Setiap pasangan suami isteri seringkali ingin hidup berdikari dan terpisah daripada ibubapa dan mertuanya. Ketika para ibubapa berkunjung, setiap pasangan mempunyai perasaan dan tanggapan yang berbeza-beza. Ada yang merasa bahagia terutama ketika ibubapa tinggal bersama. Tetapi ada pula yang merasa terganggu dan tak selesa.
Setelah berkahwin, Nurmala tinggal di rumah mertuanya. Kemudian ia memilih pindah dan mengikat kontrak rumah bersama keluarga kecilnya. Hingga akhirnya ia memiliki rumah sendiri.
"Ketika berumah tangga dan mempunyai rumah sendiri itu lebih senang," kata Nurmala.
Nurmala memilih hidup berasingan daripada ibu bapa dan mertua kerana ingin mandiri. "Orang tidak tahu suka dukanya dalam rumah tangga kami. Mau makan enak atau seadanya kami yang tahu. Saya sendiri sudah alami, daripada terus menyewa sampai punya rumah sendiri, "ujar ibu tiga anak ini.
Walaupun demikian, selalu ada rasa rindu terhadap ibu bapa dan mertua di hati Nurmala. Sesekali ia mengajak para ibu bapa berkunjung dan menginap di rumahnya. "Rasanya senang kalau ibu bapa ataupun mertua datang ke rumah. Suasana jadi riuh, "kata wanita berusia 25 tahun ini.
Berbeza dengan Nurmala, sebut saja Mia, merasa kurang senang apabila mentuanya datang dan menginap. "Sebab di mata mertua saya, selalu ada saja salahnya saya," kata Mia.
Si mentua pernah menginap di rumah Mia dalam waktu cukup lama. Selama berada mertua di rumahnya, Mia merasa terganggu. Beberapa kali mentuanya mencampuri urusan rumah tangganya.
"Tetapi semasa mereka berada di rumah, ya tetap saya berkhidmat seperti ibubapa saya sendiri. Memang kadang ada rasa kesal juga, kalau mentua sudah membebel macam-macam, "tuturnya.
Sebenarnya, bagaimana jika ibubapa atau mentua datang bermalam ke rumah anda?
Dr. Fitri Sukmawati, M. Psi, Ahli psikologi mengatakan ketika orang datang ke rumah, dia adalah tetamu. Ketika seorang tetamu yang bertandang ke rumah, dia membukakan pintu rezeki bagi si pemilik rumah. Hendaknya dilayani dengan baik dan menghormati tetamu. Apalagi jika yang datang berkunjung adalah ibubapa ataupun mentua, sebagai anak harus melayani dengan maksimum.
"Sebenarnya tak ada beza ibu bapa dan mentua. Hanya istilah penyebutannya saja. Walaupun bukan ibubapa biologi, melayani mentua dan ibubapa sama saja ketika mereka datang ke rumah kita. Layanilah semampu kita, yang terbaik sesuai dengan keadaan kita sebagai anak, dan tidak membeza-bezakan orang tua maupun mertua, "katanya.
Keadaan jarak rumah juga mempengaruhi kuantiti lawatan ibubapa ke rumah. Jika jaraknya dekat, mereka kerap datang melawat. Apalagi jika sering membuat acara dan sebagainya, kunjungan tersebut menjadi lebih kerap lagi.
Apabila ibubapa datang dari jauh misalnya dari kampung, tentu saja melayaninya harus sepenuh hati. Usahakan ibubapa berasa selesa tinggal di rumah dan mereka benar-benar mengubati rasa rindunya terhadap anak dan cucu.
Fitri mengingatkan hidup terpisah dari orang tua, tak membuat anak merasa lebih baik atau lebih bahagia. Ada pelbagai alasan anak memilih pindah. Selain ingin belajar berumahtangga dan mengelakkan campur tangan dari orang tua, pertimbangan pola asuhan juga menjadi alasan.
"Bukan bermakna tinggal dengan ibubapa tidak bagus. Hanya saja manfaatnya lebih banyak, boleh belajar berumahtangga, mengelakkan campur tangan sebab kadangkala ibubapa suka memberikan pendapat-pendapatnya, termasuk pula cara mengasuh terhadap anak," tambahnya lagi.
Walaupun demikian tetap pertimbangkan keadaan ibubapa. Jika orang tua sihat, masih kuat, silakan saja. Tetapi kalau orang tua sudah tua, apalagi salah satunya sudah meninggal dunia, sebaiknya anak tetap menjaga ibubapa. "Kalau bukan anak siapa lagi. Inilah bentuk pengabdian anak kepada ibubapa, "katanya.
Lakukan Ini Semasa Ibubapa Datang
Melayani orang tua tak perlu berlebihan kerana ibubapa tentu memahami keadaan anaknya. Fitri Sukmawati memberikan panduan mengenai beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika ibu bapa tinggal di rumah anda:
* Sediakan makanan & minuman
Ketika ibubapa datang ke rumah, mereka tidaklah menginginkan hal yang baik-baik dari anaknya. Tetapi sebagai anak, tentulah memberikan perkhidmatan terbaik. Apalagi jika orang tua jarang datang berkunjung kerana jarak yang jauh. Sediakan makanan dan minuman. Tak perlu yang mahal-mahal, terpenting orang tua senang menikmatinya. Pertimbangkan pula makanan yang tidak boleh dimakan orang tua.
* Mengajak jalan
Ajaklah ibubapa jalan-jalan, menikmati makan malam di luar dan sebagainya. Ini akan membina kedekatan dan mengubati kerinduan keluarga. Juga mendekatkan anak dan datuk neneknya.
* Sediakan tempat tidur yang selesa
Buatlah suasana tempat tidur ibubapa selesa dan bersih. Sebab kadang kala ada ibubapa yang tidak terbiasa tidur di tempat lain selain di rumahnya, termasuk pula di rumah anaknya.
* Mendengar cerita
Anak harus memahami kenapa ibubapa datang berkunjung. Ada pula orang tua yang ingin bercerita banyak kepada anaknya. Dengarkanlah ceritanya, sehingga orang tua merasa ada tempatnya untuk berkongsi.
* Kawal masalah
Pertengkaran dengan pasangan tak dapat dielakkan dalam rumahtangga. Ada saja masalah yang kerap datang. Meski demikian anda tak perlu selalu menunjukkan itu kepada ibubapa. Bila merasa ibubapa tak perlu tahu, tak ada salahnya menyembunyikan masalah. Tetapi jika memang harus berkongsi cerita, berceritalah kepadanya untuk mendapatkan penyelesaian. Walau bagaimana pun, ibubapa juga penasihat yang baik untuk rumahtangga anaknya.
Sumber: Marsita Riandini | Sentiasabikinpanas