Wednesday, February 1, 2017

Kadang-kadang Bila Kat Rumah, Aku Akan Jengah Apa Yang Hannah Buat Dalam Bilik Dia. Aku Terkejut Apabila Melihatnya Sedang...

Kadang2 bila aku kat rumah, aku akan jengah apa yg Hannah buat dlm bilik dia.

Dia biasanya akan memasak, melayan anak patung, kekadang menyusukan anak patung, shopping pergi pasar dgn troli mainan.

Waktu tu, sebenarnya anak kau sedang belajar bang. Kau jgn ganggu imaginasi mereka. Mereka sedang buat perkara yg mereka selalu lihat mama mereka buat.


Biasanya aku akan cuba untuk terjun dlm imaginasi tu. Benda ni sgt susah. Sebab org dewasa lebih banyak berfikir perkara logik. Sebab kita membataskan fikiran kita atas apa yg dilihat.

Tapi kanak2, akal mereka bersih. Sempadan pemikiran itu sgt luas.

Aku akan ambil watak yg mudah. Duduk dibahagian meja makan.

"Baba nak makan ka? ", ujar Hannah teruskan memasak.

"Baba tolong mandikan baby boleh tak? Hannah nak mashakk..", ujar Hannah lagi.

Kebiasaannya ini adalah imaginasi mereka. So biarkan mereka menjadi watak utama dlm imaginasi mereka sendiri.

Aku sekadar watak tambahan. Setiap arahan yg mereka berikan, kau kena lakukan dlm dunia imaginasi ni. Lakonkan semua dgn sebaik mungkin. Cari sebanyak mana faktor untuk kau komunikasi dgn mereka.

"Hannah, baby ni nak sabun pakai apa?", ujar aku.

" Pakai sabun la baba... Tu pun tak tahu ka?", jawab Hannah.

Nampak x?

Satu sesi pembelajaran dan selesai. Kalau sabun kenalah pakai sabun.

Aku amek anak patung dan baringkan atas lantai.

"Baba...Jgn letak situ. Nanti sejuk. Nanti baby kena gatai...", ujar Hannah membetulkan aku.

Nampak? Sesi kedua pembelajaran selesai. Kau akan nampak perkembangan anak kau.

Aku pun bantu dia masak.

"ehh baba nih.. Api tu tak bukak. Mcm mana nak masak?", ujar Hannah lagi.

3 perkara anak kau dah lulus. Kau kena ingat, setiap perbuatan kau dan isteri diperhatikan oleh mereka. Dan mereka akan tiru hampir kesemuanya.

Anak kau ialah cerminan diri kau. Samada positif atau negatif.

Jgn sekat imaginasi mereka. Biarkan akal mereka bebas berfikir seakan burung. Lepaskan semua kreativiti mereka dlm imaginasi mereka.
Kurangkan menyebut perkataan JANGAN. Sebab perkataan itu akan jadi seakan tembok penyekat imaginasi anak.

Lebih baik kau guna pendekatan dgn menggunakan kaedah GANTIAN. Iaitu, dgn menggantikan kesilapan mereka dgn kau betulkan.

"Hannah... Pampers pakai mcm ni, kalau pakai mcm ni terbalik... Hehe...," ujar aku.

"Ooo.... Kalau terbalik nanti air kencing kena seluar ea baba?", tanya Hannah.

Pastikan setiap perkara yg kau tegur dan betulkan akan disusuli dgn pertanyaan. Rangsang anak kerap bertanya. Pastikan kau sediakan semua jawapan sebaiknya.

Org yg bijak bukan org yg cemerlang dlm peperiksaan. Tetapi org yg mampu imaginasi sejauhnya.

"Baba... Syurga tu kat mana?"

"Syurga tu jauh sangat... Hannah ingat tak rumah nenek? Jauh tak rumah nenek?"

"Haah... Jauh. Sangatt jauh. Sampai penat Hannah asyik tido jer dalam kereta..."

"Haa...Syurga ni lagi jauh. Kalau nak pergi pun kena tido jugak... Tapi tido lg lama drpd Hannah tido selalu... "

" Jauhnya baba..."

Abang besar semua...

Hidup ini sahaja sudah tidak logik. Dihidupkan untuk dimatikan.

Hidup ini tidak hanya sekadar logik. Ianya lebih kepada kepercayaan. Kerana itulah hakikat iman.

Al fateh memperolehi kemenangan dgn melayarkan kapal diatas gunung.

Saidina umar menakluk Baitulmaqdis dgn bilangan tentera yg sgt sedikit.

Kemenangan Badar dimenangi dlm kuantiti yg sgt sedikit.

Semuanya diluar batasan logik. Tetapi kepercayaan yg jitu.

Imaginasi dan emosi adalah 2 elemen yg tidak dpt dipisahkan.

Sumber: Abu Hannah | SBP