Showing posts with label info cinta. Show all posts
Showing posts with label info cinta. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Tips Berciuman Ala Profesional.

Berciuman merupakan satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Tidak hanya mampu membangkitkan keintiman, berciuman juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh. Kerana itulah, mengetahui tips berciuman yang betul akan menjadikan hubungan anda tetap seromantik kisah awal percintaan, walaupun kini sudah berkahwin lama.


Ciuman di bibir merupakan asas penting dalam menjalin suatu hubungan asmara. Tidak hairan, intensiti berciuman yang anda dan pasangan lakukan boleh mempengaruhi kualiti hubungan yang sedang dijalani. Makin kerap anda berciuman, maka hubungan fizikal dan emosional pun makin terjalin dengan baik.

Mahu Tahu Tips Berciuman Ala Profesional?

Ciuman romantik di antara dua orang yang mempunyai minat satu sama lain tentu menjadi sebuah pengalaman yang sangat sensual dan terdapat berbagai macam gaya ciuman untuk boleh menjadikannya tidak dapat dilupakan. 

Berikut tips berciuman yang boleh anda terapkan:

1. Tetap luangkan masa untuk mencium

Di masa awal hubungan, ciuman menjadi penyegar dalam menjalin sebuah hubungan. Namun sayangnya, seiring berjalannya waktu, kebiasaan berciuman mulai meredup. Seakan dilupakan, ciuman merupakan bahagian penting dari sebuah keintiman sejoli.

Sebuah pendapat berkaitan hal ini menyatakan, intensiti berciuman para wanita yang telah berkahwin cenderung berkurang dengan pasangan. Padahal, ciuman di dalam sebuah hubungan harus tetap dipertahankan sebagai jambatan kasih sayang tanpa kata-kata. Pada dasarnya, berapa pun usia perkahwinan yang sudah dijalani, kenikmatan berciuman dengan pasangan tidak boleh sampai hilang.

2. Berikan variasi ciuman

Terlepas dari kesukaan gaya berciuman tiap orang yang berbeza-beza, variasi tetap memegang peranan penting. Cuba menerokai kawasan muka, telinga, dan leher pasangan anda agar aktiviti berciuman tidak terasa membosankan. Variasi lain yang boleh anda cuba adalah menggigit lembut bahagian bibir bawah dan daun telinganya sebagai pemanis saat berciuman.

Umumnya, seorang lelaki cenderung lebih agresif saat berciuman berbanding wanita. Lelaki pun lebih berani untuk memainkan lidah ketika berciuman. Sebaliknya, seorang wanita cenderung lebih pasif dan enggan untuk membuka mulut cukup lebar, meski hanya untuk menampal bibir sahaja.

Tidak soal siapa yang lebih agresif, lelaki atau wanita, salah satu pihak harus mengambil inisiatif. Percayalah bahawa setelah adanya inisiatif, semua akan mengalir secara semula jadi.

3. Ungkapkan keinginan anda dan pasangan

Sebahagian pasangan enggan membicarakan tentang berciuman kerana merasa malu. Pasangan seharusnya menjadi orang yang anda percayai, maka jangan pernah malu untuk membicarakan keintiman di antara kalian. Ungkapkan sejujurnya mengenai kesukaan anda dan pasangan saat berciuman agar aktiviti ini boleh terasa lebih bergelora.

4. Tinggalkan kesan saat berciuman

Menyenangkan pasangan anda dan menyenangkan diri sendiri merupakan cara untuk mendapatkan ciuman yang berkesan. Kerana itulah, manfaatkan saat-saat yang ada untuk menjadikan ciuman anda sentiasa teringat di benaknya. Kejutkan dia dengan mencium lembut lehernya, lalu teruskan ke telinga, kemudian akhiri dengan kucupan di bibirnya.

