Showing posts with label hari raya korban. Show all posts
Showing posts with label hari raya korban. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

Viral! Surat Terbuka Dari Seekor Lembu Untuk Rakyat Malaysia Ditemui Di Sebuah Kandang.

Korban tinggal menghitung jam, sudah tiba masanya kandang lembu dan kandang kambing didatangi orang ramai. Semasa berjalan-jalan ke kandang,SBPDC terkejut betul kerana menemui surat terbuka di sebuah kandang lembu.


Begini isi suratnya:

Untuk rakyat Malaysia,

Ini saya lembu. Iya, lembu yang itu.

Lembu yang bertanduk, yang hidungnya selalu basah, yang matanya berbinar-binar, ya haiwan yang kamurang selalu kutuk buduh mcm lembu.


Ini aku, Lembu. Sado ya.
Ingat, bukan yang teteknya gede ya. Itu lembu tenusu yang diperah tiap hari, diremes-remes saja pekerjaannya. Enak betul dia. Ah, anyway, bukan itu yang mahu saya katakan. Saya sudah mula dengar gosip ni, yang persiapan di kawasan padang sudah hampir mendekati 95%. Teman-teman sejawat di kandang pak Haji Muin yang tidak mempunyai tanda di badannya bilang, di kawasan padang itu nanti, bakal banyak orang datang dari segala usia.

Saya tau, itu kan yang namanya korban? Saya boleh baca sepanduk sikit-sikit. Tapi kalo untuk bezakan warna merah sama hijau, memang saya akui untuk kami kaum lembu, ia agak sukar.


Begini lah Lembu kalo melihat dunia
Saya juga tak sebuduh itu. Saya tau kalo korban itu bermaksud saya akan dikorbankan, alias disembelih, alias die. Tapi lembu pedaging mcm saya ini boleh apa atuh. Sedih rasanya harus mati sambil ditonton orang ramai, tapi apa mau dikata, kalo sudah kewajiban, ya mau bagaimana lagi kan.

Dan kalau di ikutkan dengan berat badan saya yang boleh sampai satu tan ini saya boleh aja meradu atau menanduk, tapi nyatanya susah kerana saya diikat. 



Fakta bahawa saya terikat jangan bikin kalian jadi bingung bagaimana caranya surat ini boleh ada ya. tak usah dtanya bagaimana, yang penting intinya adalah melalui surat ini saya ingin sampaikan sesuatu.

Sejujurnya, saya juga belum pernah lihat keghairahan di padang nanti kenyataannya bakal seperti apa (ya iyalah, kalo sudah lihat bererti takan masih hidup sekarang). Tapi dengar dari orang, ada saja anak kecil yang takut lembu atau suka. Ada juga lembu yang akan suka mengamuk.

Makanya untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diinginkan, bersama surat ini saya berjanji, bahawa:

  1. Saya berusaha akan selalu tenang. 
  2. Saya tidak akan menakutkan anak kecil sampai bikin mereka menangis. 
  3. Kerana saya punya penglihatan panoramic hampir 360 °, jadi saya akan lebih berhati-hati lagi pada masa mau mengibas-ngibaskan buntut. 
  4. Saya tak akan berundur apabila berhadapan dengan golok. 
  5. Seboleh mungkin saya tak akan bikin huru-hara.
Bagaimana, saya sangat mengerti bukan?

Tapi tentu tak percuma ya. Ada syaratnya kalo mau jadikan saya haiwan korban.

Syaratnya:

  1. Jangan kasar-kasar. 
  2. Jangan ada anak-anak yang lihat saat saya dan rakan-rakan saya disembelih. 
  3. Bagikan daging saya nanti dengan adil.
Tak susah bukan, cuma tiga aja. Nah bersama surat ini juga saya mau mengirim pesan, iaitu seperti berikut:
  1. Kerana lembu sama seperti manusia yang juga punya sahabat (kira-kira sebanyak 2-4 lembu lain), maka saya mau pesan sahabat saya yang dua itu ya. Yang coklat semua tapi ada putihnya di kaki seperti pakai stokin kaki, dia namanya Benny, katanya dia lebih senang makan rumput di kebun Pak Aeng, terus yang satu lagi yang hitam semua yang huduh betul itu namanya Makibau, dia lagi ingin makan buah pepaya katanya. 
  2. Pesan isteri dan anak saya juga ya, lembu kan senang tidur bersama keluarganya tuh, dulu juga saya senang tidur dekat-dekat dengan mereka. Nah dipesan jangan sampai anak saya jauh-jauh ya tidurnya sama ibunya. 
  3. Jangan lupa ajak teman-teman saya nanti untuk lari-larian di padang rumput biar mereka tambah berotot. Kalo susah untuk suruh mereka lari, pancing aja pakai kereta mainan seperti di video ini:

Sekian surat dari saya. Tolong diperhatikan dan diambil tindakan.

Sekian, Terima kasih.

Komo si Lembu.


Wah, bijaksana betul si lembu ini. Sudah mau dikorban, masih boleh memikirkan teman-temannya juga. Salut.