Showing posts with label khasiat susu ibu. Show all posts
Showing posts with label khasiat susu ibu. Show all posts

Saturday, July 16, 2016

Maklumat Mengenai Air Susu Ibu (ASI) Sebelah Kiri Atau Kanan Yang Harus Para Ibu Ketahui.

Saat menyusui, adakah lebih baik menyusui dari 2 payudara bergilir-gilir selama beberapa waktu di tiap payudara, atau menyusui dari satu payudara sehingga puas?

Memang, ada banyak mitos yang mengatakan kalau menyusukan jangan hanya di satu bahagian payudara, nanti payudaranya jadi mengelepir sebelah. Namun ternyata yang lebih baik adalah membiarkan bayi menyusui pada satu payudara sehingga puas, bahkan bila sampai ia tertidur, sementara payudara yang satunya masih penuh, sebaiknya diperah. Mengapa?

Kerana komposisi susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk itu adalah ASI yang kandungan lemaknya rendah, kalau biasa memerah ASI, pasti kelihatan biasanya ASI yang keluar duluan itu warnanya lebih jernih dan lebih cair. Foremilk ini sering juga disebut dengan ASI depan.


Hindmilk adalah susu yang kandungan lemaknya lebih tinggi dan jika semasa memerah ASI, selepas memerah beberapa saat, warna ASI kelihatan lebih putih dan lebih kental.Semakin kosong payudara maka kandungan lemaknya semakin tinggi. Hindmilk sering disebut sebagai ASI belakang.

Lihat pada gambar di atas, foremilk ada di gelas kiri dan hindmilk di gelas kanan. Sama seperti ketika diperah, apabila bayi menyusu, maka ASI yang digunakan lebih awal adalah foremilk ini.

Selepas menyusu berjalan beberapa saat atau payudara mula kosong, maka bayi mula mengambil hindmilk yang sarat akan kandungan lemak. Semakin banyak bayi mengambil hindmilk, maka semakin ketara kenaikan berat badannya.

Nah, jadi tahu kan sekarang mengapa menyusukan bayi pada kedua-dua payudara secara bergilir-gilir ternyata tidak berkesan? Betul! Kerana jika bayi baru menyusu sebentar pada satu payudara kemudian langsung dipindahkan ke payudara yang lain maka bayi hanya akan lebih banyak mengambil foremilk daripada hindmilk.

Tapi, bukan bererti foremilk itu tidak penting ya. Foremilk itu kandungannya sama dengan hindmilk, hanya lemaknya sedikit. Boleh diibaratkan bahawa foremilk itu adalah minuman (air minum) manakala hindmilk itu adalah makanan.

Sama seperti kita, kalau sedang makan kan kita juga ingin minum. Nah, bayi juga sama. Selain itu foremilk juga mengandungi laktosa yang sangat penting bagi perkembangan otak bayi.

Sedikit tambahan, biasanya foremilk ini, pada beberapa ibu menyusui, keluarnya pun suka pancut-pancut dan bikin bayi kita agak sukar untuk menyusu.

Kalau memang derasnya aliran ASI cukup mengganggu si kecil, boleh dicuba dengan memerah ASI sedikit (mungkin boleh ditampung dan diberikan kemudian). Hal ini dimaksudkan untuk mengurangkan derasnya aliran air susu ibu sehingga bayi lebih selesa ketika menyusu.

Berapa lama ideal bayi menyusu sehingga payudara kosong? Rata-rata efektifnya adalah 20-25 minit. Bila lebih dari satu jam, biasanya bayi hanya mengempeng.