Manfaat Kesihatan di dalam Tips Berciuman Ini

Tidak hanya dipandang dari sisi sensualitinya, ciuman yang dilakukan secara rutin dengan pasangan turut memberikan manfaat kesihatan. Apa saja manfaatnya? Mari kita ketahui di sini.

1. Meningkatkan ghairah seks kembali

Berikan ciuman hangat kepada pasangan secara rutin. Berikan tiap selepas bangun pagi, sebelum tidur malam, atau kedua-duanya lebih baik. Sambil mencium dia, peluk tubuh dan genggam tangannya untuk membangkitkan kembali semangat anda berdua.

2. Menjaga mulut tetap bersih

Berkat berciuman, pengeluaran air liur menjadi lebih banyak. Bertambahnya air liur ini akan membantu membersihkan bakteria berbahaya bagi gigi dan menurunkan risiko pembentukkan plak yang merupakan pencetus gigi berlubang. 
Hal ini diperkuatkan oleh ahli-ahli kesihatan yang menyebutkan bahawa berciuman boleh menyokong pencegahan kerosakan gigi. Walau demikian, bukan bererti ciuman boleh menggantikan fungsi memberus gigi.

3. Ciuman boleh mengurangkan gejala alergi

Alergi yang menyebabkan anda bersin-bersin dan mengalami hidung tersumbat rupanya boleh diatasi dengan berciuman. Berdasarkan sebuah kajian, berciuman dengan pasangan sekurang-kurangnya selama 30 minit cukup untuk meredakan gejala alergi pada pesakit ekzema atopik dan alahan bermusim. Siapa yang menyangka cara ini boleh menggantikan ubat-ubatan, bukan?

4. Mengurangkan rasa sakit

Refleks seseorang secara semulajadi semasa sedang berciuman adalah memeluk pasangan. Secara semula jadi, berpelukan boleh mengurangkan kebimbangan dan kemurungan. Pada masa berpelukan juga, hormon oksitosin akan kehilangannya dan menjadikan tubuh rileks sehingga dapat mengurangkan rasa sakit kronik.

5. Menurunkan tahap stres

Bukan rahsia umum lagi bahawa ciuman boleh mengurangkan tahap stres seseorang. Ini kerana semasa berciuman, kadar kortisol yang berkaitan dengan tahap stres yang dialami akan mengalami penurunan. Anda menjadi lebih rileks.

Mengamalkan tips berciuman seperti yang disebutkan di atas adalah pilihan yang tepat dalam menjadikan hubungan anda dan pasangan lebih romantik. Pelbagai manfaat kesihatan juga boleh didapati dari aktiviti kasih sayang ini. Hanya saja, jangan lupa untuk memerhatikan kebersihan mulut kalian berdua untuk menikmati kehangatan ini.

| SBP

Monday, January 30, 2017

5 Sebab Mengapa Pasangan Bahagia Tidak Mempamerkan Kemesraan Di Media Sosial.

Sekarang kita sedang menjalani hidup yang sangat aneh, di mana sebahagian besar orang lebih mementingkan status dalam media sosial daripada kehidupan nyata. Dengan rutin mereka, berkongsi foto dan apapun yang mereka lalaui ke Facebook atau media lain. Termasuk mengambar kehidupan cinta mereka.


Namun ada yang ganjil pada perilaku mereka. Sebenarnya, pasangan yang hidupnya bahagia jarang mempamerkan kebahagiaan yang mereka lalui kepada semua orang, termasuk di media sosial.

Mengapa?

1. Kebahagiaan tidak perlu dibuktikan di media sosial.

Jika memang semua berjalan dengan baik, mereka tidak akan membuang waktu untuk memuatnaik gambar di media sosial sebagai bukti atas kebahagiaan mereka. Kehidupan mereka sudah sangat bahagia sehingga tidak ada masa untuk memikirkan hal itu.

2. Mendedahkan masalah di media sosial tidak akan membantu apa-apa.

Mendedahkan masalah peribadi kepada semua orang di media sosial bukanlah cara yang efektif untuk memecahkannya. Tapi sebaliknya, hal itu akan memburukkan lagi suasana.
3. Kebahagiaan yang sebenarnya hanya datang dari orang yang paling mereka cintai.

Kamu tidak akan mendapat apa-apa dengan berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kebahagiaan sebenarnya datang ketika kamu bersama pasangan, bukannya dari post yang kamu kongsikan. Bagi mereka yang memahami hal ini, berkongsi di media sosial adalah perkara yang perlu dihadkan.

4. Tidak ada yang perlu dibuktikan kepada sesiapa pun.

Mereka yang hubungan cintanya bahagia adalah yang bersama kerana memang ingin bersatu. Mereka tidak peduli dengan adanya status "berpacaran" atau tidak.

5. Dan hal lain yang penting...

Mereka yang tidak menggunakan media sosial jauh lebih bahagia daripada yang menggunakannya, kerana mereka tidak terus-menerus mambandingkan diri dengan teman-temannya. Kita juga sering lupa bahawa, hal yang terpenting adalah kehidupan alam nyata, hubungan kita, pengalaman kita, dan perasaan kita. Bukan pencarian tanpa akhir untuk sebuah populariti dalam talian.


Sunday, January 29, 2017

8 Tips Memikat Seorang Wanita Edisi 2017.

Anda kesulitan memikat wanita? atau buntu tips buat memikat cewek? anda boleh baca tips disini untuk memikat dan menakluk hati seorang wanita.


Sebelum anda memikat wanita...ada beberapa perkara yang perlu disiapkan dan dingat...
  1. Mental yang kuat (persiapan kalau ditolak)
  2. Mau di bawa kemana hubungan itu (persiapan kalau diterima)
  3. Persiapan modal (pacaran bukan makan cinta saja!!!!)
  4. Tanya mau berapa anaknya kita (jika sudah mau nikah)
  5. Ingat !!!!!! jangan sekali-kali membawa senapang, kerana anda bukan mahu menembak mati wanita tersebut...
  6. Lelaki : perempuan = 1: 5, so kamu jangan takut single
  7. Ingat, wanita yang hendak kamu pikat masih tercatat sebagai wajib pajak (gila betul ni)
  8. Jangan pikat wanita saat baru pertama kali berkenalan (kerana itu bukan cinta pada pandangan pertama, tapi nafsu pada pandangan pertama)
  • Kalau cara tradisionalnya, iaitu si lelaki memberikan cincin sambil berlutut di depan wanita. Hehehe...tapi cara ni dah basi lo.
  • Jika si wanita suka jadi pusat perhatian, adakanlah pesta kejutan dengan semua rakan-rakannya dan kalau perlu jemput keluarganya. Lalu anda memikat dia disana. Tapi jika ditolak risiko anda tanggung sendirilah ye...
  • Jika si wanita suka hal yg romantis, bawalah setangkai bunga mawar dan lakukanlah pemikatan di tempat kegemarannya.
  • Jika wanita jenis yang suka atau hobinya bersukan, lakukanlah aktiviti memikat di atas gunung saat berkhemah atau saat mendaki gunung gitu.
  • Jika dia suka bola keranjang atau pertandingan sukan, berikanlah kejutan dengan melamarnya di stadium tempat berlangsungnya perlawanan di depan orang ramai di stadium tersebut. Hahahaha kalau ditolak aku tidak tanggung ahhh.
  • Hari Valentine juga merupakan peluang yg bagus, (tidak lama lagi kan Valentine) di hari istimewa ini jika anda memberikan mawar atau coklat maka ini akan menjadi kejutan besar kepadanya.
  • Jika anda lelaki pemalu dan tidak berani berbual secara langsung dengan dia, bikin saja video terus ajak dating dengan si dia.
  • Jika anda tau dia suka mendengar radio setiap hari, cari saja stesen radio yg dia suka, terus bikin kejutan dengan memikat dia di radio. Dengan sms on air di radio dan pikat dia. Tapi kalau anda berani terus saja anda telefon dia dan mulakan ayat jiwang anda.
| SBP

Tuesday, October 18, 2016

Inilah Yang Terjadi Apabila Seorang Lelaki Memeluk Wanita Yang Dicintainya!

Ketika seorang lelaki diam-diam muncul dari belakang dan memeluk wanita yang dicintainya, dia akan melakukannya dengan penuh kelembutan, kehangatan, dan perasaan melindungi. Dia akan memastikan wanitanya berada tepat di tengah-tengah keintiman itu, seolah menunjukkan bahawa di saat itu mereka berdua adalah pusat dari alam semesta.


Pelukan adalah kelembutan yang manis di antara keduanya.

Seorang lelaki sejati akan menyentuh wanitanya dalam keheningan. Wanita satu-satunya yang paling senyap yang pernah dia temui. Di saat itu terjadi, arus hangat mengalir di antara tangan-tangan yang damai.

Ketika seorang lelaki memeluk wanita yang dicintainya, dia yakin bahawa itu merupakan wujud dari cinta yang tenang dan selesa. Merupakan kelembutan yang manis seperti butiran gula dalam cawan teh panas.


Pelukan adalah bukti dari perlindungan dan ketenangan.

"Siapa wanita yang ada di tangan saya ini?" 
"Apa yang sedang dia rasakan?" 
"Siapa dia? Seoarang wanita atau sekadar lelaki yang belum memahami cinta? " 
"Apakah dia merasa dicintai? Atau perlu menerimanya dengan sayang dan kelembutan hati? " 
"Apakah ada semacam keheningan yang menutupi bahu wanita ini dan menyembunyikan rahsia? " 
"Ataukah...ada yang bersembunyi di balik pelukan yang begitu intim ini? "


Setelah semuanya, seorang lelaki hanya akan terus memeluk wanitanya. Melindunginya dari dunia luar yang begitu sejuk dan sepi. Kerana dalam setiap pelukan hangat dan nyaman seoarang lelaki, ada sepasang lengan sebagai bukti dari perlindungan dan ketenangan.
Cerita kecil ini, adalah kejujuran yang tidak pernah wanita sedari. Wanita-wanita yang hanya boleh menunggu dan berharap untuk ...


Jadi, peluklah wanitamu sekerap mungkin. Letakkan dia benar-benar di tengah lingkaran. Hargai wanitamu dan tunjukkan betapa lembut dan sensualnya cintamu. Hanya cintailah dia, kerana dia sangat memerlukan itu.

Ya...dia memerlukan pelukan seperti yang kamu lakukan padanya sekarang.

Sunday, October 9, 2016

Daripada 5 Tahap Cinta Ini, Kebanyakan Pasangan Hancur Di Fasa Ke-3...Huhuhu...Sedih Sangat.

"Seolah-olah dia bukan untukku, lebih baik saya lari jauh darinya" adalah kalimat yang sering diucapkan orang yang baru saja putus. Atau mungkin, kamu sendiri pernah mengatakannya dan meluahkannya sewaktu sedang berlaku bergaduhan besar antara pasangan meskipun, orang-orang di sekeliling menganggap kamu adalah pasangan yang sempurna. Di waktu seperti itu, kamu berfikir bahawa inilah masa yang tepat untuk hidup sendiri dan lari dari masalah sekaligus bingung mengapa cinta sejati secara perlahan-lahan boleh luntur begitu cepatnya?


Sebenarnya, ini terjadi kerana kamu sedang putus asa di peringkat ketiga dari keseluruhan lima tahap cinta. Dan memang benar, sebahagian besar pasangan memilih menamatkan hubungan mereka di fasa yang paling sukar ini.

Oleh itu, apakah 5 tahap cinta itu?

