Showing posts with label info keluarga. Show all posts
Showing posts with label info keluarga. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Resepi Pulut Mangga Thai Special Ini Dikongsi Lebih 100 Ribu Pengguna Facebook.

Keenakan dan kelazatan pulut mangga thai semestinya menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan ini amat terkenal di negara Thailand. 



Jom kita cuba resipi mudah Pulut Mangga Thai ini yang amat sesuai dihidangkan bersama seisi keluarga.


Paling suka bila buat sendiri, pulut kasi masak betul2, jgn keras! Santan tu jgn cair sgt! Sedapppp sgt! Try la.. Share cpt!

Bahan-bahannya:

● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga

Bahan untuk kuah santan:

● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Saturday, March 11, 2017

Suami Usah Berkeras Sangat Dengan Isteri, Elak Dari Keganasan Rumah Tangga.

AYAT ke-19 Surah An-Nisaa ini selalu dibaca, tidak kira ketika bertadarus di bulan Ramadan atau didengari ketika penceramah menyampaikan kuliah di masjid.


Bahkan juga menjadi hafalan huffaz sebagai pelengkap ingatan pada Surah An-Nisaa. Namun begitu, ia masih lagi belum difahami oleh kebanyakan daripada kita akan isi kandungan serta maksud tersirat yang ingin disampaikan ALLAH SWT di sebalik ayat ini.

Pada permulaan ayat, ALLAH menukilkan: "Wahai orang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan." Ayat ini membawa maksud tidak boleh mengahwini atau mengahwinkan wanita dengan cara paksa. Ini kerana menurut sebahagian adat masyarakat Arab jahiliah, apabila seorang suami meninggal dunia, abang kepada suami atau adik beradik yang paling tua akan mewarisi janda tersebut.

Mewarisi yang dimaksudkan ialah berhak ke atas diri serta harta yang ada padanya. Janda yang kematian suami itu boleh dinikahi sendiri atau dinikahkan dengan orang lain. Akan tetapi mahar perkahwinan akan diambil oleh ahli waris.

Pada masa yang sama, keluarga suami ini juga berhak untuk tidak membenarkan janda tersebut berkahwin lagi.

Hal ini diharamkan ALLAH. ALLAH sebenarnya telah memberi jaminan kepada mereka yang mendirikan rumah tangga, perkahwinan adalah satu ikatan yang mulia. Dalamnya terkandung banyak kelebihan.

Sehinggakan ALLAH menjadikan pada setiap pasangan yang berkahwin itu perasaan kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain.

Daripada sinilah lahirnya kecintaan dan kerahmatan sebagaimana yang diinginkan ALLAH.

Namun, pada masa yang sama ALLAH sama sekali tidak suka sesuatu perkara yang tidak baik berlaku dalam rumah tangga yang dibina. Lebih malang, apabila sesuatu ikatan hati itu sentiasa dicemari dengan kekerasan dan kesulitan yang berpanjangan. Oleh kerana itu, salah satu suruhan ALLAH ke atas suami dalam ayat ini ialah perintah untuk bergaul dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

WILAYAH PENTING

Rumah tangga adalah wilayah dan jajahan takluk yang diketuai oleh insan bernama suami. Sekiranya suami tidak ada (disebabkan bercerai, hilang, kematian atau lain-lain), maka rakyat (isteri dan anak) yang bernaung di bawahnya pasti berasai kesannya. Oleh sebab itulah peranan suami amat penting dalam menentukan keselamatan dan menjamin keharmonian dalam rumah tangga yang dibina

Tetapi apa yang menyedihkan ialah ramai dalam kalangan suami mengabaikan tanggungjawab besar ini. Mereka seolah-olah mengambil kesempatanterhadap kuasa yang ada dalam rumah tangga untuk melakukan perbuatan dengan sesuka hati.

KEKERASAN RUMAH TANGGA

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ada disebutkan, kebiasaannya kekerasan terhadap isteri yang berlaku dalam rumah tangga dikategorikan dengan empat bentuk, iaitu:

1. Kekerasan fizikal

Ia adalah perbuatan mendera isteri sehingga menyebabkan kesakitan pada tubuh badan. Perbuatan yang dilakukan itu termasuklah seperti memukul, menampar, menumbuk, melukai, meludah, menarik rambut, mencucuh dengan rokok, menggunakan senjata dan sebagainya. Semua perbuatan ini biasanya akan meninggalkan kesan seperti lebam pada badan, parut yang kekal, cacat anggota tubuh serta kesakitan yang berpanjangan.

2. Kekerasan emosi

Ia adalah perbuatan yang mengakibatkan ketakutan, hilang kepercayaan pada diri, ketidakmampuan untuk bertindak, ketidaktenteraman jiwa serta perasaan yang berkecamuk. Hal ini berlaku apabila dihamburkan dengan penghinaan, maki hamun dengan bahasa kesat, merendahkan harga diri, memaksa serta terlalu mengongkong, memberi ancaman dan menakut-nakutkan isteri dengan ugutan.

3. Kekerasan seksual

Ia adalah perbuatan menzalimi isteri melalui hubungan kelamin. Iaitu dengan menafikan serta mengabaikan keinginan isteri untuk bersama serta menjauhkan (mengasingkan) tempat tidur. Termasuk juga dalam kekerasan ini ialah dengan memaksa isteri bersama tanpa kerelaannya atau sewaktu dia dalam tempoh bercuti, mementingkan kepuasan diri sendiri sahaja dan sebagainya.

4. Kekerasan ekonomi

Ia adalah perbuatan mencuri hak isteri. Iaitu dengan cara memaksa isteri mencari pekerjaan atau duit sedangkan suami pula menghabiskannya dengan boros dan tidak bertempat. Suami malas dan tidak suka bekerja. Apa yang dimahukan hanyalah wang perbelanjaan hasil keringat isteri semata-mata. Sedangkan suamilah yang sepatutnya keluar mencari nafkah buat isteri serta anak-anak.

