Cantik dan menawan, tak menjamin seorang wanita tidak bertindak di luar batas kewajaran. Misalnya, seorang wanita cantik yang terakam kamera CCTV buang air besar di dalam lif ini.
Dalam rakaman CCTV itu, kelihatan perempuan berpakaian putih, memakai rok, dan kasut tinggi memasuki lif dan menekan butang tingkat yang ingin ia tuju. Beberapa saat kemudian, wanita yang memakai beg putih itu kelihatan gelisah.
Pada mulanya wanita itu mungkin berusaha menahan rasa memulas di perutnya. Namun kerana tingkat yang dia tuju masih jauh, ia akhirnya menyerah.
Perempuan berambut panjang itu lalu menurunkan kainnya, mencangkung, dan mula buang air besar di lantai lif tersebut. Setelah selesai, ia menaikan semula kainnya sambil melihat ke sana-ke mari. Mungkin mencari kamera yang merakam aksinya.
Wanita itu lalu berdiri dan merapikan lagi pakaiannya. Setelah lif terbuka, ia melangkah keluar dan mengabaikan tumpukan kotoran yang dia buang di belakangnya.
Rakaman CCTV itu dipercayai diambil di sebuah lif di China. Meskipun demikian, tidak dijelaskan apakah insiden tersebut berlaku di dalam bangunan pejabat atau di pusat beli-belah. Juga tidak dijelaskan apakah perempuan tersebut ditangkap atas perbuatannya tersebut atau tidak.