Showing posts with label kewujudan alam semesta. Show all posts
Showing posts with label kewujudan alam semesta. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Teori Tentang Kewujudan Alam Semesta Yang Paling Popular.

Teori kewujudan alam semesta telah lama diperbincangkan. Banyak teori muncul dari hasil pemikiran dan penelitian para ahli sains yang cuba mengungkap misteri besar ini. Namun hingga sekarang, kerana keterbatasan kuasa dan akal manusia, teori-teori tersebut hanyalah sekadar menjadi teori belaka, kerana kebenaran yang pasti hanya berasal dari Tuhan


Walaupun begitu, tidak ada salahnya bagi kita melihat teori asal usul kewujudan alam semesta yang dirangkumkan seperti berikut: 

1. Teori Keadaan Tetap (Steady-state Theory) 

Teori Keadaan Tetap didasari pada prinsip kosmologi sempurna. Teori ini menyatakan bahawa alam semesta ada tanpa awal dan tetap ada tanpa akhir. Hal tersebut disokong oleh kenyataan bahawa setiap galaksi mempunyai jumlah yang tetap, sama ada pada kurun atau waktu yang berbeza. Dalam teori ini istilah penciptaan ataupun kiamat tidak dikenali. 

Alam semesta ada dan akan tetap ada. Teori asal usul alam semesta ini merupakan teori yang paling kuno. Dan dikemukakan pada waktu teknologi belum canggih seperti sekarang ini. Hari ini, Teori Keadaan Tetap sudah tidak lagi dipercayai oleh kebanyakan orang kecuali mereka yang tidak beragama (atheis). 

2. Teori Dentuman Besar (Big-bang Theory) 

Teori Dentuman Besar (Big-Bang) dikemukakan pertama kali oleh George Lematitre. Teori ini menyebut bahawa asal usul alam semesta bermula dari sebuah primeval atom atau atom yang sangat padat. Suatu masa kerana terlalu padat dan mempunyai tenaga haba yang tinggi, atom ini meletup hingga semua bahan itu terbuang ke seluruh penjuru ruang semesta yang ada di sekitarnya. 
Sejak letupan itu, semua zarah letupan atom tersebut (planet, asteroid, meteorid, dll.) berkembang hingga beribu-ribu juta tahun. Daripada pengembangan tersebut timbullah dua daya yang saling bertentangan iaitu daya graviti dan daya repulsi kosmis. Teori ini menyebutkan bahawa suatu masa, pengembangan tersebut pasti akan berhenti. Bermakna secara umum teori ini bertentangan dengan Teori Keadaan Tetap kerana mengenal erti penciptaan dan kiamat. 

3. Teori Nebular 

Teori Nebular dikemukakan pertama kali oleh Laplace pada tahun 1796. Teori ini menyebutkan bahawa Sistem Suria terbentuk daripada kondensasi awan atau kabus gas yang sangat panas. Pemeluwapan itu membentuk bahagian-bahagian berasingan yang terus berputar. Pada bahagian tengah kondensat, zarah memusat dan memampat sehingga terbentuklah matahari. Pada zarah yang berada di sisi juga berputar dan membentuk planet-planet dan sisa kondensat membentuk satelit, asteroid, meteor, dan sebagainya. 

4. Teori Tidal atau Teori Pasang Surut 

Teori Tidal dikemukakan pertama kali oleh James Jeans dan Harold Jeffreys di tahun 1919. Teori ini menyebutkan bahawa planet merupakan hasil dari percikan bintang (matahari) yang disebut Tidal. Planet-planet besar terjadi kerana adanya percikan besar antara 2 bintang besar yang saling berdekatan. Peristiwa mendekatnya 2 bintang besar tentu sangat jarang sekali terjadi, oleh kerana itu selama ini percikan matahari tidak mampu membentuk planet. 

5. Teori Bintang Kembar 

Teori Bintang Kembar menyebutkan bahawa alam semesta terbentuk kerana adanya dua matahari kembar. Salah satu matahari tersebut meletup kerana terlalu padat dan panas. Letupan tersebut membentuk planet-planet dan kerana adanya daya graviti, planet-planet tersebut beredar mengelilingi bintangnya. 

6. Teori Creatio Continua 

Teori Creatio Continua dikemukakan oleh Fred Hoyle, Bendi, dan Gold. Menurut teori ini, semesta dari dahulu ada dan tetap ada. Secara prinsip, Teori Ceatio Continua hampir serupa dengan Teori Keadaan Tetap. Bezanya, pada teori ini disebutkan bahawa setiap saat ada partikel alam semesta (baik berbentuk planet, satelit, dan lain sebagainya) yang lenyap dan lahir. Demikianlah beberapa teori tentang asal usul alam semesta. Percaya atau tidak, mari kita kembalikan pada keyakinan kita masing-masing. Seperti halnya kita mempercayai teori-teori asal usul kehidupan.