Jika dilihat kepada faktor berkenaan, sudah pasti sesebuah perkahwinan yang dibina tidak akan dinikmati jika suami bersikap sedemikian. Tidak dinafikan, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya kekerasan dalam rumah tangga adalah disebabkan kurangnya ilmu perihal hukum-hakam dan perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Ramai pasangan yang berkahwin, namun tidak bersedia dan kurang memahami peranan dalam menghadapi setiap permasalahan yang timbul.

Di akhir firman ALLAH ini disebutkan: "Kemudian jika kamu (rasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya." Ayat ini memberi garis panduan yang cukup hebat, iaitu akan ada waktu suami tidak menyenangi karenah isteri disebabkan tindakan yang dilakukan. Lalu ALLAH melarang ke atas suami agar jangan sesekali terburu-buru atau mudah menjatuhkan talak. Ini kerana ia boleh mencalarkan hubungan mulia yang terbina dalam ikatan perkahwinan.

Sebagai saranan khususnya bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga, diwajibkan untuk memahami selok-belok hubungan berkeluarga dengan sebaik mungkin. Ia penting bagi menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ke atas pasangan disebabkan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara.-Sinar Harian

USTAZ MOHAMAD AMIRO SAFWAN MOHD KAMIL, Penulis ialah Editor Kanan Karya Bestari.

Risiko Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).

Banyak risiko dan kesakitan yang terpaksa dihadapi oleh pasangan yang terperangkap di dalam kisah perkahwinan jarak jauh. 


Lebih terasa sakitnya berjauhan apabila sudah mempunyai zuriat bersama, isteri atau suami yang terpaksa berhempas pulas berseorangan tanpa pasangan.

Anak membesar yang memerlukan perhatian ibu atau bapanya kerana kurangnya salah seorang, besar kemungkinan anak membesar cara ibu atau bapanya itu. 

Sebagai contoh, jika bapanya adalah individu yang terpaksa berkhidmat di luar negara, dengan dibesarkan hanya dengan ibu. 

Kebebasan ibu keluar makan bersama rakan serta kesibukkan ibu menguruskan keluarga, akan membuatkan anak kurang kasih sayang serta mungkin memberikan kesan tidak baik pada anak itu tadi.

Tiada kemesraan antara satu sama lain juga salah satu risiko yang boleh diambil dari perkahwinan jarak jauh ini. Sama ada antara anak anak dengan ibu atau bapa yang bertugas di luar negara mahupun antara suami isteri.

Risiko seterusnya adalah rasa biasa tidak bersama mungkin kerana pasangan sudah terbiasa hidup berjauhan. 

Jadi, tiada apa dirasakan jika keluar berdua bersama teman belainan jantina. Yang terusnya itu boleh mendatangkan fitnah. 

Kerana rasa terbiasa itu sudah sebati, segala norma kehidupan tidak dipandang penting kerana mungkin niat keluar untuk makan atau pergi kerja bersama sahaja, tetapi mata yang melihat. 

Jangan kerana rasa sudah biasa itu nanti memakan diri, sehinggakan tidak kisah pasangan keluar dengan siapa.

Mungkin susah untuk kendalikan perkahwinan jarak jauh ini bagi sesetengah individu, tetapi tidak mustahil juga jika ada caranya. 

Kami akan kongsikan dengan pembaca tersayang mengenai tips kukuhkan cara kendali perkahwinan jarak jauh ini dalam artikel akan datang.

Tunggu tau!

Sumber: ikahwin

Friday, February 24, 2017

Tips Supaya Sayuran Di Rumah Tahan Lebih Lama Dan Segar. Anda Hanya Perlukan Bekas Botol.

Mempunyai stok sayuran untuk jangka masa seminggu merupakan penyelesaian yang bijak kerana anda tidak perlu membeli sayur-sayuran setiap hari ke pasar. Selain menjimatkan masa, anda mempunyai planning sayur apa sahaja yang akan diproses setiap harinya. 


Cara ini cukup berkesan membantu anda menyiapkan menu makan sayur-sayuran yang lebih variatif untuk ahli keluarga tercinta. Sayur merupakan salah satu menu yang diwajibkan hadir di meja makan. Oleh kerana itu, banyak surirumah yang sengaja membeli sayur dalam jumlah yang lebih banyak sebagai stok atau persediaan.

Kerana tidak terus diolah, sayur-sayuran akan menjadi busuk dan tidak tahan lama, sehingga banyak sayur-sayuran yang terbuang dengan sia-sia.
Lalu, bagaimana agar sayur-sayuran ini boleh bertahan lebih lama dan tetap segar? Nah, untuk ini anda jangan merasa bimbang, kerana ada tips menyimpan sayur-sayuran agar lebih tahan lama dan tidak mudah layu.

Dengan menggunakan botol bekas minuman air meneral, anda boleh membuat sayur-sayuran anda tahan lama dan tidak layu. Caranya sangat mudah, potong botol menjadi dua bahagian agar memudahkan kita memasukan sayur-sayuran yang akan kita simpan kedalamnya. Masukan air sedikit sahaja pada bekas botol, jangan sampai melebihi akar sayur, supaya sayur-sayuran tetap segar kerana akarnya tetap mendapat bekalan air. 

Selamat mencuba!!

| SBP

Tuesday, December 20, 2016

DOKTOR, INJECTION KASI MATI ADA TAK??? Orang Tua Ini Tidak Lagi Sanggup Hidup, Kerana Karenah Anaknya Yang Menguris Hati Dan Perasaannya!!!

Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.


Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat kencing manis dan darah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk.

Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pon menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata, "Doktor, injection kasi mati ada tak?"...Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya, "Kenapa pakcik mau itu injection?" Dia menjawab, "Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja"

Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.
Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, "Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik2 sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?"

Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg melampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti2 mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yg baru bergelar ibu bapa pula, janganlah pernah melemparkan kata2 kesat terhadap anak anda semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar dan tiada yg benar melainkan yang benar belaka, peringatan buat kita semua. Gambar di ATAS adalah gambar hiasan semata2.


Sunday, October 2, 2016

Gejala Dan Tanda-tanda Bayi Akan Tumbuh Gigi.

Untuk ibu yang pertama kali mempunyai anak, sudah tentu belum mengetahui secara pasti mengenai gejala tumbuh gigi pada bayi, sebab bagi bayi yang tumbuh gigi, akan ada beberapa tanda dan ciri-ciri yang akan sedikit mengganggu kesihatan bayi anda. Agar para ibu tidak panik, maka sangat penting agar mengetahui gejala tumbuh gigi yang akan bayi alami.


Secara normal, gigi bayi akan tumbuh pada usia 8 bulan atau 1 tahun. Dan pertumbuhan gigi pada bayi ini akan ada gejala yang perlu ibu-ibu tahu.

Berikut ini adalah gejala dan tanda-tanda bayi akan tumbuh gigi:

1. Sukar tidur ketika malam hari

Kerana merasa sakit akan tumbuh gigi, bayi jadi merasa tidak selesa dan boleh menjadikannya tidak selesa ketika tidur. Rasa sakit pada gusi akibat akan tumbuh gigi boleh membuat bayi susah terlelap pada malam hari. Biasanya, ibu boleh mengatasinya dengan cara menyusukan. Namun kadang-kadang boleh membuatkannya semakin sakit akibat geseran antara puting ibu dan gusi bayi.

2. Demam ringan

Sakit seperti demam pada bayi juga boleh menjadi petanda bayi akan tumbuh gigi. Gejala bayi tumbuh gigi ini kerap disalahertikan oleh orang tua sehingga panik berlebihan ketika mendapati anaknya demam. Padahal demam ringan ini boleh sembuh dengan sendirinya ketika fasa pertumbuhan gigi sudah berakhir. Apabila bayi mengalami tumbuh gigi, maka kekebalanya akan semakin menurun dan terdedah kepada penyakit. Tapi tak perlu bimbang kerana kekebalan tubuh bayi akan kembali normal selepas itu.

4. Menolak semasa diberi makanan dan disusui

Biasanya, bayi yang cerewet itu kerana merasa lapar. Jadi si ibu akan memberinya makanan atau dengan menyusuinya. Namun pada masa akan tumbuh gigi, bayi akan menolak apabila diberi makan atau susu ibu kerana rasa sakit pada gusi.

5. Mudah marah

Ekspresi marah pada bayi juga akan mudah terjadi ketika dia merasakan sakit akan tumbuh gigi. Mulut bayi yang kurang sihat ini akan membuatnya jadi kecoh sehingga mudah marah. Beberapa bayi biasanya akan mengalami ini sehingga beberapa hari.

6. Sering menggigit saat menyusu

Ungkapan ini kerana dia merasa geli pada gusinya akibat gigi yang akan tumbuh. Apabila anda menyusui si bayi, dan dia menggigit, ini merupakan tanda bayi tumbuh gigi. Tekanan oleh gigi yang menyembul dari bawah gusi boleh membuatnya menjadi ingin menggigit apa-apa jua yang ada di sekitarnya. Ketika dia menyusu, maka dia akan menggigit puting ibunya.
7. Batuk-batuk

Selain demam ringan, kadang-kadang bayi juga mengalami batuk. Air liur yang terlalu banyak boleh membuat bayi jadi batuk dan sering muntah. Batuk ini terjadi kerana disebabkan oleh air liur yang terlalu banyak. Jadi tak perlu merasa takut berlebihan ketika bayi mengalami batuk seperti ini. Namun jika gejala batuk terus berlanjutan, boleh jadi memang anak anda mengalami batuk kerana dijangkiti virus / bakteria.

8. Ruam pada wajah dan dagu

Pada masa bayi akan tumbuh gigi, kadang-kadang juga menimbulkan tanda-tanda seperti ruam pada wajah serta dagu. Kulit pada kawasan mulut akan jadi mudah kering dan pecah-pecah.

9. Pendarahan di bawah gusi

Gejala dan tanda tumbuh gigi pada bayi yang sudah jelas iaitu terjadinya pendarahan pada bawah gusi. Pendarahan ringan ini sering membuat orang tua bimbang. Padahal gejala ini tidak perlu dirisaukan kerana akan sembuh dengan sendirinya apabila gigi sudah tumbuh.

Itulah beberapa gejala tumbuh gigi pada bayi pada umumnya. Untuk tumbuh gigi pada bayi berapa bulan? Pada umumnya gigi pada kanak-kanak akan berkembang antara 8 bulan hingga 1 tahun, untuk itu jika ada tanda-tanda perubahan seperti diatas, sebaiknya ibu-ibu tidak perlu panik. Dan segera rujuk kepada doktor atau bidan terdekat jika terdapat sebarang masalah berat terhadap bayi anda.

SBP

Friday, September 16, 2016

Ramai Salah Faham Bila Bayi His4p Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Mengapa Bayi Suka Melakukannya Yang Ramai TAK TAHU!!!

Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun baby baru 5 bulan, takkan dah nak adik? huhuhu...jgn jgn...


Tapi Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.


Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka. Semoga bermanfaat. 

Kredit:- TipsSuamiIsteri | Sentiasabikinpanas

Saturday, September 10, 2016

Panduan Pilih Warna Bilik Bayi Yang Sesuai Mengikut Usia.

Warna apakah, yang anda gunakan di bilik bayi anda? Tak mungkin anda cat dengan warna monokrom atau warna gelap bukan. Seboleh mungkin warna kamarnya tak lain dari warna biru muda atau pink.

