Tidak selamanya mempunyai banyak wang menyenangkan. Bayangkan jika anda pesakit chrematophobia yang mengidap gejala psikologi takut terhadap wang.
Pesakit chrematophobia mempunyai ketakutan berlebihan jika melihat atau menyentuh wang. Gejala psikologi chrematophobia sama dengan fobia lain, iaitu sesak nafas, jantung berdebar, dan berpeluh berlebihan.
Chrematophobia biasanya disebabkan pengalaman traumatik yang berkaitan dengan wang. Namun, gejala psikologi ini juga dapat diturunkan secara genetik yang mempengaruhi susunan kimia pada otak.
Chrematophobia boleh diubati melalui kaunseling, hypnotherapy, dan program neuro linguistic. Hingga saat ini belum dapat dipastikan jumlah pesakit chrematophobia di dunia. Namun, diketahui di Malaysia tidak ada yang terkena penyakit ini.