Monday, February 20, 2017

6 Cara Melegakan Sakit Sendi Lutut Sebelum Jadi Lebih Parah.

Sakit lutut adalah sakit pada sendi lutut yang boleh dialami oleh semua orang dari segala usia.


Di samping pengendalian perubatan, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan di rumah untuk mempercepatkan pemulihannya sekaligus mencegah komplikasi. Langkah-langkah tersebut meliputi:

1. Rehatkan sendi lutut. Apabila mengalami sakit sendi lutut sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.

2. Kasut juga membawa peranan penting kepada kaki. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

3. Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

4. Rawatan akupunktur juga boleh membantu. Teknik perawatan tradisional Cina ini menggunakan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

5. Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

6. Tuam lutut anda dengan beberapa ketulan ais yang sudah dibalut dengan tuala kecil, 10 hingga 20 minit setelah melakukan aktiviti. Ia dapat mengurangkan rasa sakit sendi serta mempercepatkan penyembuhan.

Info Tambahan
EMPAT makanan yang sesuai untuk pesakit sakit sendi lutut:

1. Soya
  • Ia kaya dengan isoflavine dan antii-radang. Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia. Contoh makanan berasaskan soya termasuklah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri.
2. Vitamin C 
  • Merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi.
3. Minyak ikan 
  • Mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.
4. Rempah
  • Kunyit, jintan, kulitt kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.
| SBP