Menggunakan pelbagai warna secara tak langsung akan meningkatkan daya fikirnya sekaligus membuat perkembangan otaknya semakin meningkat. Oleh kerana itu, mari sesuaikan warna kamarnya selaras dengan pertambahan usianya.


Usia 0-3 bulan

Pada usia ini bayi hanya boleh melihat warna hitam, putih, dan abu-abu saja kerana deria penglihatannya yang belum berkembang sempurna. Jangan takut menggunakan warna hitam dan putih di kamarnya, kerana ia akan merangsang rangsangan visual.

Tak bermakna anda harus mengecat dinding dengan warna putih atau hitam, tapi cukup dengan perhiasannya saja misalnya ada boneka warna putih, frame gambar warna hitam, atau linen campuran motif warna hitam dan putih.

Usia 3-6 bulan

Bayi anda sudah boleh melihat warna dengan lebih jelas. Oleh kerana itu berikan warna-warna cerah di kamarnya untuk merangsang kreativiti saat ia semakin beranjak besar nanti.
Misalnya, tambah motif pohon dengan bunga-bunga atau haiwan pada kertas dinding kamarnya. Jangan terpaku pada warna pastel, anda boleh menghias biliknya dengan warna yang terang seperti kuning atau oren.

Usia 6-12 bulan

Bayi mula mengenali warna muda dan tua. Jadi boleh saja jika anda ingin memaparkan warna gradasi pada kamarnya. Boleh bermula dengan selimut atau karpet biliknya.

Tambahkan lampu LED yang menyala semasa anda mematikan lampu utama kamarnya (glow in the dark). Warna-warna tua akan membuat imaginasinya semakin berkembang.

Usia 1-2 tahun

Bayi sudah mengenali skema warna, malah dia mula menyedari jika rumput itu hijau, atau langit itu biru.

Tambah perhiasan warna alam pada kamarnya, bermula dengan memaparkan cat dinding warna biru langit atau biru laut dan tambah hiasan dinding berupa lukisan tangan buatannya sendiri.

Atau tambah watak kartun yang mula disukainya - namun berwarna berani - contohnya Barney, Minion, atau Superhero.

Foto: Pixabay

Sumber: Rumah.com | Rina Susanto

Tuesday, September 6, 2016

Inilah 11 Tanda Anak Anda Akan Menjadi Seorang Yang GENIUS.

Semua ibu bapa pasti berharap anak mereka boleh menjadi orang yang genius, atau bagi anda yang belum mempunyai anak, impian anda pasti mempunyai anak yang genius.

Namun, bagaimana sebenarnya mengenali tanda-tanda dari anak yang genius? Apa yang perlu anda lakukan? 


Berikut adalah tanda-tanda dari seorang kanak-kanak yang berpotensi menjadi genius, terutama jika anak anda masih berusia 2 sehingga 4 tahun.

1. Mereka mempunyai ingatan atau memori yang sempurna.

2. Mereka mula bercakap pada usia awal, malahan lebih awal daripada anak-anak lain yang seusia dengan mereka.

3. Mereka bertanya dengan pertanyaan yang menyelidik, seperti apakah seekor lembu dapat melompat ke bulan?

4. Mereka mempunyai rentang perhatian yang benar-benar baik, seperti duduk diam selama 2 jam untuk menonton filem Dory dan tidak bermasalah untuk mereka.

5. Mereka mempunyai berbagai kesenangan, seperti muzik, membina lego, dan melakukan yoga .

6. Mereka cenderung untuk memberi tumpuan atau memberi perhatian kepada satu kawasan atau satu perkara saja. Misalnya, mereka telah membaca semua buku tentang dinosaur di perpustakaan bandar.

7. Mereka idealis, tetapi juga adil.

8. Mereka boleh membaca di usia awal, lebih awal daripada anak-anak lain yang seusia dengan mereka.
9. Mereka mempunyai imaginasi yang jelas.

10. Mereka adalah anak yang sangat waspada dan banyak tenaga. Namun, berbeza daripada bayi yang hiperaktif. Ini adalah tentang fokus. Mereka tidak akan bosan untuk membina lego, walaupun menghabiskan masa selama 6 jam.

11. Bahagian terbaiknya, mereka mempunyai rasa humor. Humor boleh menjadi salah satu tanda bahawa mereka mempunyai masa depan yang baik.

Adakah anak anda mempunyai satu atau beberapa dari berbagai tanda di atas? Jika iya, selamat!

Sunday, August 28, 2016

Doktor Sahkan Wanita Ini Keguguran. Namun Setelah 7 Bulan Ada Sesuatu Yang ANEH Keluar Dari Rahim Wanita Ini!!!

Kisah keguguran in selalu kita dengar dalam masyarakat di Malaysia, namun ia adalah kisah-kisah biasa, kali ini berlaku kejadian keguguran yang agak aneh yang telah berlaku di luar negara.



Kantung ketuban itu jatuh dengan sendirinya tanpa bantuan doktor. Jururawat yang datang pun terus memotong tali pusat yang masih melekat pada bayi tersebut. 


Kredit:- WartawanJalanan

Thursday, August 25, 2016

7 Bulan Kahwin Rupanya Aku No.3...TERKEJUT Isteri No.1 & 2 Sebenarnya Adalah...

Sy nak berkongsi pengalaman selama sy berkahwin dan bermadu.. sy seorang peganggur dan juga isteri ke 3.. sy bernikah pada bulan 2/2016.. baru saja 7 bulan berkahwin.. dan selama berkahwin sy tidak tahu yang sy isteri ke 3 .. sy berkenalan dengan suami sy setahun lebih...dan dlm masa kami bekenalan bercinta isteri2 nya tidak pernah msg atau call bertanya khabar...dari situ sy pun x teragak la fikir dia ni suami orang...sy masih muda..beza jarak umur kami 20 tahun...selepas bernikah...sy pelik akan kelakuan beliau yg suka sorokkn hp...suatu hari sy dapat buka lock handphone nya...dan melihat msg isteri kedua..sy sabar dan pendam dari dia dan family.


Kadang-kadang kesabaran itu penting .. sampai satu tahap kesabaran itu hilang apa bila sy dapat tahu isteri kedua mempunyai seorang anak yg berumur dalam 9 bulan .. sy mengambil tindakan untuk msg isteri kedua.. dengan harapan dia boleh menerima sy.. dia memanjang kn cerita dan bercerita tentang isteri pertama yg mempunyai 3 org anak yg sama umur dgn sy.. Ya Allah.. makin hancur hati , makin bertambah risau .. isteri pertama nya tiada di Malaysia.. isteri kedua nya memang duduk di timur.. dan sy di utara... kami mempunyai jarak yg jauh.. selepas sy bercerita kepada suami tentang segalanya .. suami mula naik angin .. pukul sy , maki sy, hina sy.. hampir setiap hari kami bergaduh.

Isteri kedua mula mencari siapa sy dan family sy.. setiap hari dia msg kacau family sy.. bercerita kn yg sy merampas suami dia.. subahallah kalau sy tahu dia suami orang sy pun x nak.

Sekarang dia mula mengacau rakan2 rapat sy, saudara mara sy dan semua org untuk mberitahu yg sy merampas hak dia.. sy tak tahu apa sbenarnya yg dia mahu.

Dugaan demi dugaan dtg .. selamat la sy ada kawan yg memahami sy.. setiap apa yg sy buat semua bini ke 2 tahu.

Ada suatu hari ni.. dia cuba call sy dan msg sy.. bg ugutan dekat sy.. ckp nk dtg rumah la itu la ini la...sy ni yg x tau apa2 dia nk serang.

Sekarang suami sy pun bpihak kepada dia.. sy x kesah .. sbb apa yang sy buat .. apa yg dia buat Allah s.t.w sahaja yg tahu.

Sy xde masalah dengan isteri pertama... tapi masalah isteri ke dua buat sy pening fikirkn semua nasib sy selepas ini... sy harap kakak dapat menerima sy.. kalau kakak x dapat terima sy xpe.. kakak nak hak kakak .. kakak ambik la balik.

BACA INI JUGA: Baru Kahwin 5 Bulan Suami Curang Dengan Perempuan Lain. Bagai Nak Gugur Jantung Bila Skandal Suami Bagitahu Yang...

Sy ingin meminta pendapat rakan2 KRT, bagaimana untuk sy selesaikan masalah dengan isteri numb 2 ni.. yang x boleh menerima sy .. semoga rakan2 dapat membantu sy.

Kredit:- KRT

Wednesday, August 24, 2016

Baru Kahwin 5 Bulan Suami Curang Dengan Perempuan Lain. Bagai Nak Gugur Jantung Bila Skandal Suami Bagitahu Yang....

Assalamualaikum...saya dan suami baru berkahwin 5 bulan. Saya memang kenal suami sebelum kahwin sebab die kawan since sekolah rendah tapi tak sekelas la. Kami jumpa balik pun dekat group whatsapp. Masa tu dia ada tunjukkan usaha, macam sayang saya. Sebab banyak kali dikecewakan. Saya solat istikharah dan saya rasa mungkin dia jodoh saya. Saya rasa better yang lebih sayangkan kita dari kita sayangkan dia lebih.

So after few month dia lamar saya tetapi family tak berkenan sangat, disebabkan level belajar tak sama dan dia juga duda. Tapi dia bersungguh pujuk dan cakap nak buktikan kat family kami boleh bahagia. Finally, family setuju kami berkahwin. Lepas kahwin kami hidup pjj atas sebab kerja dan after 2 month, dia terkantoi ada scandal dan bila saya brainwash dia. Dia menangis-nangis cakap tu sekadar kawan tapi saya memang tak percaya. Tapi dia mengaku dia bagitau perempuan tu tak tau dia dah kahwin. Saya suruh dia berterus terang dengan perempuan tu. Hari-hari berlalu, lately dia banyak tak hubungi saya...mesej pun seen tak reply. Suruh call pun tak call. bila saya call, dia cakap ada kerja.


Nak dipendekkan cerita, saya dapat tahu dari perempuan scandal lama dia tu mereka dah berzina. ya Allah.. tuhan je tahu perasaan saya time tu. Dulu masa nak kahwin macam-macam janji, mungkin sebab kami pjj. Tapi takkan sampai sejauh tu. Perempuan tu mengaku dan minta maaf sebab dia taktahu husband saya ni sebenarnya dah kahwin. Bila saya tanya husband dia kata perempuan tu yang buat cerita dan masih nak menafikan. Tapi bila saya tunjuk screenshot bukti, akhirnya dia mengaku dan minta maaf dan minta saya rahsiakan dari family kami.

Perempuan tu memang sayangkan dia tapi sebab frust bila dapat tahu yang husband saya ni sebenarnya suami orang dan dia ambil keputusan kahwin dengan seorang lelaki lain(scandal dia jugak). Tapi baru-baru ni dia dapat tahu dia pregnant. Dia sendiri tak tahu baby dalam perut tu husband saya punya atau laki sekarang dia tu. Sebab dia pernah bersama dengan 2 orang lelaki sebelum dia kahwin tu. Saya nak maafkan husband saya dan nak bagi dia peluang, tapi sakit sangat hati ni asyik terbayang dia bersama perempuan tu. ada yang halal dicari juga yang haram dan macam mana kalau kandungan perempuan tu sebenarnya anak suami saya ??? apa patut saya buat, takat ni saya pendam je cerita ni tak bagitau family. Saya memang nak selamatkan rumah tangga kami, tapi tawar hati gak. Husband pun tak ada cari saya nak pujuk ke ape, tunjuk dia dah insaf. Saya hanya mampu berdoa dan solat minta petunjuk dari Allah. 


Kredit:- KRT

Hamil Anak Pertama...Perangai Suami Berubah, Selalu Balik Rumah Mak Sorang, Bila Selidik Rupanya Dia...

Saya ibu muda yang tengah hamil anak pertama dan usia kandungan baru 11 minggu. Masalah saya kenapa sejak berkahwin dengan husband ni saya rasa macam saya ni penyekat pintu rezeki dia.

Suami bekerja dengan mengusahakan tanah sendiri hasil pendapatan kami dari tanaman yang ditanam di kebun. suami selalu cakap yang sebelum ini hasil kebun semua lumayan tapi semenjak kebelakangan ini dia selalu merungut cakap hasil dah sikit tak macam sebelum ni.


Sebelum ini bermaksud sebelum kami berkahwin,hati isteri mengandung mana tak terasa bila suami cakap macam tu.sebelum ni suami sangat yakin dengan rezeki selepas berkahwin tapi sekarang semua dah lain. saya rasa macam saya punca segalanya bila suami stress suami mesti akan balik rumah ibu dia tanpa membawa saya.

Kadang-kadang sampai 2,3 malam dia tak balik,dia akan berkurung dalam bilik saja,bila dia balik rumah MIL seorang diri lagi saya rasa macam saya ini isteri yang tak berguna langsung. saya sedih tengok suami saya sedih macam sekarang ni. Hari-hari fikir cara nak meningkatkan ekonomi keluarga lagi-lagi lepas ni tanggungan suami dah bertambah,sebelum ni saya tau ekonomi suami tak macam ni,smua okey.


Kredit:- KRT

Suami Letih Ditelefon Berkali-Kali Dipaksa Pulang. Rupa-Rupanya Isteri Mengandung 3 Bulan KETAGIH…

Seringkali kita mendengar kisah-kisah daripada suami atau pengakuan daripada isteri tentang tabiat pelik isteri mereka bila mengandung, pelbagai cerita pelik yang diceritakan sepanjang mengandung. dan ini ialah salah satu kisah pelik yang berlaku kepada satu pasangan suami isteri.

"Assalamualaikum....Kisahnya macam ni, saya dah berkahwin selama 2 tahun, dan isteri saya sekarang tengah menggandung dah masuk 3 bulan, yang buatkan saya rimas sekarang ni isteri ada tabiat pelik, saya nak buat kerja pun susah, kejap-kejap call ";cepat la balik, cepat la balik".


Kalau saya ni boss tuan punya syarikat tak pela jugak, ni saya makan gaji, bukan apa isteri saya nak suruh saya balik semata-mata nak 1 benda ja, dia nak cium ketiak saya, start dia menggandung sampai la sekarang dia tak berubah.

Lagi 1 benda yang buatkan saya tak selesa, dia tak bagi saya mandi bila saya balik kerja atau lepas main futsal, dia kata kalau lepas mandi bau ketiak tak sama, terpaksalah saya ikutkan, kalau tak, tak tahu apa jadi. Nasib masa nak pergi kerja takde plak dia kata tak payah mandi.😂😂

Sekarang ni apa yang patut saya buat nak bagi isteri berubah, kalau boleh tak nak la macam ni, kalau sampai 9 bulan tak tau apa plak jadi dengan saya.😂😂


Kredit: - KRT

Tuesday, August 23, 2016

Ceraikan Isteri Kerana Kekasih Baru. Kini Semuanya TERBONGKAR, Kekasih Baru Hanyalah....

Cerita ni saya harap dapat dijadikan pengajaran baik lelaki mahupun perempuan. 5 tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk menceraikn isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain. 

Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi orangnya lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik. Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja. Hana bekerja sebagai guru di sekolah menengah, dan dia ikutkan saja permintaan saya. Hana jadi surirumah sepenuh masa dan menjaga saya dan anak dengan baik. kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi waktu tu Hana sedang mengandungkan anak kedua kami.


Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami semakin stabil. Daripada cukup-cukup makan, dah boleh bawa family jalan-jalan bercuti.

Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, iaitu Asmat.

Mulanya saya dan Asmat hanya berurusan biasa, tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. (tak nak cite banyak part ni). Asmat memang pandai amik kesempatan. Dia tau saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia...

Hana mula perasan perubahan saya, tapi dia tak terus melenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).

Lama-kelamaan saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kejamnya saya. saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable.

Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkn saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. bodohnya saya waktu tu.

Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat. tapi dia langsung tak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap. Asmat dengan sombongnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan. tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.

Asmat marah dan merajuk, dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. "DIA ATAU HANA". Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.

Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut "Allahuakbar" sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan ank sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun kebawah dengan anak-anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.

Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis, dia nampak kesenangan saya waktu tu. padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak.

BACA INI JUGA: 4 Hari Selepas Berkahwin Aku DICERAIKAN Dengan Talak 2 Hanya Kerana Perkara REMEH!!!

Merata-rata saya cari Hana. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takde salah apepun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-kelamaan lembut juga hati mereka. Kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorang bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar dan terus menetap disana bersama anak-anak. mereka tak beritahu saya di negara mana. Allah, saya rindukan Hana dan anak-anak. 


Kredit:- KRT

4 Hari Selepas Berkahwin Aku DICERAIKAN Dengan Talak 2 Hanya Kerana Perkara REMEH!!!

"Assalamualaikum...(mohon admin hide identiti saya) Disini saya ingin berkongsi peristiwa yang baru berlaku dalam hidup saya. Saya telah bernikah pada 30 julai yang lepas serta majlis sanding diadakan dikediaman keluarga saya.

Pada keesokan harinya majlis sanding menyambut menantu diadakan pada pihak lelaki. Saya mengakui pada malam pertama, selepas mandi saya bersalin baju dibilik lain, bila mana saya masuk suami telah tidur.

Awal Ogos suami telah ke luar daerah atas urusan kerja selama 2hari. Tetapi sekembalinya suami dari outstation, dia telah datang ke rumah bersama 2org lelaki, kedua-duanya adalah ahli kluarganya.


Pada malam itu, bersamaan hari ke-4 kami bergelar suami isteri, dia telah menceraikan saya dihadapan ahli kluarga yg lain. Dia ceraikan saya dengan talak 2, dengan alasan tidak boleh terima saya salin pakaian dibilik lain.

Saya dan ahli keluarga tergamam dengan kata-kata dia. Berkali-kali kami tanyakan, adakah atas sbb itu saja?

Dia mengangguk dan berkali-kali kata "tidak boleh terima". Adakah wajar dia terus menceraikan saya? Semasa dia berada di luar daerah, dia langsung tidak menjawab panggilan telefon. Adakah kesalahan saya sangat besar? Saya hanya memerlukn masa untuk menyesuaikan diri, tapi tanpa berbincang atau bertanya dia sesuka hati menjatuhkan talak atas saya dengan alasan 'tak boleh terima saya salin baju di bilik lain'?????". 


Kredit:- KisahRumahTangga

Monday, August 22, 2016

Tiba-Tiba Mak Buka Lampu Bilik. Disebabkan Terlalu Mengantuk Aku Abaikan, Tak Sangka Pulak Mama...

Bismillah. Aku ada satu benda nak share ni, kisah pasal aku dengan mama aku, dan moga beri manfaat kepada semua. Sedikit biodata pasal aku: Aku 21 tahun, anak bongsu dan agak manja, tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, semua tak pandai, (tak tau la relevan ke tak info ni) mama aku pula skrg umur dia 64 tahun, selama ni semua benda mak aku yang buat.

Kami tinggal serumah, bilik aku dengan mama aku sebelah je and ada pintu tengah/connecting door lebih kurang macam kat hotel tu , lepas solat subuh semalam, aku sambung tido balik tiba tiba mama aku datang bilik aku dan buka suis lampu . Aku tanya nape ma buka lampu adik nak tidur. “Mak nampak lipas tadi lepas tu nampak dia masuk bilik adik”, ohh so aku pun abaikan jelah sebab ngantuk gila, tiba tiba…


Aku dengar bunyi berdentum (orang jatuh) dan mama aku menjerit “aduhhhhh” aku terus bangun dan lari ke bilik mama aku tengok dia dah terduduk atas lantai, aku tanya macam mana boleh jatuh ni? Dia kata dia tengah kejar lipas tu nak bunuh lipas tu lepas tu terjatuh. dia kata tangan dia sakit, punggung pun sakit. Serious sakit. Aku cuak.

Aku bergegas bawa dia ke hospital bahagian kecemasan, pendek cerita doktor xray dan dapati tulang tangannya patah 3, doktor terus betulkan balik dan simen juga. Mak aku time tu dah lemah longlai, muntah2, sebab ubat anesthetic tu dia jadi mamai tak sedarkan diri, aku sorong dia naik wheelchair je, kami pun pulang ke rumah dan aku tidurkan dia.

Sesampai di rumah, bermulalah kisah hidup aku yg selama ni aku lalui telah berubah, keadaan dah berubah hidup aku bersama mama aku yg hanya mampu menggerakkan sebelah tangan, mak aku tak bole buat apa2 korang, aku dah 2 hari tak makan proper, aku sedih sangat tengok mak aku mengadu sakit bengkak tangan dia, satu benda pun tak boleh buat. Nak buka penutup tupperware pun susah. Tapi dia sedaya upaya juga nak potong bawang masakkan untuk aku, aku nampak dia pegang pisau tp sebelah lg tak boleh nak pegang bawang, aku menangis tengok keadaan tu.

Aku tanya dia kenapa mama sampai nak kejar lipas tu, mama kan dah tua, mama pun tahu tulang kita badan kita dah tak kuat tak boleh lari tak boleh buat kerja keras. Korang tahu mak aku jawab apa??
“Ye mak tahu, tapi mak takut lipas tu masuk bilik adik nanti dia terbang kat adik time adik tidur, nanti menjerit2 adik”

Aku terdiam. Aku menangis. Ye, Mak aku patah tangan sebab aku. Cukuplah masa aku baby, mak aku tak tidur malam tengok aku susukan aku sampai kenyang, pastikan tak de seekor nyamuk pun hinggap kat aku, ni aku dah 21 tahun pun dia masih melindungi aku sampai macam ni sekali. Aku tersentuh korang.

Semalam aku tido sampai tengahari, bangun je makanan dah ada atas meja, tapi hari ni tak lagi, bangun awal pagi, make sure mama aku ambik wudhu nak solat subuh, nak mandi,pakai baju, aku kena masakkan mama aku, jaga mama aku, sampai sekarang aku tak boleh berhenti nangis memikirkan keadaan mama aku, aku tahu Allah hantar lipas tu untuk ubah segala2 nya, supaya aku dah tak jadi pemalas, supaya aku jadi dewasa, dan supaya aku dapat berbakti kat mama aku. aku kini jadi pengganti tangan kirinya yang patah. aku sayang saaaangat mama aku, aku tak tahu la hidup aku tanpa dia mcm mana.

Kredit:- IIUMC

Tuesday, July 5, 2016

Kalau Balik Kampung Mentua, Jangan Banyak Komplen’

Di musim nak raya ini, aku nak confess (juga boleh dibaca sebagai warning) kepada adik beradik dan ipar duai tentang adab berkumpul sesama keluarga besar!