1. Jatuh cinta


Jatuh cinta adalah fasa di mana kamu mencari kebahagiaan pada seseorang dan begitu menaruh banyak harapan padanya. Dengan cepat dia menjadi pasangan yang paling sempurna untukmu, sama sekali tidak mempunyai kekurangan. Kamu yakin bahawa dia akan memenuhi semua keinginanmu dan mempercayai semua yang diucapkannya.

Kamu percaya, ada kekuatan cinta yang menaungi kamu berdua hingga tidak ada perkara apapun yang mampu menghentikannya.

2. Menjadi pasangan


Pada fasa ini, cinta menjadi semakin kuat. Kamu dan dia saling mengenal satu sama lain lebih baik dari sebelumnya. Anda mempunyai pengaruh besar pada seluruh hidupnya, begitu juga sebaliknya. Ini adalah masa yang benar-benar menyeronokkan dalam hidup anda berdua.

Bagi beberapa pasangan, setelah berbulan-bulan atau beberapa tahun, fasa ini boleh berlanjutan sehingga kehadiran buah hati yang semakin memperkuatkan ikatan cinta di antara keduanya. Saling melindungi dan menginginkan, merasa bahawa mereka adalah pasangan yang sudah ditakdirkan hidup bersama.

3. Kecewa


Tidak peduli masih dalam hubungan kekasih atau berkahwin, ini adalah fasa paling kritikal dimana harapan cintamu pada pasangan mula pudar. Perasaanmu padanya beransur menghilang, tidak seperti sebelumnya. Kamu merasa, dia benar-benar tidak dapat diramal dan sangat berbeza.
Pada kemuncaknya, kamu memutuskan untuk pergi darinya dan meyakinkan diri bahawa, kamu dan dia tidak akan dapat bersatu lagi. Kamu merasa, tidak ada gunanya menyeksa diri dalam hubungan yang begitu menjenuhkan dan seksa itu.

4. Menghadapi kenyataan, meneruskan hubungan


Jika kamu mau menutup mata dan cuba menghadapi masalah paling sukar bersama pasangan, kamu mungkin boleh melewati fasa ketiga dengan happy ending. Fikiran kau terbebas dari prasangka-prasangka negatif tentangnya. Anda sedar bahawa, orang yang ada di hadapanmu adalah kenyataan yang harus diterima.

Anda mula belajar memahami kekurangannya. Di fasa ini, kamu berdua benar-benar bersedia ke fasa seterusnya, dengan kekuatan pedoman cinta.

5. Menggunakan kekuatan cinta untuk mengubah dunia


Sekarang kamu telah menyedari bahawa, kamu berdua mampu mengatasi semua masalah, perbezaan, dan mempunyai ikatan yang sangat kuat. Kamu berdua yakin boleh mengubah sesuatu di dunia ini, walaupun apa saja masalah itu. Kamu tidak hanya menjalani hidup bersama, tetapi juga mempunyai matlamat besar bersama-sama.

Pada fasa cinta tertinggi ini, anda boleh yakin 100% bahawa, pasangan anda adalah orang yang memang ditakdirkan Tuhan untukmu.

Selamanya....


**Huhuuuu....mama sori...jangan ko marah sia lagi...sedih sangat...mesti kita mau sampai fasa 5...

Wednesday, September 7, 2016

AKIBAT PUTUS CINTA. Lihat Apa Yang GADIS Ini Buat Dan Dia Dapat....

Seorang gadis baru habis bertengkar dengan kekasihnya dan putus cinta, dia ingin menangis.. tapi malu. Kalau menangis di rumah nanti orang tuanya pasti bertanya kerana mereka tak setuju mereka bercinta dulu...


Tiba² dia teringat kenapa tidak pergi kerumah mayat (tempat menyimpan orang meninggal) dan menangis sepuasnya ...

Bila menangis di sana pasti tidak ada orang yang merasa hairan....

Lalu dia pun mencari tempat menyimpan mayat seorang beliau tua yang baru saja meninggal, lalu dia berlutut di depan jenazah dan menangis sepuas-puasnya...
Di samping jenazah beliau tua itu ada 2 orang wanita sebaya dengannya saling berpandangan dan mengumpat pelan²: "Dasar tua-tua... ternyata masih ada wanita simpanan ke 3..."

Mereka pun berbisik-bisik & seterusnya berjalan ke arah gadis itu & memapahnya berdiri, sambil berkata: "Adik ke 3, sudahlah...kami lihat kamu menangis dengan sangat sedih, kami sudah "musyawarah" dan memutuskan akan membagikan wang cash bernilai 1 juta kepadamu, tetapi harta lain seperti rumah, saham dan lain-lain, kamu jangan minta bahagian lagi yaa ......OKAY????"

Begitulah... Rezeki kadang-kadang datang di saat yang tak terduga ya...

Wednesday, August 24, 2016

Nyaris Berkahwin Dengan Suami Orang. Namun Apa Yang Buat Aku BERSYUKUR Sebab Tak Jadi Kahwin Ialah...!!!

Assalamualaikum admin dan warga krt semua....saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dengan semua. 5 thun lps saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui facebook. Saya pulak dok KL, kira tak jauhlah kalau kami nak jumpa selalu.

Dalam 3 hari jugak lah kami hanya berhubung melaui fb dan fon lepas tu terus dia ajak keluar date. Start dari tu hubungan kami makin erat, perkataan sayang tak pernah lekang daripada mulut kami. hampir sebulan kami berkawan baru dia bagitahu saya dia dah kahwin.


Mula-mula tu terkejut gak lah tapi sebab sayang sangat kat dia saya tak peduli dia suami orang, janji kami bahagia. lagipun dia cerita dia dengan isteri dah nak bercerai. dalam 2-3 hari kami berjumpa macam biasa, saya cakap nak tengok muka isteri dia. dia tunjuk gambar isteri dan 2 orang anak dia. saya tak tipu isteri dia memang cantik putih melepak lak tu, tak hairanlah sebab orang sarawak memag kebanyakkan nye putih-putih.

Yang peliknya dia takdalah hensem mana pun, kalau nak ikutkan bini dia tu boleh dapat 10 kali ganda hensem dari suami dia tu. Balik tu saya asyik terbayang je gambar isteri dan anak-anak dia, terfikir gak apa perasaan saya kalau di tempat isteri dia, perasaan anak-anak dia. Saya tak berfikir panjang esoknya jugak saya beli sim card baru, sim card lama saya patahkan. Saya blah cam tu tanpa bagitahu apa-apa kata putus. Sampai sekarang ni saya tak tahu dan taknak amek tahu apa-apa pasal dia.

Setahun gak lah saya single baru Allah gantikan saya dengan lelaki yang jauh lebih baik iaitu suami saya sekarang. Alhamdulillah tahun ni genap lah 3 tahun usia perkahwinan kami dan kami dikurniakan zuriat yang baru berusia 5 bulan.

Lama gak lah kami tunggu nak dapat anak tapi suami tak pernah amek kesempatan gunakan alasan nak anak untuk kahwin 2. Dia cakap kalau takd rezeki nak buat cam mana, tak apa kita amik je anak angkat. Sampai sekarang ni saya rasa sangat bahagia, syukur sujud kepadamu ya Allah sebab temukan saya dengan lelaki yang sangat-sangat baik.

Nasihat saya untuk perempuan-perempuan kat luar sana, kalau terjebak cinta dengan suami orang baik angkat kaki blah. Insyaallah....Allah akan gantikan korang dengan pasangan yang jauh lebih baik. Jangan guna alasan takdir untuk meruntuhkan rumah tangga orang, anggap je tu 1 ujian. Allah nak uji keimanan korang je, Allah nak tengok sama ada korang sanggup runtuhkan masjid orang lain atau tidak. beringat ye semua.. Allah sangat murka kalau kita runtuhkan masjid orang lain. 


Kredit:- KRT