Showing posts with label info haiwan. Show all posts
Showing posts with label info haiwan. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

Saintis Menemui Sotong Ungu Seperti Kartun Di Dasar Laut.

Saintis di kapal peneroka Nautilus atau biasa disebut E / V Nautilus menemui makhluk laut berwarna ungu nan pelik, di kedalaman 900 meter.

Penemuan tersebut dimuatnaik pasukan penyelidik Nautilus ke laman berkongsi video. Dalam rakaman itu, kita dapat mendengar ketakjuban mereka ketika menemui makhluk ungu bermata bulat besar seperti watak kartun.


"Matanya seperti bola ... kelihatan seperti palsu! Ia kelihatan seperti mainan yang dijatuhkan anak kecil," ujar seorang wanita.

Sementara dua orang lain mengatakan bahawa mata makhluk itu kelihatan seperti dilukis.

Walaupun awalnya sempat terdapat perdebatan, pasukan penyelidik menyebut bahawa makhluk laut berwarna ungu tersebut merupakan "sotong gemuk" Rossia pacifica yang berkerabat dekat dengan sotong.
"Spesies ini menghabiskan hidupnya di dasar laut, mengaktifkan jaket lendir nan melekat dan menggali ke dalam tanah untuk bersembunyi, lalu menyembulkan matanya kepada mangsa seperti udang dan ikan kecil," jelas E / V Nautilus dalam video yang dimuatnaiknya.

Makhluk ungu tersebut ditemui di Trask Knoll, bukit bawah laut Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Tak hanya kali ini sahaja penyelidik E / V Nautilius mencari makhluk 'ajaib'. Bulan lalu mereka mencari bola ungu kecil yang terselit di antara bebatuan di lepas pantai California.

Bola ungu misteri di dasar Lautan Pasifik ditemui oleh saintis di E / V Nautilus (NOAA)

Bola misteri itu ditemui pada 18 Julai, ketika E / V Nautilus melayari Arguello Canyon, di barat Channel Islands National Marine Sanctuary, saat robot Hercules menyelam ke kedalaman 1,616 untuk mengamati kerang dan ketam.

Hingga saat ini, jenis haiwan tersebut dikategorikan yang paling mendekati adalah gastropoda - haiwan yang termasuk ke dalam filum moluska-- bernama pleurobranch. Namun tak menutup kemungkinan jika bola ungu itu merupakan spesies baru.

E / V Nautilius dikendalikan oleh Ocean Exploration Trust, sebuah organisasi nonprofit yang ditubuhkan oleh ahli oseanografi Robert Ballard. Sejak Mei 2016, kapal tersebut telah menjelajah Lautan Pasifik timur, bermula dari Pulau Vancouver, Kanada, dan belayar ke selatan.

Saturday, August 27, 2016

Tama ~ Si Kucing Yang Selamatkan Syarikat Daripada Bangkrap!

Percayakah anda seekor kucing telah dilantik untuk menjadi pengurus sebuah stesen kereta api? Ya! Ia benar-benar berlaku di stesen Kishi, Jepun.

Seekor kucing betina, Tama dari baka Caleco telah diberi kepercayaan penuh untuk menerajui stesen tersebut.

Percaya atau tidak, si comel itu telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan. Hebatkan!

Apa yang peliknya, bagaimana Tama berjaya mempengaruhi ekonomi Jepun? Walaupun ramai yang menganggap ia satu kerja gila dan tidak masuk akal, namun syarikat Stesen Kereta Api Elektrik Wakayama berjaya membuktikan perkara itu tidak mustahil malah mampu dijadikan contoh untuk syarikat-syarikat lain.


Pada tahun 2006, syarikat ini telah mengalami masalah kewangan yang sangat teruk. Untuk menjimatkan kos operasinya, syarikat telah menghapuskan jawatan pengurus stesen dan membiarkannya beroperasi tanpa pengawasan.

Manakala beberapa buah stesen pula hampir ditutup apabila masalah tersebut kian meruncing.

Disebelah stesen Kishi, terdapat sebuah kedai runcit milik Toshiko Kayama yang gemar memberi makan kepada kucing jalanan yang sering bermain-main dilokasi tersebut.

Salah seekor darinya bernama Tama. Tama memiliki keistimewaannya tersendiri kerana dikatakan berbentuk seperti 'Love' apabila duduk dengan tangannya dirapatkan ke badan secara menegak.

Kecantikan yang ada pada Tama telah membuatkan pihak syarikat terpanggil untuk menjadikannya sebagai ikon stesen tersebut.

Selepas pertimbangan, kata sepakat pun diambil. Maka, pada awal tahun 2007, Tama secara rasmi berkhidmat untuk stesen terakhir Kishi sebagai penyambut tetamu dihadapan stesen.


Sejak itu, stesen itu mula mendapat sambutan ramai. Bukan hanya dari penduduk tempatan, malah dari seluruh pelusuk dunia datang semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan 'duta' ini.

Keuntungan syarikat meningkat serta-merta kepada 10 juta dolar! Ini sekaligus menyumbang peningkatan pendapatan ekonomi tempatan. Dari sebuah stesen kosong, kawasan ini serta-merta menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Pada tahun 2008, Tama dilantik sebagai pengurus stesen dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang dihadiri orang-orang kenamaan serta media dari dalam dan luar negara. Dalam majlis itu juga, dua pembantu Tama, Chibi dan Miko turut dilantik, lucu kan?

Tidak habis disitu, pihak syarikat bagaimanapun telah membina sebuah gerabak yang sangat comel. Gerabak ini dihiasi karakter kartun Tama. Kartun ini diberi nama Tama Densha yang bermaksud kereta api Tama.


Dekorasi dalamannya dipenuhi gambar-gambar Tama, perpustakaan mini, kereusi-kerusi dengan reka bentuk kucing serta lakaran-lakaran cap kaki Tama. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009.

Malah, stesen juga telah diubahsuai dengan pintu masuk bangunannya berbentuk seperti seekor kucing.

Didalamnya turut disediakan cafe bertemakan kucing dengan pelbagai aksesori menarik sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Dengan kejayaan tersebut, Tama sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai pegawai operasi stesen pada tahun 2010.
Ini menjadikan Tama, satu-satunya kucing malah mungkin haiwan yang berjaya memegang jawatan-jawatan penting dalam sebuah syarikat besar.

Jadi, kalau anda melawat Jepun, jangan lupa singgah sekejap untuk melihat si comel gebu ini yang sedang sibuk 'berkawal'.

Kelibatnya sering dilihat mundar-mandir disekitar stesen dan adakalnya berada di dalam biliknya. Tapi jangan risau, biliknya boleh dilihat dari luar dengan cermin tembus pandang.

Penampilannya pula benar-benar membuatkan si penggemar kucing jadi gila tatkala terpandang kelibat Tama. 

Dengan memakai kot labuh berwarna biru gelap serta ropol-ropol putih mengelilingi leher, Tama kelihatan cukup segak.

Manakala, dikepalanya pula terselit topi kecil senget pasti membuatan anda teringatkannya.

Kini, usia Tama telah pun mencecah usia 14 tahun. Sedar akan usia Tama yang semakin Tua, pihak stesen telah melantik seekor lagi kucing, Nitama sebagai pelapis sekiranya Tama tiada lagi.


Kini, Tama dan Nitama berganti-ganti mengendalikan stesen kereta api Kishi. Ada jadual dan waktu kerja masing-masing.

Dan sebenarnya, walaupun mempunyai jadual kerja masing-masing, mereka tidak menguruskannya sendiri. Itu cuma gimik saja.

Seorang penjaga kucing, Nishiyama telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kucing-kucing ini seperti menguruskan jadual tugasan, memberi makan serta mengendalikan pelancong yang datang melawat Tama.

Sekali pandang agak kesian juga dengan si comel ini kerana azalinya bukan begitu. Biarpun menjadi pengurus stesen, ia bukanlah bermaksud melakukan semua urusan kerja sebagaimana pengurus biasa.


Sebaliknya, ia lebih kepada ikon stesen kereta api tersebut. Sekadar bahan tarikan pelancongan. Kreatif kan?

Sunday, July 31, 2016

Kerana Tumor, Kucing Ini Terpaksa Hidup Tanpa Telinga Penuh.

Sungguh malang nasib Timmy. Kucing kampung ini ditemui dalam keadaan mengerikan di tempat pembuangan sampah oleh RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) Southridge. Timmy mengalami ketumbuhan di bahagian kepala dekat telinga yang menyembul keluar.

RSCPA kemudian membawa Timmy ke doktor haiwan untuk mendapat rawatan. Sewaktu ditemui, Timmy mengalami ulser (luka sukar sembuh), pendarahan dan dijangkiti sehingga doktor haiwan memutuskan untuk memotong telinganya dalam usaha menyelamatkan hidup Timmy.

Timmy, seekor kucing kampung alami ketumbuhan yang bikin ia hidup tanpa kedua-dua telinga.
Selepas menjalani pembedahan tumor, Timmy kini mempunyai pandangan yang unik. Kakitangan di pusat RSPCA Southridge, berharap ini akan memberi inspirasi kepada pemilik baru nanti. Mona Jorgensen, wakil pengurus di RSPCA mengatakan Timmy adalah salah satu haiwan yang paling menyedihkan yang pernah ia lihat.

Timmy, kucing malang sebelum dibedah.
"Telinganya jelas sangat tidak selesa baginya, dia terus cuba untuk menggaru telinga dan menggeleng, tapi ketika aku mengusap dagunya dia mula berdengkur," kata Mona. Menurut Mona, kini Timmy seperti kucing luar biasa. "Dia mungkin kelihatan sedikit seperti kucing dari luar angkasa, tapi dia selesa dan bahagia. Kami sekarang mencari seseorang merawat Timmy selama-lamanya," katanya lagi.

Timmy selepas pembedahan dan dalam rawatan.
Operasi pembedahan telinga Timmy merupakan jalan terbaik baginya. Sebab, jika tidak, ia akan menderita seumur hidup. "Ini adalah operasi yang terbaik. Tanpa operasi, tumor pada haiwan ini akan terus berkembang dan menjadi sumber jangkitan dan rasa sakit,"

Westley Pearson, pengarah syarikat insurans haiwan Animal Friends, mengatakan bahawa kisah Timmy menyerlahkan bagaimana pentingnya amal untuk haiwan. "Tanpa RSPCA dan tempat perlindungan yang luar biasa lainnya, haiwan seperti Timmy akan dibiarkan menderita tanpa bantuan. Kami berharap Timmy mendapat pemilik yang penuh kasih dan pengertian setelah ia sembuh." ujar Pearson.

Kini, Timmy menunggu orang yang mau menjaganya.

Tuesday, July 26, 2016

Tips Menghilangkan Bau Pada Kandang Kucing Menggunakan Daun Teh.

Masalah utama yang paling sering dikeluhkan oleh para pemelihara kucing adalah bau kotoran dan kandang si kucing yang menyengat dan lama sangat nak hilang. Membersihkan kandang dan litter box secara rutin setiap hari terkadang masih belum cukup untuk mengusir bau yang terkadang masih menyengat. Menyembur pewangi bilik malah justeru membuat baunya sebati dan semakin abstrak.

Sebenarnya banyak sekali cara yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Ternyata ada satu cara atau petua yang sangat sederhana yang mungkin selama ini belum pernah terfikir oleh anda, padahal barang yang diperlukan banyak sekali terdapat di sekitar anda.


Daun teh kering adalah barangan yang saya maksudkan. Anda tinggal membeli teh dalam bungkusan, membuka bungkusnya, lalu mencampurkannya dengan pasir di litter box. Dengan demikian, anda akan mendapat 3 keuntungan sekaligus iaitu:
  • Bau najis kucing menjadi sedikit ter- reduce.
  • Kerana daun teh mempunyai zat anti bakteria, maka seenggaknya akan membuat litter box menjadi lebih steril.
  • Daun teh kering kan murah dan mudah di dapati. So, poket anda akan terselamat.

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Sering sekali saya melihat kucing kesayangan saya begitu. Keluar rumah di pagi hari, dia memakan rumput yang ada di halaman rumah. Kejadian tersebut hanya saya amati saja, kerana tidak ada gangguan kesihatan apapun yang menyerang kucing saya.

Namun, kerana saya tertanya-tanya dengan tabiat kucing saya tersebut makan rumput, saya pun mula melayari di internet untuk mencari tahu apakah kebiasaan tersebut alamiah, ataukah termasuk food disorder.

Dan ternyata tabiat kucing makan rumput adalah sesuatu yang semulajadi. Mereka memakan rumput untuk beberapa perkara. Menurut banyak doktor haiwan, tabiat kucing tersebut bertujuan untuk mengurangkan lebihan sari makanan dalam tubuhnya. Kerana seperti yang kita tahu rumput yang dimakan tersebut akan segera dimuntahkan kembali oleh si kucing.


Selain itu, ada juga pendapat bahawa kucing makan rumput untuk membersihkan rambut atau bulu yang ikut masuk ke dalam perutnya. Ada yang mengatakan rumput yang dimakan tersebut berguna untuk membantu pencernaan kucing.

Yang boleh anda lakukan terhadap kucing anda adalah dengan mengurangkan hidangan makan si kucing. Seperti yang sering saya katakan, hidangkan makanan kucing itu sedikit tetapi sering, bukan sekali makan dalam jumlah yang besar.

Pada intinya, tabiat kucing makan rumput itu bukanlah suatu hal yang berbahaya. Kecuali jika rumput yang dia makan baru sahaja disembur racun perosak atau ubat berbahaya lain. Atau anda boleh melakukan seperti yang saya lakukan saja, biarkan si kucing makan rumput.

Saturday, July 16, 2016

5 Kucing Pemegang Rekod Dunia.

Kucing adalah haiwan lucu yang banyak disukai orang. Sama seperti manusia, ada kucing-kucing luar biasa pemegang rekod dunia. Lima kucing ini tercatat sejarah sebagai kucing yang paling istimewa di dunia, dan ini bukanlah gelaran yang boleh didapatkan oleh mana-mana orang -maksudnya, kucing.

1. Kucing Terpendek 

Tahun 2013, seekor kucing bernama Lilieput dinobatkan sebagai kucing terpendek di masa itu. Tingginya hanya 13.3 cm. Ia berusia 9 tahun ketika mendapat gelarannya, dan masih hidup dengan sihat sehingga saat ini.

Lilieput
2. Kucing Terpanjang 

Stewie berusia 8 tahun pada tahun 2013, apabila ia kalah melawan kanser yang dideritanya. Namun, namanya tercatat dalam sejarah sebagai kucing terpanjang. 

Kucing jenis Maine Coon ini mempunyai panjang badan 122 cm dari hujung pangkal ekor ke hujung kepalanya, setara dengan tinggi anak manusia berusia 8 tahun. Pemergian kucing yang semasa hidupnya tinggal bersama pemiliknya di Nevada meninggalkan kesedihan bagi banyak manusia dan kucing lain.

Stewie
3. Kucing dengan Bulu Terpanjang 

Sophie si kucing mempunyai panjang bulu badan 26 cm, bayangkan bagaimana susahnya si pemilik melakukan rawatan bulu si kucing Ocenside ini!

Sophie
4. Kucing dengan Dengkuran Ternyaring 

Merlin si kucing mempunyai dengkuran 100 desibel. Sebagai perbandingan, rata-rata suara dengkuran kucing adalah 25 desibel. Menurut si pemilik, Tracy Westwood, suara dengkuran Merlin boleh terdengar dengan nyaring ketika ia sedang menelefon.

Merlin
5. Kucing Tertua di Dunia 

Oktober tahun lalu, kucing bernama Tiffany Two dinobatkan sebagai kucing tertua di dunia. Usianya ketika itu 26 tahun. Tiffany Two saat ini tinggal di San Diego dengan pemiliknya yang sudah menjaga seumur hidupnya.

Tiffany Two

Saturday, May 14, 2016

Spiderman Mempunyai Adik Lain Bapa?

Awal bulan Julai 2012, sepasang suami isteri dari Sao Paulo, Brazil berjaya menemui satu spesis cicak yang unik, mirip seperti watak Superhero kegilaan ramai, Spiderman.

Menceritakan saat penemuan itu, Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di sebuah lokasi berhampiran sebatang anak sungai yang dikenali sebagai Rongai River.

Di situ, pasangan tersebut sedang giat melakukan tugasan dalam bengkel fotografi yang diberikan pada mereka.

Lopes dan isterinya telah menghabiskan masa di lokasi anak sungai sejak awal pagi. Mereka difahamkan oleh pihak penganjur bahawa kawasan tersebut adalah antara lokasi yang menjadi kegemaran ramai jurugambar bagi merakam gambar harimau bintang.

Setelah selesai merakam gambar yang diperlukan, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk berada di kawasan tersebut sehingga petang. Mereka terus merakam beberapa lagi gambar sebelum meninggalkan lokasi berkenaan.

Ketika sedang asyik merakam gambar, Lopes dikejutkan dengan suara panggilan isterinya seolah-olah telah terjumpa sesuatu yang pelik. Dia bergegas mendapatkan isterinya yang berada di sebuah batu besar berhampiran anak sungai.

Setibanya disitu, dia hampir tidak percaya selepas melihat sejenis spesis cicak pelik di atas batu tersebut. Ia mempunyai warna merah di bahagian dada, manakala dibahagian lengan dan kaki pula berwarna biru, menyerupai watak Spiderman!

Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra.
Menurut Lopes, cicak itu kelihatan sungguh menakjubkan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan spesis cicak seumpamanya. Dia mengakui, pengalaman menemui cicak pelik itu menjadi satu pengalaman berharga buat mereka berdua.

Terpesona dengan keindaham fenomena itu, seorang lagi jurugambar bernama Dobson tidak melepaskan peluang merakam beberapa keping gambar untuk tatapan umum.

Jurugambar dari Brazil itu merupakan orang yang paling bertuah kerana sewaktu dia merakam gambar, cicak berkenaan sedang berjemur di atas batu.


Kisah mengenai penemuan spesis cicak itu akhirnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Ia menjadi tajuk berita hangat yang diperkatakan semua orang yang ingin mengetahui lebih lanjur tentang kehidupan spesis tersebut.

Menurut seorang pakar haiwan di kedai Exotic-pets.co.uk, Karen Baker, nama saintifik bagi reptilia ini adalah Mwanza Flat-Headed Agama.

Spesis ini tergolong dalam kumpulan spesis cicak yang dikenali sebagai Agamidae. Ia boleh ditemui di tiga buah negara iaitu Tanzania, Rwanda dan Kenya.

Reptilia ini merupakan sejenis spesis cicak yang hidup secara berkumpulan. Kebiasaannya, dalam setiap kumpulan haiwan ini akan diketuai oleh seekor cicak jantan yang dominan.

Cicak jantan mempunyai dua struktur warna iaitu merah dan biru.

Cicak jantan biasanya mempunyai dua ton warna iaitu merah pada bahagian kepala dan belakang badan. Manakala, warna biru pula boleh dilihat pada bahagian kaki depan, kaki belakang, ekor dan bawah perut. Berbeza dengan cicak betina, keseluruhan badannya berwarna coklat kehitaman.

Habitat utama reptilia ini selalunya di celah-celah kawasan berbatu, gua dan pokok kayu. Makanannya pula adalah cengkerik, lipas, buah-buahan dan ulat.

Dan berdasarkan rekod kajian sebelum ini, cicak tersebut mampu hidup sehingga 15 tahun.

 - sentiasabikinpanas.com