1. Kau menantu sahaja

Bunyi macam kasar kan? Nak nasihat sikit pada ipar duai wanita ini. Kalau kau balik rumah mak mertua, tak perlulah korang dengki sesama diri siapa yang buat kerja banyak, siapa yang penat menolong mak mertua, siapa itu ini. Buat sajalah kerja yang mana korang termampu.

Kalau tak mampu, tak larat, beritahu pada suami dan minta mereka tolong ambil alih. Selepas itu, korang pergilah berehat ke apa ke. Korang menantu sahaja, bukan hamba. Tak perlu nak buat baik macam malaikat. Pekakkan telinga kalau orang nak kata apa. Dahlah busuk hati, berdengki, korang pergi hasut pula adik-adik ipar supaya benci biras kau. Habis berpecah belah keluarga aku.

2. Beraya di rumah mak mertua

Menantu, tak payah nak ajak geng bas sekolah, geng office korang datang beraya di rumah mak mertua. Di kala korang tengah sibuk melawan kawan-kawan, mak mertu, adik-adik ipar dengan biras yang tengah sarat mengandung yang bersilat di dapur untuk buat air bagai.

Tak kisahlah kalau mak mertua dan bagi keizinan sekali pun atau korang akan sediakan segala juadah untuk tetamu korang. Fikir juga dalam rumah itu ada orang lain yang sesama pegang title tuan rumah.

Nak jemput kawan-kawan, sila buat di rumah mak bapa sendiri atau di rumah korang suami isteri. Settle!

Aku tahu kau menantu yang urban, orang bandar. Kalau balik beraya di kampung tak payah nak komplen itu ini. Adat duduk di kampung memang sempit. Nasib kaulah berkahwin dengan orang kampung, lepas itu menyusahkan orang pula. Siapa suruh kau terima juga keluarga susah seperti kami ini?


3. Jaga aurat sesama ipar duai

Ya, rumah kita rumah kampung. Abah tak mampu nak buat toilet dalam setiap bilik. Ada toilet dua itu saja di dapur. Yang tuan rumah pun, tak payahlah menonong berkemban dengan tuala saja pergi toilet dengan buat wayang free tali bra hitam kau. Kau masih ada adik beradik lelaki yang sudah berbulu, bersunat dan berkahwin yang sedang lepak di dapur dan ruang tamu. Hormat sikit!

Menantu wanita pun tak payah nak buat home sweet home sangat. Seperti yang aku beritahu, kami ada adik beradik lelaki yang sudah berbulu, bersunat dan berkahwin sedang melepak di dapur dan ruang tamu.

Walaupun hanya mahu pergi ke tandas untuk kencing sahaja, minta jasa baik pakai pakaian yang menutup aurat, hujung kaki ke hujung rambut. Tak payah nak buat gadis ayu era 80-an. Rumah aku ada paip air, korang tak perlu mandi dengan air perigi yang memerlukan pakaian mandi berupa kain batik.

Bukan setakat nak pergi toilet saja, pakaian rasmi mesti yang menutup aurat selama korang berada di rumah mertua, depan ipar duai.

Anak dan menantu lelaki, tak payah nak coll selamba siput babi sangat pergi toilet dengan tuala sahaja. Kita masih ada ipar perempuan. Hormat mereka. Mereka adalah isteri kepada adik beradik kita. Walaupun dada bukan aurat, tetapi jaga adab. Pakai t-shirt dengan tuala. Dah masuk toilet nanti, korang nak bogel macam mana pun suka hatilah. Stail masing-masing.

4. Tak perlu perbandingan

Ipar duai wanitalah yang biasa dengan perkara ini. Tak payah keluar ayat-ayat nak memabndingkan diri dengan orang lain. Ada part yang kau tak sedar yang kau itu menyusahkan orang sebenarnya walaupun kau rasa apa yang kau buat itu kononnya nak mempertahankan mak mertua. Tak payah nak jadi langsi tunjuk hero sangat. Mak aku ada anak, kau tu menantu, orang luar yang diupgradekan saja. Sedarlah diri sikit.

Mak mertua, tak payah nak membanding bezakan menantu. Itu takdir anak kau! Sedar diri sikit anak kau bukannya baik sangat. Depan kau macam malaikat, belakang kau macam syaitanirrojim! Kau apa tahu?

5. Menantu jauh vs menantu dekat

Menantu jauh, sudahlah balik sekali sekala saja pun, nak mengomel itu tak kena, ini tak kena. Kau tak tahu apa yang orang dalam rumah ini dok hadap seharian. Sudahlah balik sekali sekala itu, tunjuk rajin lebih sikit. Nak ambil hati mak mertua sangat kan?

Menantu dekat, selalunya dia inilah yang kena jaga mertua, duduk sekali dengan mak mertua, menghadap karenah adik-beradik ipar dan perangai entah apa-apa mak mertua.

Mak mertua dan adik beradik jangan cari gaduh dengan menantu dekat ini. Bila dia tak mahu datang ke rumah kita, adik beradik kita juga yang pening kepala. Nanti bila nak berkumpul dengan adik beradik lain pun payah. Mak kita juga yang akan terasa sedih anak dia tak balik.

Nanti susah-susah, sakit-sakit, nak minta tolong dengan menantu yang dekat-dekat ini. Bukannya pada menantu yang jauh itu. Dia pun ada mak bapa, biarkan dia balik beraya rumah mak bapa dia dulu. Hari-hari menghadap kita sekeluarga, dia pun meluat juga tahu tak?

Perkara-perkara ini berdasarkan apa yang aku lihat pada keluarga sendiri. Ada yang aku rasa silap di pihak keluarga aku. Pandai-pandailah adapt. Tuan rumah jaga adab sebagai tuan rumah. Orang datang ke rumah, kita layan sama rata. Tetamu pun datang rumah orang, jangan dok langsi sangat memerintah sampai buat rumah orang macam rumah sendiri.

Sumber : Pixel