Showing posts with label kertas penyata atm. Show all posts
Showing posts with label kertas penyata atm. Show all posts

Monday, September 12, 2016

AWAS!! Jangan Sekali-kali Mengambil PENYATA Di ATM. Kesannya Sangat BERBAHAYA!!!

Mengambil penyata yang keluar dari mesin wang di Teler Automatik (ATM) mungkin sudah menjadi perkara biasa. Tapi sedarkah kamu bahawa tabiat ini menyimpan kesan buruk bagi kesihatan. Nah, kamu yang mendengarnya pasti terkejutkan.


Satu kajian mendapati adanya kandungan racun berbahaya dari kertas penyata yang ada di dalam mesin ATM. Jika memegang kertas itu tanpa menggunakan sarung tangan, maka akan berpotensi mengalami peningkatan kepekatan Bisphenol A (BPA) pada air kencing.

BPA sendiri adalah bahan pembuatan plastik bening yang biasanya digunakan untuk pembuatan botol bayi atau lapisan makanan tin. BPA ini jugalah yang digunakan sebagai bahan pembuat kertas pada penyata ATM, pasar raya, dan stesen minyak.

Dr. Shelley Ehrlich, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati Amerika Syarikat beserta rakan-rakannya, telah menkaji kesan bahaya dari kertas penyata pada tahap BPA dalam air kencing 24 sukarelawan yang memberikan sampel air kencing mereka sebelum dan sesudah memegang kertas penyata ATM, dengan atau tanpa sarung tangan.
Penyata tersebut dicetak di atas kertas thermal dan dipegang terus menerus selama dua jam. Dan hasilnya sungguh mengejutkan.

Pada awal percubaan, sampel air kencing dikesan hanya mengandungi BPA pada tahap 83 peratus. Namun setelah para sukarelawan memegang penyata ATM terus menerus selama dua jam tanpa sarung tangan, angka tersebut terus menjadi 100 peratus.

Untuk itu, para penyelidik menyarankan untuk menggunakan sarung tangan ketika mengambil penyata. Terutamanya bagi orang-orang yang bekerja dengan kertas-kertas penyata tersebut, seperti juruwang.

Para penyelidik merancang akan terus meneruskan kajian ini sampai dapat cara mengatasi kesan bahaya tersebut.

INI PUN MENARIK DI BACA JUGA: