Tuesday, July 26, 2016

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Sering sekali saya melihat kucing kesayangan saya begitu. Keluar rumah di pagi hari, dia memakan rumput yang ada di halaman rumah. Kejadian tersebut hanya saya amati saja, kerana tidak ada gangguan kesihatan apapun yang menyerang kucing saya.

Namun, kerana saya tertanya-tanya dengan tabiat kucing saya tersebut makan rumput, saya pun mula melayari di internet untuk mencari tahu apakah kebiasaan tersebut alamiah, ataukah termasuk food disorder.

Dan ternyata tabiat kucing makan rumput adalah sesuatu yang semulajadi. Mereka memakan rumput untuk beberapa perkara. Menurut banyak doktor haiwan, tabiat kucing tersebut bertujuan untuk mengurangkan lebihan sari makanan dalam tubuhnya. Kerana seperti yang kita tahu rumput yang dimakan tersebut akan segera dimuntahkan kembali oleh si kucing.


Selain itu, ada juga pendapat bahawa kucing makan rumput untuk membersihkan rambut atau bulu yang ikut masuk ke dalam perutnya. Ada yang mengatakan rumput yang dimakan tersebut berguna untuk membantu pencernaan kucing.

Yang boleh anda lakukan terhadap kucing anda adalah dengan mengurangkan hidangan makan si kucing. Seperti yang sering saya katakan, hidangkan makanan kucing itu sedikit tetapi sering, bukan sekali makan dalam jumlah yang besar.

Pada intinya, tabiat kucing makan rumput itu bukanlah suatu hal yang berbahaya. Kecuali jika rumput yang dia makan baru sahaja disembur racun perosak atau ubat berbahaya lain. Atau anda boleh melakukan seperti yang saya lakukan saja, biarkan si kucing makan rumput.