksi Julia mengendalikan komputer dengan hanya menahan berat badannya dengan tangan, manakala kakinya berada di atas skrin peranti berkenaan.

Satu lagi aksi hebat Julia dapat dilihat apabila dia membengkokkan badannya untuk menjadi seolah-olah meja.

Julia yang menggelar dirinya ‘Dewi Fleksibiliti’ sering mengeluarkan kalendar istimewa dengan mempamerkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Setiap tahun, Julia menggunakan tema berbeza untuk menarik perhatian ramai.

Tahun ini, Julia berkata, dia mengambil tema wanita bekerja pada era 1980-an selepas muncul dengan pelbagai tema sebelum ini.

Sifat aneh pada tubuh Julia mula dikesan ketika dia baru berusia empat tahun.

Sejak itu, dia mula memanfaatkan kelebihan berkenaan dan tidak jemu-jemu berlatih setiap hari sebagai persediaan melakukan persembahan di seluruh dunia.

Memiliki ketinggian 1.8 meter dan berat 54 kilogram, satu daripada gerakan paling digemari Julia ialah melenturkan badannya ke belakang sehingga membentuk sudut 90 darjah dan seolah-olah membahagi badannya kepada dua bahagian.

Dalam keadaan begitu, tangan Julia dapat memegang kakinya tanpa mengalami kesulitan.

Tidak cukup dengan itu, Julia juga boleh mengubah suai tubuhnya supaya dapat dimuatkan dalam kotak seluas 50 sentimeter persegi.

Menyimpan cita-cita mencipta nama di Hollywood, Julia berkata, apa yang dilakukannya adalah satu perkara biasa.

“Kadangkala saya mungkin turut berasa kurang selesa jika dikehendaki memberi gaya tertentu untuk tempoh panjang.

“Namun, saya rasa itu bukan masalah kerana bagi orang biasa pun, duduk terlalu lama boleh memenatkan,” katanya.

Mengenai amalan pemakanannya, Julia berkata, dia tidak menetapkan sebarang pantang.

“Saya cuma perlu giat berlatih supaya otot dapat dibentuk dengan baik,” katanya.


Sumber: Hmetro

Monday, July 18, 2016

Inilah 7 Manusia Unik Dan Aneh Di Dunia.

Ternyata didunia ini cukup banyak yang aneh-aneh. bukan hanya alam ciptaan Tuhan, Namun juga manusia yang mulia ada juga yang aneh haha..Berbicara tentang artikel sebelumnya yang kali ini kita cuba membincangkan tentang yang aneh-aneh saja haha. Berikut 7 Manusia Unik dan Aneh di Dunia: 

1. Manusia yang tidak boleh gemuk

Lelaki yang bernama Perry (59) ini, boleh memakan makanan apapun yang diinginkannya dalam jumlah tak terbatas termasuk makanan tinggi lemak seperti makanan makan segera dan dia tidak perlu bimbang tentang kegemukan. Lelaki ini menderita penyakit yang disebut Lipodystrophy, keadaan yang membuat tubuhnya secara cepat membakar lemak. 

Dahulu Perry adalah anak yang cukup gendut, tetapi ketika berumur 12 tahun tiba-tiba berat tubuhnya turun mendadak hanya dalam waktu semalaman. Meski pun dia berusaha makan sebanyak apapun tetapi itu tidak menimbulkan kesan apa-apa. Akhirnya ketika diperiksa, ditemui kelainan pada genetiknya. Perry ternyata menghasilkan hormon insulin 6X lebih banyak berbanding orang biasa. 

2. Manusia ais 

Dutchman Wim Hof, dikenal juga dengan sebutan Iceman, lelaki ini mampu berenang di air ais dan menanam dirinya ditimbunan ais. Bahkan dia pernah memanjat gunung Blanc hanya dengan berseluar pendek sahaja!

Para ilmuan tidak dapat menjelaskan keadaan fizikal ini, bagaimana lelaki berumur 48 tahun ini boleh menahan suhu sejuk yang extreme bagi kebanyakan orang.

