Monday, February 20, 2017

Wahai Si GEMUK...Turunkanlah Beratmu Dengan 7 Rempah Ajaib Ini...Jangan Berlengah Lagi Untuk Mencubanya..

Nak kurus? Sebenarnya ia bukanlah suatu perkara yang mustahil atau sukar. Senang saja nak kurus ni, malah semua orang tanpa mengira pangkat atau umur mampu menjadi kurus.


Tapi anda harus ingat, walaupun mudah ia sebenarnya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Syaratnya memerlukan anda untuk berdisiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap mungkin.

Sementara itu, sebuah kajian mendapati kunyit atau beberapa rempah tertentu boleh membantu menurunkan berat badan.

Mari lihat apakah rempah yang membantu anda dalam usaha menjadi kurus.

1. Kunyit


Sebuah kajian dari Universiti Tufts, Amerika, mendapati kunyit membantu tubuh membakar lemak.

Kunyit juga dilaporkan mampu merawat penyakit Alzheimer selain membantu mengawal kestabilan hormon ketika datang bulan.

2. Kayu Manis


Selain membantu menyeimbangkan dan menurunkan kadar gula darah, kayu manis menyekat nafsu makan dan membuat anda merasa kenyang lebih lama.

Bukan itu sahaja, kayu manis juga merupakan alternatif kepada gula ketika sedang menikmati secawan kopi atau teh, sekali gus mengurangkan kadar kalori.

3. Cili


Seperti kunyit, cili juga bersifat panas. Menurut ahli gizi Lauren Minchen, penggunaan rempah-rempah yang bersifat 'panas' ke dalam masakan dapat membantu membakar hingga 100 kalori bagi setiap hidangan makanan.

4. Jintan


Hanya dengan satu sudu teh jintan setiap hari, ia membantu anda membakar lemak tubuh hingga tiga kali ganda jika dibandingkan dengan masakan tanpa jintan.

5. Halia


Seperti kayu manis, halia juga membantu mengawal peningkatan kadar gula darah selepas anda mengambil makanan bergula atau berkarbohirat tinggi.
Selain itu, halia bersifat panas atau termogenik yang membantu memercepatkan proses pembakaran lemak, menurut Barbara Mendez, ahli nutrisi di New York City.

6. Bawang Putih


Sesetengah orang tidak menyukai bawang putih karena menurut mereka, ia membuat nafas menjadi berbau kurang menyenangkan. Walau bagaimanapun, bawang putih adalah pembakar lemak yang baik.

7. Lada Hitam


Seperti halia, lada hitam juga bersifat termogenik. Menurut Barbara, lada hitam mampu menghalang pembentukan sel-sel lemak baru. Jadi, rempah ini sangat bermanfaat untuk mencegah kenaikan berat badan.

Tak percaya? Cublah sendiri dan alami perbezaannya. Tetapi kena ingat syaratnya iaitu disiplin!

| SBP