3. Manusia orgasme terbanyak di dunia

Sarah Carmen (24), UK. Merupakan wanita yang luar biasa kerana boleh dengan mudah mendapat rangsangan dari hampir semua hal sehingga mampu orgasme sebanyak 200x dalam sehari. Bayangkan! Keadaan ini disebut Sexual Arousal Syndrome (PSAS) yang menyebabkan peningkatan aliran darah ke organ kelamin.

Sarah berkata sesekali dia melakukan banyak hubungan sex untuk sekadar menenangkan dirinya dan bagi pihak lelaki seolah-olah tidak perlu bersusah payah kerana Sarah dapat mencapai klimaks dengan mudahnya. 

4. Manusia yang alergi air

Ashleigh Morris tidak boleh pergi berenang, berendam dalam air hangat dan mandi sekalipun kerana dia alergi terhadap air, Bahkan berpeluh pun membuat gadis berumur 19 tahun ini kesakitan. 

Ashleigh berasal dari Malbourne, Australia, alergi terhadap air suhu berapa pun, keadaan ini berlaku sejak dia berumur 14 tahun. Dia menderita kelainan kulit yang disebut Aquagenic Urticaria, suatu keadaan yang jarang berlaku di dunia. 

5. Manusia yang alergi teknologi

Untuk sebahagian besar orang, handphone dan memasak dengan microwave adalah sebahagian daripada kehidupan di abad ke-21. Tetapi benda ini sangat tidak mungkin dimiliki bagi Debbie Bird, kerana dia alergi terhadap handphone dan microwaves.

Wanita berusia 39 tahun ini sangat sensitif terhadap gelombang elektromagnetik (EMF) yang dihasilkan oleh komputer, handphone, microwave dan beberapa jenis kereta. Kesannya bila terkena kulit Debbie adalah luka ruam memerah dan boleh melebar 3X jika berada terlalu dekat dengan sumber EMF. 

Maka Suami Debbie yang bekerja sebagai Pengurus SPA Kesihatan merubah rumah mereka menjadi bebas EMF. Memang teknologi pada masa sekarang ini tidak boleh lepas dari kita. Banyak juga teknologi yang tercipta dari pereka-pereka berbakat dunia seperti semoga produk gaya hidup yang mengikuti teknologi sekarang ini boleh memberi manfaat kepada anda. 

6. Manusia yang pengsan setelah tertawa

Kay Underwood, berumur 20 tahun, menderita Cataplexy yang bermakna ketika si penderita mengalami emosi yang berlebihan, ototnya akan menjadi lemah. Hal seperti gembira, ketakutan, terkejut, kagum dapat membuatnya jatuh tepat di mana dia berada. 

Kay menderita penyakit ini sejak 5 tahun yang lalu, pengsan lebih dari 40X dalam sehari. Kay mengatakan "orang menganggap hal ini sangat aneh dan tidaklah mudah menghadapi reaksi orang lain". Selain Cataplexy, Kay juga menghidap Narcolepsy, iaitu keadaan yang membuatnya tertidur secara tiba-tiba. Narcolepsy menyerang lebih dari 30,000 orang di UK dan kira-kira 70% nya juga mempunyai penyakit Cataplexy. 

7. Manusia yang tidak tidur selama setahun

Rhett Lamb kelihatan seperti kebanyakan kanak-kanak berumur 3 tahun, tetapi ada satu hal yang membuatkannya benar-benar berbeza dengan kanak-kanak sebayanya, iaitu keadaan di mana dia mampu tidak tidur walaupun hanya sekejap sahaja. 

Rhett terjaga hampir 24 jam penuh selama setahun, membuatkan orang tua dan doktornya berjaga bergilir-gilir untuk mengamati keadaan Rhett agar dapat mencari penyelesaiannya. Akhirnya doktor mendiagnosis Rhett mengalami keadaan yang dipanggil Chiari Malformation. 
Otak Rhett secara harafiah didesak oleh medan tulang belakang, Sehingga mengganggu sistem kerja otak, kerana otak mempunyai fungsi vital untuk mengatur rasa mengantuk, berbicara, beremosi, sistem peredaran tubuh, bahkan mengatur pernafasan.